Friday, June 27, 2008

Alhamdulillah...buat sekian kalinya, aku dapat melelapkan mata dengan selena-lenanya. Jaga ku dibangkitkan..tatkala terdengar alarm dari telefon bimbit ku berbunyi ketika jam menunjukkan 6.10am...Sambil jaga ku aku mengucapkan syukur padanya, kerna tidur ku malam tadi tidak terganggu...

Hmm...apa agaknya aktiviti hujung minggu ni ye. Sejak harga minyak naik mendadak, aku dan hubby dah semakin mengurangkan aktiviti Cuti-Cuti Malaysia ni. Kami lebih senang bersantai dirumah..

Oh Ya...minggu ni aku ada janji temu dengan kakakku..Hmm nak tolong dia berpindah (angkat barang). Seperti yang dirancang, sel
epas tu ayah nak buat doa selamat sikit memandangkan rumah sewa yang kakak ku akan duduk itu, sudah hampir setahun tak berpenghuni. Doa kecil-kecilan antara kami adik beradik..
Inilah kakak yang ku maksudkan itu dengan dua putera & puterinya...

Monday, June 23, 2008

Siapa Punya Angkara......................

Siapa lah manusia yang kurang ajar itu...

Ketenteraman hidupku suami isteri sejak berpindah kerumah baru mula terganggu...kehadiran insan yang kurang ajar itu, telah membuatkan aku berasa tak selamat dirumah sendiri..

Cubaan untuk masuk ke rumah ku mungkin gagal kerana terpijak "kepala paip plastik" di hadapan rumah. Namun aku bersyukur "kepala paip" itu "mungkin" jadi penyebab si kurang ajar itu tak jadi meneruskan niatnya. Namun rasa syukur lebih ku panjatkan padaNya kerana telah memberi "tanda" untuk kami lebih berhati-hati di masa depan.

Alhamdullillah...tiada apa2 selain kesan tapak kasut dan dinding rumah yang comot dengan kesan2 pasir yang tumpah dari pasu bunga ku...

Semoga kami suami isteri di lindungi dari malapetaka dan bencana yang tak di ingini...Amin Ya Rabbal Alamin.


Thursday, June 19, 2008

Bosan...........



Terlalu bosan aku rasa saat dan ketika ini..Aku duduk termenung sendiri sambil jemari ku laju menekan papan kekunci di meja kerjaku. Rasanya ada sesuatu yang ingin diluah, tetapi hati menghalang untuk dikongsi di dunia maya ini..

Sesekali aku lontarkan pandangan jauh ke luar sana..Kelihatan makcik2 sedang tekun melakukan tugas seharian mereka seperti biasa. Bagai tiada apa yang membelenggu diri mereka saat ini. Aku masih lagi mencongak-congak melihat angka di tangan. bilakah akan usai waktu kerja ku untuk hari ini...........

Selintas aku terpandang wajah "sidia" yang tercinta diatas meja ku..Argh...sayangnya aku pada dia...
B..Cayang sayang B...i love u....