Wednesday, December 17, 2008

BanJiR

Bukan kat negeri pantai timur je banjir dalam rumah kita pun banjir gak...mencikkk tol..Kali ni dah kali ketiga rumah tu bocor. Kat mana silap pun tak tau..Bila org dtg check elok je..Rumah tak smpi setahun dok bocor. Tapi kita suspect mesti belon kat tangki air tu yg rosak. Sekarang ni bila nak g keje, nak balik kg mesti tutup air tangki tu. Kadang2 tgh mandi "aik...napa air tade"..hmmm baru la teringat hari tu dah tup tangki...Bukak la iar tangki tu. Then mentara nak tunggu tangki tu berair balik dan la menung dlm bilik air smbil 'ngetest' sore ku yang merdu...eceh...
Apa nak buat ni...dah suh dear hubby cal MEI LAN...anak toke umah tu. Nak suh dtg tgok sabtu ni. Melampau sungguh...Tapi kali ni banjir dia sikit lagi nak melimpah ke porch depan. Mana nak dengar kan tidonya dalam bilik. Bila bangun pagi dengar cam air nitik. bukak je pintu bilik tu dia punya bunyi kuatnya ...dalam gelap tu nak meraba naik atas "b air dah smpi sini"...floor kat bawah tu dah penuh air...Seawal 6pagi kami pun sama2 dok cedok air, mop dan lap segala..secara tak langsung cuci umah sekali. Dalam mamai2 tu dear hubby sempat gurau lagi tu.."tu la..lama tol cayang tak mop lantai agaknya"...
Arghhhh...mei lan you kena dtg tgok juga ini rumah...talak tahan wooo ini macam....
Tapi apa pun jadi kat umah tu jgn mencik2...kerana rumahku syurgaku.
lalalalalalalalla...mencikkkkk

Friday, December 5, 2008

selamat hari raya aidiladha



Pada yang balik kampung moga selamat di jalanan....

Thursday, December 4, 2008

hari yg meletihkan.........

Lama gak kita tak jengok umah kita ni...Masa tu selalu aje tade. Kat umah tak ada tenet...Alhamdulillah, berakhirlah semester tuk tahun ni. So kita baru je lepas habis camp tuk students from MARA whole in Malaysia. Penatnya kita....bayangkanlah dua malam kita stay back kat opis. Letih sangat2. Tapi rasa tarharu gak bila my boss satisfied with my job. Cerita pasal letih ni, apa2 pun yang kita buat mesti ada preparation yang panjang kan. Then bila sampai majlis or acara tu zup zap zup zap, kejap je dah abis. Hampir seminggu before camp CUTI MARA tu start kita dan geng2 dah sibuk2 kat lab. Bayangkan habis je buat coursework students then continue ngan preparation MARA tu. Betul2 tired. Rasa nak cepat je abis semuanya. Then hari ni kita leh tarik nafas lega coz secara rasminya, "cuti" tuk diri kita baru je bermula walaupun kelas dah tamat since last 3 weeks. Ishhh tapi penat MARA ni tol2 tak abis lagi ni. Badan pun sakit2 ha...Dapat urut ngan mak kita ni syoknya.
Biasanya bila cuti semester ni ramai students yang sangka kami semua tade keje. Memang lah secara tak rasminya kerja tade. Tapi kami tetap kena dtg cam biasa dari 8-5pm setiap hari. Tapi biasanya gak bila sem break ni lah, kami semua akan join macam2 training yang diadakan among technologist. Best gak daripada dok tak buat apa. ..walaupun tade relate ngan kita punya subject course tapi apa salah menimba ilmu tak...hehehe...So join je la kan..Tapi bila dah lama2 tu bosan gak bila tade apa nak buat. Masa tu lah terfikir 'bila lah nak budak2 nak masuk balik ni". kalau still in semester study selalu terfikir "bila lah budak2 nak cuti"...tulah manusia tak pernah puas apa yang ada.....