Siapa lah manusia yang kurang ajar itu...
Ketenteraman hidupku suami isteri sejak berpindah kerumah baru mula terganggu...kehadiran insan yang kurang ajar itu, telah membuatkan aku berasa tak selamat dirumah sendiri..
Cubaan untuk masuk ke rumah ku mungkin gagal kerana terpijak "kepala paip plastik" di hadapan rumah. Namun aku bersyukur "kepala paip" itu "mungkin" jadi penyebab si kurang ajar itu tak jadi meneruskan niatnya. Namun rasa syukur lebih ku panjatkan padaNya kerana telah memberi "tanda" untuk kami lebih berhati-hati di masa depan.
Alhamdullillah...tiada apa2 selain kesan tapak kasut dan dinding rumah yang comot dengan kesan2 pasir yang tumpah dari pasu bunga ku...
Semoga kami suami isteri di lindungi dari malapetaka dan bencana yang tak di ingini...Amin Ya Rabbal Alamin.
No comments:
Post a Comment