Wednesday, December 16, 2009

Salam...

Huh..dah bersawang 'rumah' kita ni. Ye la jarang dah nyinggah kat sini. Asik dok cerita pasal baby je la..maklumlah tgh semangat n tade apa nak buat. K kali ni nak kongsi serba sikit tentang "new life new journey" kita n dear HUBBY..B..cayang sayang B..muah muah muah...
Kalau hampir dua tahun lalu tido berdua dgn dear B tapi la ni ada la pulak si little Danish ditengah2 kami. Kadang2 cam tak caya la ni kami dah bertiga. lama betol kami nak tgu saat2 ni. kami nak juga jadi macam ibubapa yg lain..nak didik si panjang (gelaran opah tuk Danish) jadi anak yg baik, bijak, pandai n yg penting sering mengingati kami sbgi ibu & abah dia. Memang la ni Danish kecik tatau apa2 lagi...Tapi masa akan terus berlalu.
Memang diakui terjadinya perubahan besar dalam hidup. Mgkin juga dear B dah kurang ciiiikit dpt perhatian kita. Tiap kali malam asik berkepit dgn baby je. Kadang2 kita terus tertido smpi la ke subuh..hehehe..dear B tgok la TV sorang2 dia.huhuhu..La ni malam2 dah tak dapat tido lena cam zaman dolu2..Berjaga nak susu n tukar lampin baby. Tp syukur, anak ibu tak byk ragamnyer...
Tu la kan kebesaran Tuhan..kalo dulu tido mesti lasak, nak peluk bantal segala. tp la ni tido tak perlu byk bantal n posisi tido tu kekal la cam tu smpi ke pagi..tau2 je baby ada kat sebelah..kalo lasak gak apa jadi kat bb sebelah gak nyer yer???hehehe..

atau kalo rasa tak yakin tido dalam ni je la

Seawal 5.30am dah kena bangun..paling lambat pun 6.30am (ni kes danish nak nyusu dulu la)...Nak siapkan barang2 tuk baby (EBM), baju n sarapan tuk abah..semua kena siapkan sebelum nyusukan dia..Memang ambil masa nak sesuaikan diri tuk fasa yang baru ni..tapi demi anak kuatkan juga semangat..moga tuhan kurniakan kita n dear B kesabaran yg tinggi tuk membesarkan permata kami ini...Dia AMANAH dari ALLAH yang pernah kami minta suatu masa dulu. Kami akan pastikan hidup Danish takkan sia2...Ibuabah sayang Danish.

gambar terbaru danish..still botak lagi..

Friday, December 4, 2009

Launching

This blog kita dedidated tuk my hero...so mana la tau siapa2 nak tau pasal bb Ziqri kan.hehehe..nanti kat blog ni asik tulis ttg bb je kang ada la pulak yg jemu...so secara rasminya segala about my muhammad danish ziqri klik je disini.

http://mdanishziqri.blogspot.com


Jom ShoPpiNg

alooo....sesiapa yang nak beli hadiah tuk si comel anda sila jengok blog ni...ni adik kita, ibu nya najwa...dah pandai berbisnes online pulak..

http://mybabyshoponline.blogspot.com

peh tu any update tuk berita terkini my najwa syuhada leh cek personal blog dia...

http://permatabonda08.blogspot.com

Wednesday, December 2, 2009

Kasihnya Anak


like this pict very much much...aksi spontan najwa kat ibu dia...

Wednesday, November 25, 2009

betol-betol terjadi


Jgn "betulkan" mata anda. Cuba tgok gambar pasangan romantis tu. it's me and dear b.
Ini mmg betol punya..bukan hasil edit ke apa. Cuba la ke seremban n cari butik Khai Hashim ni..baru korang percaya..Bangga sioootttt!!!!!!!

Majlis Aqiqah & Cukur Jambul


InsyaAllah, jika di izin Tuhan, kami merancang untuk mengadakan majlis cukur jambul baby kami seperti yang tertera di gambar. Jika berkelapangan dan punya masa, jemputla singgah. Sekejap je anak ibu dah dekat 2 bulan.
Alahai camner rupa Danish kalo botak yer..habis la rambut lebat dia tu..huhuhu..
Oh ya kesempatan ni juga, kite nak ucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha..maaf zahir batin..pada yg balik kampung hati2 dijalan raya. Selamat menjalani ibadah Qurban yer.

Wednesday, November 18, 2009

i'm back!!


salam smua...time kasih pada siapa2 yg sudi singgah ke blog kita. actually tu dear hubby yg update. me dah selamat melalui tempoh berpantang. ni pun dah hari yg ke-52.me pun dah kuat nak buat kerja2 rumah. maklumlah ceaser ni sakitnya lama sikit. tapi alhamdulillah semuanya selamat. nanti kelapangan me citekan sikit detik2 kelahiran baby danish.

thanks pada kawan2 yg sudi melawat me kat hospital atau pun ke rumah.

so secara ringkasnya me leh kata:

Nama baby: Muhammad Danish Ziqri b Bahtiyar
Maksud: Insan Terpuji, Berpengetahuan & Cerdik, Sentiasa memuji Allah (insyaAllah)
Berat: 3.65kg (emergency ceaser)
Tarikh: 28 September 2009 jam 12.58am isnin
Hospital Perubatan Pantai Puteri, Ipoh
Oh ya..hari ke 49 Danish dah bg respon kat kita bila agah dia...anak abahibu dah pandai senyum..now berat dia dah 6.1kg..cepatnya naik kan!!
Tunggu gambar terbaru dia k..