Sunday, September 27, 2009

pict raya_2nd part


Nyah famili

Kak lang famili

abg moran famili

Kak sal famili

Ida Family

the ladies

oh anak ibu...bila nak keluar ni..

Saturday, September 26, 2009

gamBo raYa

tanak citer banyak. moh tgok gambo raya tahun ni.
theme sama cam last year. B tanak tukar kaler coz dia tau mummy tak beraya sakan tahun ni coz mhitung hari..tgok muka me, pucat kan..nanggung sakit sbnar tu. tp sporting ar..org dah ajak bergambar.

sbhagian keluraga besar kita..

kami semua beraya umah kak lang..

n tak lupa anak ummi..pakai baju kurung dah yer..najwa..anak ummi lom nak kuar jumpa najwa lagi la..tgu sikit lagi yer..
gmbo lain nanti2 la, dear b dah minta nak pakai komp ni..
k selamat hari raya

my pregnancy journal

26 Dis 2008 - my last menstrual period.
03 Jan 2009 - HSG test (sakitnyaaaaa)
22 Jan 2009 - expecting new cycle (period ler)
23 Jan 2009 - Pregnancy test (faint line but +ve)
24 Jan 2009 - Jumpa anjalai, nak confirm, but she ask to wait till 1 week more. takut false alarm katanya. then dia bagi tester lain n cek after 1 week, kalo +ve come back to her for 1st scan on week 7.
14 Feb 2009 - Confirmed! i'm on 7 wk 1 day. 1st scan, i see my bb kantung. berat mummy 57.5kg. Masya-Allah, syukur doa kami dimakbulkan. Baru berani nak bgtau satu dunia yg i'm pregnant!!!
17 Feb 2009 - Gi kinik kerajaan buka buku merah. masa ni berat naik sikit 57.8kg n HB 13.3. Cun!
06 Mac 2009 - 1st time jumpa doc kinik kerajaan, nyembang ala kadar je..udah selesai..nunngu dekat sejam.
17 Mac 2009 - berat nek sikit. 57.9kg, hb dah start turun 12.9.
21 Mac 2009 - week 12,berat turun lek 57.5kg,
14 Apr 2009 - berat 58.1kg, hb 12.4 9terus turun laa...
24 Apr 2009 - wk 17, 58kg. doc suggest amik obimin plus coz hb terus turun.
12 May 2009 - berat 60.1kg, hb 11.
05 Jun 2009 - 23 wk, scan bb breech pulak, berat nek lagi 61.5kg
15 Jun 2009 - berat 63.2kg, hb nek lek coz makan ubat sangobion dr dr anjalai, n kena cucuk 1st ATT. tak berapa sakit cucuknya. 1st time gak dgr bunyi jantung baby..indahnya ciptaan Tuhan
13 Jul 2009 - berat makin naik la 65.5kg. cepat tol naiknya. Hb pun ada turun sikit 11.5kg.
18 Jul 2009 - 29 wk+2, berat 65.5kg, alhamdulillah bb dah pusing keadaan normal. bagus anak mummy.
28 Jul 2009 - berat 67kg. 2nd ATT given. cuk kali ni sakit giler. nurse tu tak pandai cucuk. sengal. n kali ni nurse kata next visit kena minum air gula, coz berat badan kita dah terlebih. padahal adik kita yg naik 17kg pun tak payah minum air gula..mmg tak pergi dah la..jumpa panel je la lepas ni.
08 Aug 2009 - 32 wk+1, berat 67kg, kaki dah mula bengkak. keep going mkan caltrate n sangobion.
29 Aug 2009 - 36 wk, bp 120/70, berat 68.5kg. berat bb 2.469kg.
12 Sep 2009 - 37 wk, berat 68kg. turun erk, bp 120/80, berat bb 2.899kg.
19 Sep 2009 - 38 wk. tiba2 sakit yg amat sgt. igt kot nak bersalin..2 hari lagi nak raya. jalan dah buka 1cm. suspen je. opss berat bb dah 3.281kg ler
26 Sep 2009 - 39 wk. berat 68kg lagi. bp 110/70. berat bb naik lagi 3.397kg..
02 Oct 2009 - my EDD. Doc kata next week kalo air still cukup n bb movement ok, dia bg lagi extra 1 mgu. lepas 1 mgu decide what next.
so kita harap mgu depan bb kuar la tgok dunia..bantulah hamba Mu Ya Allah..tak nak kena induce kalo bolehnya. tp kalo dah terpaksa kita redha, janji semuanya selamat. chance tuk deliver normal doc kata tinggi coz tgok fisikal kita. lagipun pale bb mmg dah engaged. cuma bb ni suka dok kat dalam perut mummy.

SeLaMat HAri RAya AidILfitRi.

hai...berupdate lagi la blog ni nampaknya..ingatkan dah bersalin ker?hehehe..kita pun igt dah baby dah kuar dari perut ni, tp nmpknya bb still selesa kat dalam..so menghitung hari la kita nampaknya lagi..tapi nak share satu insiden menjelang sehari sebelum raya...jeng jeng jeng...teruskan membaca yer...
Hari Khamis b4 raya kita dah amik cuti..nak rehatla konon2nya. So hari jumaat pagi cam biasa bgn tido n plan la nak kemas umah sikit2 coz esok (sabtunya) nak balik KL. Tapi entah camne, bgn pagi tu pinggang belah kiri ni sakit sesgt..dlm hati kata salah tido la ni. Sib dear B dah cuti, mtk dia urut ala kadar. Tapi paksa gak diri berkemas apa yg patut. Cdg belah petang nak shopping baju raya tuk sendiri. Tak beli lagi kan. So pendekkan citer, pesan kat B peh solat jumaat kang pi ar cari koyok/salon plas nak tampal kat lakang ni bg lega sikit n baru la syok nak shoping. So petang tu shoping la cam biasa smpi ke malam n sempatlah buka kat laksamana cheng ho. (sedap gak lauk dia. RM19.90 nett). Aku pun membantai puas2 la coz nanti dah pantang tak pat makan sedap2 dah..
Jeng jeng jeng...malam lebih kurang kol 11 sakit pinggang makin mjadi-jadi. Aku cuak dah..nak beranak ker? kita ni tatau sakit contraction camne? diam je la tak bg tau kat B. Ngiring tak leh, telentang lagi tak leh. bb pun ngeras je..smpi ke sahur mmg kita tak tdo. Pg tu citer kat B. Dia lak cuak. Msj tnya adik, then mak col. Mak kata nak bersalin ke kau. Mak kalo sakit pinggang mmg tanda nak bersalin..kata mak..so memandangkan pagi ni (sabtu) nak travelling ke KL, we all decide la jumpa anjalai tuk cek. Citer kat dia seme n terbuktilah itu tanda sakit contraction. then dia seluk ar..n tgok nak bukak 1 cm. Kita dgr dah buka tu, dlm hati camne nak balik. tnya pendapat Doc, dia pun cam serba salah gak. Tapi dia pesan, ada org kdg2 2,3 hari lepas tu akan bersalin, n ada gak org terus bersalin. dia nak tahan aku kat ward pun no point, nnti tak bersalin dia kata, aku lak marah kat dia tak bg raya. then dia suh tgu smpi lunch hour, kalo sakit berterusan better la raya kat sini. n kalo sakit ilang pi la balik.
Kita pun balik umah n bincang ngn B taknak amik any risk. So cakap kat B kita raya batu gajah je la...detk terus berlalu. sakit pun on off jer. hati rasa sayu, takkan nak raya berdua kat sini..area umah seme dah lengang ni..dgn sakit yg bersisa kita cakap ngan B(hati lebih sian kat dia, coz takkan kami berdua pagi raya tak makan apa2 n dok je kat sini)
"B kita balik kg chikus yer?"
"Cayang larat ke?"
"insyaAllah boleh kot, tp janji ptg raya kita balik sini balik. cayang nak bersalin kat ipoh gak"
"Erm..ok"

Perjalanan sepanjang balik kg, cukup terseksa rasanya..sepjng jalan tu pinggang n baby mengeras je kerja. tgn b kita genggam kuat2. Tp alhamdulillah, smpi je kampung, mak terus urut, nangis kita. ingatkan bila urut tu lega la sikit, tp sama je..sakit on off tu berterusan la smpi ke hari ni. dari jumaat hingga la malam tadi, ada satu malam je kita dapat tido lena. malam2 yg lain tido bertemankan sakit pinggang. dalam 1 jam mesti terbangun menahan rasa sakit. tp bila pagi je sakit hilang...alahai..bila bb mummy nak kuar ni. mummy dah tak tahan la. serius kita cukup takut tak cukup tenaga nak push bb nanti. ye la dah takleh tido dekat sminggu ni. pale pun pening2 je ha..tatau la. nape la lama sgt sakitnya ni. tanda2 pun tade lagi. False alarm la tu.
So pagi tadi jumpa gynae lagi. ada lagi smgu nak smpi due. doc kata next week check tgok kalo bb ok n mak pun ok dia buleh bg tambah smgu lagi. then baru decide nak buat camner..ala takutnya kita.
BB..harap bb kuar la dalam mgu ni yer. Biarlah sakit tu dtg natural bukan dipaksa...Ya Allah mudahkan lah semuanya...

Thursday, September 17, 2009

BenGang BeToi KiTer

Hari rabu tu dear hubby ajak berbuka kat restoran simpang tiga. maklum lah cik wife dah tak lalu nak tegak masak beria...Kami pun gambel je la pergi macam tu. Dear hubby smpi umah dah jam 6++ ptg. then siap ala kadar gerak balik ke ipoh. smpi kat kedai makan tu tepat jam 7.10pm..dgn harapan yg tinggi kami pun melangkah masuk la ke kedai..ramainya!!! Tanya punya tanya tade meja 0..huhu frust, malu pun ada. Dgn selamba blah camtu je. dear b la sian dia yg beria nak makan kat situ. So kemarin berbuka dgn sekotak air soya je..so dlm kebuntuan tu dan pk punya pk kami decide makan kat nasi kandar pelita (tesco) je la..pi solat lu then baru makan..peh dah kenyang ronda2 jap p cari baju raya..tahun ni pesen kita "berjubah" la pulak..jenuh gak pusing2 cari yg kenan, tp tade..udahnya dah malas nak pk kita grab je la..tp serius mmg tak cantik pun, tp coz nak sama wane ngan B, kita have no choice.

K la, berbalik pada tajuk citer ni tadi, semalam dear B pun buatla reservation kat simpang 3 tu. kol 1pm dah book dah (kes takut full la ni). Amek buffet RM22/nett. P la lambat sikit coz dah booked kan. 7 lebih gak smpi sana. P la kat kaunter tu tnya kami table mana. Then pompuan tu kata, "sila jumpa EN MIDI yg berkaca mata" smbil menunjukkan kearah lelaki tu. Kami pun pergi la..masa tu nampak dia macam kelam kabut je. macam meja tak cukup! kita dah mula tak best. ni dah dekat nak berbuka ni. Dear B pun tnya la kat MIDI tu mana meja kami? Dia tnya nama. Dear B bgtau la nama. Eh boleh dia kata tade dlm list!!!Kami cakap la kat kaunter ada nama kami. Org ke-6 yg buat booking..peh tu MIDI tu kata kejap ye, saya tgh pening ni..pening dia je tau, habis ni dah nak berbuka la. Then dia tglkan kami terkapai2.

Then kami pergi balik kat meja kaunter tnya kat budak pompuan tu, mana meja kami sebenarnya. Dia kata, nama En mmg ada. saya yg jawab col tu. jap ye En. Dia pun pi cakap ngan MIDI tu. kami tgu la kat situ. Bila2 masa je boleh azan. Haku dah start angin satu badan..udahla jauh2 datang ni. Rasa macam nak jerit kat situ je. Then pompuan tu dtg lek dan bising2 ngn member dia kata bukan salah dia. Dia mmg dah amik nama B. MIDI tu lalu blakang kitorg, budak girl ni panggil la. Boleh dia buat tatau n blah camtu je..Aku malas nak tgu lama, aku cuit B n ajak b blah..hati dah geram sgt ni..B pun dah cam frust ar ngan service deme. B kata budak pompuan tu sempat la minta maaf.

So dari pandangan kita management kedai tu tak proper..semalam dia buka extra khemah kat luar (kes tamak) n meja dia style meja bulat besar macam org buat open house yg boleh duduk dalm 8-10 org tu. Masalahnya sekarang kalo yg booking tu couple deme campurkan satu meja. Ada ke patut. tak privacy lgsung. Semlm ramai gak la yg tak puas hati pasal dah kena share meja kan. ntah ngan family mana2 pulak kita terpaksa duduk.
2. Tamak!!! amik phone call org ramai2 tapi tak state org tu dok meja mana. Bila dah smpi org tu, masa tu la dia pandai2 suh kita join meja2 yg da 0. kalo dah tau kapasiti byk tu, ckp je la penuh. Nape amik lagi customer smpi kita dtg meja tade 0.
3. Lauk ntah apa2..Kata ayam bamboo special, kita nampak cam ayam goreng biasa je.
4. Servis mmg tak bagus. tau la restoran baru tp jgn buat customer mcm tu. cthnya kita la..dari bt gajah-ipoh ni, sudahnya berbuka makan burger McD je..
Bengang Tol kita....rosak mood kita malam tadi..

Wednesday, September 16, 2009

SelaMat HaRi RaYa AidiLfiTri



Sekejap je rasanya masa berlalu. Sedar tak sedar kita bakal meninggalkan Ramadhan yg mulia. Jika panjang umur setahun lagi kita akan bertemu bulan yg penuh nikmat ni. Sedar tak sedar gak, hari ni kita dah last keje..cepatnya cuti?!! Nak gi mana?!!!
hehehehe..serius! badan dah tak lalu nak kerja. kaki nak tegak2 lama pun tak leh. nak berjalan2 dalam lab bagai..lagipun kelas jumaat dah kita gantikan ke petang ni. n cuma khamis nanti ada lagi satu kelas. Time kasih pada kak lyza n kak hajjar yg sudi tolong kita. Wei...kita nak cuti panjang ni. InsyaAllah akan balik Dec nanti.

Cuti2 awal ni bukan nak biskut ke apa (walaupun ada rasa nak buat). nak rehat je kat umah. Nak bersedia mental n fizikal tuk sambut orang baru. InsyaAllah..so mungkin tak ber'update' la blog kita ni nanti..makin bersawang la. K sama2 kita tunggu 'Syawal Junior' k yang dijangka akan lahir pada Syawal nanti.

Jadi dikesempatan yg ada, kita dan suami ingin memohon maaf dari semua yg mengenali kami sekiranya kami ada melakukan salah dan silap sama ada secara sengaja atau pun tidak. Biasalah kadang2 bergurau tu, mungkin ada yg terasa kan. Mulut manusia. Kadang2 kita rasa kita cuma bergurau, tp mgkin ada gak insan yg tak leh time gurauan kita tu. Jadi maafkan kesalahan kecil atau besar kami tu. Moga lebaran kali ni lebih meriah dan "happening" dari tahun2 sebelumnya.

Juga pada kawan2 sekerja. kita mohon maaf kalo2 kita ada menyinggung hati semua. Org kata bila nak bersalin kena minta maaf dari semua. Mana tau ada yg terkecik hati ngan kita. Kita mungkin tak sengaja. Kdg2 mulut ni "terlepas" gak. So kita harap seme kawan2 doakan yang terbaik tuk kita, suami dan bakal bb yg akan lahir nanti. Juga doakan kita selamat lahirkan bb kita ni. InsyaAllah...

K semua..Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. 0-0..hehehehe...

Monday, September 14, 2009

baBy dah EngaGed

Hi semua...now kita tgh menghitung hari. Last saturday gi appointment dgn doc, dia cakap my baby head dah engaged. Kita tanya apa tu?(maklum la, 1st baby)...oh meaning that from now you can deliver your baby at anytime. Doc pun pesan suh pack brg2 baby n bawak kad antenatal tu kemana saja kita pergi..ala takutnya..so bila2 masa? sempat ke nak raya ni..lagi cuak kita. baby pun dah bertambah beratnya lagi..2.89kg..around 28days more(kalo ikut EDD)..takut ke? tak sabar ke? seme dah ada. Doc kata perut dah turun sikit n can put 4 finger on my tummy...Ala B....suspennya cayang B..harap2 baby mummy kuar lepas raya yer..macam mummy dulu gak la, sempat bagi opah beraya dulu n makan puas2.

Berat kita pun ada turun 500g..doc kata normal la tu coz pose..Sebut pasal pose dah hujung2 pose ni tak larat sungguh dah rasanya. Nak berbuka, tp sayang. Bukan apa, pk nak ganti tu nanti..Asik melepek je. Tapi tu la sian kat bb. Dia rasa lapar ke ha?..Sian kat baby mummy ni. Perut selalu rasa keras. Jap2 rasa tajam je perut ni bila bb mengeras. Tu la lapo ke dia?. Baby kicking pun maintain je..biasanya before 2pm dah dapat la 10 gerakan tu. That menunjukkan bb sihat n active..doc la yg kata..

Sekarang ni nak pk pasal raya2 sakan pun tade..pk pasal nk deliver baby je..Ya Allah, moga KAU mudahkan semuanya.

Wednesday, September 9, 2009

aPa YanG DaH kiTa BeLi


untuk my mum...maroon la pulak kasut mak tahun ni.

tuk ayah pulak. ayah kata dia taknak baju. coz dh byk sgt. so ayah request kita belikan sandal tuk dia.

tuk my younger brother..dia minta t-shirt je..tp kita bg dia suar sekali.hope dia suka la pilihan kita.

Moh kita tgok baju2 najwa pulak..

cute skirt tu..camne agaknya kalo najwa pakai yer...sayang ummi kat najwa.

baju santai tuk najwa..baby kiko gak.

hah yang ni paling kita suka. size cam nampak beso. tp tatau la camne najwa pakai..comel kan. najwa tu putih, tu la kita suka beli kaler merah..
Ni pulak baju tuk baby kita..eh tapi bukan kita yang beli..dapat hadiah dari auntie sabariah. (My GA)..kemain suka abahnya dapat baju ensem ni..

siap berkolar lagi baju ni..umur berapa la bb leh pakai ni.

thanks yer auntie berry...

Tuesday, September 8, 2009

MarrIOT HoTeL - Part TwO


dah kenyang dah mummy..so masa tuk posing..(bughuknya muka kita..org kata kalo ngandung bb boy muka mmg bughuk yer?)

nak balik dah..muka kekenyangan n mengantuk..

apy family..sporting habis..best.

tak nampak pulak nama hotel ni..siapo la amik gambo ni yer B?

mak, anak n menantu. Jom belajar Gubah Bunga...bunga hidup tu tau.

sampai keluar hotel berposing..this car for sale tau..dari Johor. Mungkinkah kerabat Johor yg punya..

tatau la kenyang ke tak? budak2 bukan byk makannya kan...kenyang kot. anak2 my along..

1 malaysia..posing sakan kita..lupa jap diri dah sarat.

oh suamiku..akhirnya dapat juga kita bergambar bersama..i love u...

BerBuka Pose kat MarriOt Hotel, PutRajayA..1st PaRT

Tatau la kalau2 ini mmg jadi tradisi keluarga dear hubby..tiap kali pose mesti ada aktiviti berbuka kat luar ni. last year kat ikea..(teringat adik ipar yg beratur panjang sedangkan kami syiok2 je shopping kat dalam). balik KL kali ni pun kami gi buka luar gak. kali ni lokasi grand sikit..cari punya cari lastnya pilihan hari tu dekat Marriot Hotel Putrajaya..ada lebih 1++ pilihan makanan. (eh betui ke B)..hari bak kata my BIL temanya ialah "sehari dalam 365 hari"..ada tema gak.. tapi sebelum tu, mmg kita rekemen la kat saper2 yg tgh cari2 tempat pilihan tu kan. Mmg berbaloi..bak kata dear B makan sampai nak muntah..me pun tatau la berapa kali bangun duduk pi amik makanan. byk sgt pilihan. tu pun tak cuba seme. mana nak muat perut ni. Antara menu yg kita igtlah...dim sum, murtabak, roti canai, kari kepala ikan, ayam masak kicap dan beberapa lagi lauk masak dlm kawah, bihun sup, ais kacang+cendol, aiskrim (boleh pilih sendiri toppingnya), rojak buah, spagethi(goreng panas2), kambing golek+nasi beriani, sotong kangkung, sate, nasi ulam+nasi kerabu, aneka bubur, aneka dessert, buah-buahan, aneka minuman, kuih muih melayu, ikan n daging bakar, nasi dan aneka lauk antaranya ikan pari asam pedas, sotong masak asam, kurma itik, salad n macam2 lagi la...harga? mahal la sikit RM78++/head. ni baru betul sehari dalam 365hari...surau ada tuk kemudahan. lepas solat sambung lagi. kami antara org yg balik lambat gak la malam tu. k la jom layan pict. citer byk tak guna kan...


sampai awal lak...so lepak2 dulu

nak PosinG gak..with my Cute PrinCess..

Auni Nafeesa & AleesYa Hanin

the FooD

teLan Air Liur TunggU chef Tu siaPkan Nasi Ulam Kita..

nasi ulam dah siap moh pilih lauk pulak.

abg long, pak usu n adam..both anak sedara kita pilih sate tuk berbuka.

tempat makan2 tu..luas kan. spt biasa bukan muslim aje yg berbuka..org bukan islam pun sama join..

ibu mertua ku dengan menu pilihan..

tgok muka kita..frust tak dapat makan ikan masin..dear Hubby tak kasi!!!byk pilihan ikan masin tu tau..

so..biarlah kita merajuk dan berlalu pergi..b kedekut..huhuhu!!

abg ipar kita..sebelah tu wife dia merangkap my biras..baru balik dari arab.keje sana kontrak selama setahun..

ni hasil yang dah keberapa round pun tatau

sila tinggalkan Komen Anda.

ShoPpiNg SaKAn..

last week on 4-5 sept sogo card member sale!! Tu la antara tujuan balik KL hari tu. memula plan nak balik jumaat pas buka. tp ntah nape tetiba sakit perut yg memulas2..kita dah cuak dah hah..nak bersalin ker?!! so cakap kat dear hubby balik peh sahur je la..takut kot apa2 lak kang...alhamdulillah..sakit perut salah makan kot..hehehehe.
Then smpi KL terus g SOGO. masa tu around 9.45am..Ya Allah ramainya manusia. Yg kita tahu hari tu only member can enter the SOGO..pukul berapa la deme ni datang. yg dah siap habis shopping pun ada. penuh beg kiri kanan bawak barang..then kita pun beratur la nak masuk coz the staff akan check the card holder.(yg beratur kat kaunter tuk register jd member pun beratus org..giler!!) Tapi mungkin kelebihan yang ada kita dapat terus masuk, tak perlu beratur..oh..thnks baby mummy...kalo tak kematu la kaki nak beratur panjang. rasa macam dapat layanan VIP lak coz terus dpt masuk..hehehe..
masuk je kat ground floor tu dah bergeli manusia bershopping sakan..sale from 50-80%..mmg manusia ni suka shopping. kat area ground floor tu ada sale tuk ladies such as BONIA, SEMBONIA, POLO, Alain dellon, GUESS dan macam2 lagi..kita mmg tak plan nak beli apa2 tuk diri sendiri then terus naik 2nd floor (men). Nak beli baju n suar dear hubby...itu pun dah ramai org..nak meloloskan diri pun tak lepas..memula tu temankan la jugak dear hubby, tp dah lama2 tak larat nak jalan lagi n org pun ramai then kita melepek dok tepi suh dear hubby pilih sendiri. lama-lama tak smpi hati lak tgok B, then kita pun pi la cari suami tersayang dlm org ramai2 tu..pusing punya pusing punya pusing n B pun dah mula pening then main ambik je la baju tu. dapat la 3 helai, 1 jeans n 1 belt. Igt nk beli lebih tp dear B dah mula pening n kata cukuplah dulu.
then before gi kids world nak cari barang tuk mak ayah pulak. tahun ni tak bagi mak baju kurung coz dah ramai sgt beradik yg belikan. so this year kita beli mak sandal n handbag(giamax)..murah murah...rambang mata nak milih..tuk ayah pun kita beli sandal..(sembonia)...murah gak..70%..hehehe..tuk my younger brother belikan dia BUM jeans n Diesel t-shirt..(pun murah)..both ada diskaun 50%..sesekali bagi deme apy nak smabut raya..hehehe..
Yg syiok bila nak bayar tu pun kita leh dapat cepat pasal tuah bb mummy ni..org kesian tgok kita mengah2 kot then deme bagi kita dulu..hehehe. Last sekali naik kat kids world. Bukan beli tuk bb kita, tp tu anak ummi la..bb najwa. Ibu dia minta kita belikan dia skirt jeans..kat floor ni kalau tak berjanji ngan adik nak belikan mmg kita tak nyinggah..lagi ramai manusia dari level yg sebelumnya..masa jalan2 tu boleh terpisah ngan dear B..tp kita cakap la kat adik harga skirt tu from RM5+ after less RM41.++..hah dia kata beli je la coz dia tgok kt kmpg hari tu skirt budak RM6+..dia kata janji cantik..kita pun tak pilih byk tuk najwa..dapat 3 pasang je..org ramai..nak pilih pun tak dapat sgt..so tuk najwa kita beli skirt jeans tu brand kiko n bajunya RM58, satu baju PIGEON ala2 baju kelab sorak RM25 and satu baju santai brand KIKO gak RM19.++..jeling2 gak baju2 tuk bb kita, tp tgok mata dear hubby jeling semacam..tak jadi nak tgok..hari tu packing barang mmg dah terlebih pulak baju bb..(asal nak beli 5-6 psg dah jadi berbelas pasang. Mmg patut lah dear hubby jeling..Masa cari baju najwa B tak ikut coz dia dah pegang beg2 baju dia n barang tuk my parents. so nak jalan ikut kita mmg susah. Then dia kata tgu kat tepi je, tp dia tipu la, rupanya dia g survey stroller baby. Dia kenankan satu brand sweet cherry tu. asal harga RM3++. tapi hari tu sale dapatlah RM279..kita kata takyah la beli dulu, lmbt lagi bb nak pakai. tp dia dah kenan sungguh. kita pun malas nak argue, kita kata beli lah..elok tnya stok tinggal kaler pink je. tak jadi la dia amik. then kami g jusco nak cari stroller yg sama pun tinggal kale pink gak..sian B..frust tak dapat stroller idaman..sudahnya dear B belikan baby swing jer..habis gak RM120..tp bayar RM60 je coz redeem guna voucher yg kami dapat RM60 tu..huhu
K la habis part citer shopping, nanti kalo rajin kita upload gambo brg2 yg kita beli..kalo rajin ler..hehehhek chow..adios amigos!

Ni lah rupa stroller idaman B..B kenan yang roda 3 camni...nampaknye..kena tunggu stok la yer B..

Friday, September 4, 2009

taK LaRAt...

Hari ni genap baby kita 36 weeks=9 bulan..org kata anytime we can deliver that baby..makin lama makin cemas, makin excited..last saturday gi cekup lagi. Alhamdulillah baby in good position, makin berisi dah baby. Berat baby pun dah 2.4kg (estimation), dah ada rambut. Harap2 biarlah rambut baby lebat,tebal n hitam cam daddy dia..hehehe..i love u B.

Alhamdulillah gak, kita dikuatkan semangat tuk berpuasa. Tak tinggal lagi tau..cuma la ni nak masak tu macam tak larat sgt dah. nak berdiri lama area tumit ni dah sakit sgt. kadang2 bangun pagi pun nak tegak tumit dah rasa sakit..selalu malam2 dear B la yg picit2..(ye la nak harap sapa lagi kan?hehehehe)..tu la berbalik pasal masak ni larat tak larat gagahkan juga badan ni nak masak..yg simple2 je..nak beli kat pasar ramadhan tu paham2 je la rasa keenakannya...hari tu penah sekali tapau lauk, dear B tak usik langsung. Ye la dah tak rasa apa kan? Gulai lemak pun rasa air je..sudahnya masuk mulut tong sampah. Jadi nak elakkan bazir biarlah kita masak2..ada pedas ada sayur sikit pun cukup dah.

kalau ikut tak larat badan ni, nak keje pun dah tak larat rasanya. nak berjalan dalam lab check komponen for each table. budak2 ni pun satu cukup kita heran. tiapa kali nak start lab kita akan pergi table by table tuk make sure seme component cukup. n bila abis je experiment kita heran mesti barang2 kat meja tu mesti ada yg tak cukup n ada pulak meja yg berlebih. ntah apa dibuat dek budak2 ni. kita ni udahla rasa berat badan. weii..memang terasa bezanya. tang perut ni rasa cam penuh je..cam beso sgt la baby kita ni..Tapi tu la pk lek duk umah pun buhsan je tak buat apa, baiklah dtg keje. At-least tak lah masa tu rasa panjang sgt...

hmm..this week nak balik umah mertua..buka kat sana pulak. n terus nak shopping baju raya tuk dear hubby. tuk kita? ntahlah..tak excited nak raya pun...k la..tgu next update lak yer..babai..

Tuesday, September 1, 2009

PoniNg LanGaU..

kalau melibatkan sesuatu yang memerlukan kata putus dari dua pihak kita selalunya kena bertolak ansur ansur kan? Kita pun sekarang ni tgh poning...due kita nanti 2 Oct..masa tu dah masuk raya minggu yang kedua. tapi org kata kalo dah masuk 36week siap sedia aje dari sekarang. Tp kita pening ni..raya nanti 38 weeks. Ikut kakak2 dan adik kita seme bersalin dlm lingkungan 38 weeks tu la. N ada la seorang hamba Allah ni kata kita mungkin akan deliver baby ni masa 4 Syawal.

Tapi kita sian kat dear hubby. Turn tahun ni beraya kat kampung dia. tapi kita macam takut nak balik beraya ke kampung dia. Bukan takut apa. Kita takut nanti kita sakit kat sana. Sedangkan kita plan nak bersalin kat sini. Nak mak n hubby teman kita. Kita tade pengalaman..ni anak sulung. Kita tatau sakitnya nanti macamana. kalau buatnya sakit tgh2 highway nanti macamana. Kemana kita nak hala kan nanti. tapi tu la, sian hubby kalo kita tak balik beraya nanti tak jumpa saudara-mara dia pulak. Kita tanak la pentingkan diri sendiri. Kita akui, raya kali ni kita tak pk pun camner nak buat persiapan tuk diri sendiri. Tak kisah pun kalo tade baju raya, kasut raya atau apa2 je. Dalam kepala ni asik pikir pasal baby dalam perut ni. Keselamatan baby lagi penting kita rasa..berbelanja untuk baby dan hubby lagi penting pada kita. Kita tade apa pun takpe..

Camne yer? nak balik ke tanak balik..kalo betul la hamba Allah tu kata kita bersalin 4 Syawal, mmg kita akan balik. N kalau doc pun jangka kita bersalin 13 Syawal pun kita lagi lagi lagi la kompem akan balik. tapi tu la benda ni kita tak jangka, bila2 masa akan sakit kan.

Ala B..camne ni. hati cayang belah bagi. Hati cayang libang-libu..cayang tatau nak buat keputusan camne. Cayang betol2 tatau..Cayang confused...Kalo kecik kan hati B nanti cayang berdosa. B pun tak cakap pape lagi..jadi sebelum B suarakan, biarlah kita buat keputusan dulu..nak raya mana ni...ibu tak tahu...