Monday, December 28, 2009

New StuFF

Nak dijadikan cerita hujung mgu kelmarin tu lah 1st time kita make-up setelah hampir 6bulan tak make-up..rasa malas je nak berhias2 masa preggy hari tu. Lagipun byk barangnya dah abis..So last week ada kenduri kat kampung tu so dgn senang hatinya kita pun make-up la sikit2...Nak tau Dear B kata apa.."ala..cantiknya cayang. Lama B tak tgok cayang make-up camni"...alamak B puji la...tatau la ikhlas ke tak tapi hati kita kembang bermangkuk-mangkuk rasanya...maklumlah..en suami yg puji tu..so tanpa ragu2 petang tu ajak B gi pekan jap cari stok make-up yg dah abis..kita ni pun bukan selalu makeup..tgok mood, kdg2 pakai bedak je pun cukup...hahahahaha...brg22 makeup kita pun bukanlah yg mahal2 cam MAC ke apa ke..Maybelline je..harga tu abaikan la..en somi yg amikkan gambonya...yg tudung tu pulak sebenarnya selendang...kenan lak kalernyer...murah je..

La ni nak make-up2 sgt takleh..si kecik Danish tu tak kasi can ibu nak berlama-lama depan cermin...




Wednesday, December 16, 2009

Salam...

Huh..dah bersawang 'rumah' kita ni. Ye la jarang dah nyinggah kat sini. Asik dok cerita pasal baby je la..maklumlah tgh semangat n tade apa nak buat. K kali ni nak kongsi serba sikit tentang "new life new journey" kita n dear HUBBY..B..cayang sayang B..muah muah muah...
Kalau hampir dua tahun lalu tido berdua dgn dear B tapi la ni ada la pulak si little Danish ditengah2 kami. Kadang2 cam tak caya la ni kami dah bertiga. lama betol kami nak tgu saat2 ni. kami nak juga jadi macam ibubapa yg lain..nak didik si panjang (gelaran opah tuk Danish) jadi anak yg baik, bijak, pandai n yg penting sering mengingati kami sbgi ibu & abah dia. Memang la ni Danish kecik tatau apa2 lagi...Tapi masa akan terus berlalu.
Memang diakui terjadinya perubahan besar dalam hidup. Mgkin juga dear B dah kurang ciiiikit dpt perhatian kita. Tiap kali malam asik berkepit dgn baby je. Kadang2 kita terus tertido smpi la ke subuh..hehehe..dear B tgok la TV sorang2 dia.huhuhu..La ni malam2 dah tak dapat tido lena cam zaman dolu2..Berjaga nak susu n tukar lampin baby. Tp syukur, anak ibu tak byk ragamnyer...
Tu la kan kebesaran Tuhan..kalo dulu tido mesti lasak, nak peluk bantal segala. tp la ni tido tak perlu byk bantal n posisi tido tu kekal la cam tu smpi ke pagi..tau2 je baby ada kat sebelah..kalo lasak gak apa jadi kat bb sebelah gak nyer yer???hehehe..

atau kalo rasa tak yakin tido dalam ni je la

Seawal 5.30am dah kena bangun..paling lambat pun 6.30am (ni kes danish nak nyusu dulu la)...Nak siapkan barang2 tuk baby (EBM), baju n sarapan tuk abah..semua kena siapkan sebelum nyusukan dia..Memang ambil masa nak sesuaikan diri tuk fasa yang baru ni..tapi demi anak kuatkan juga semangat..moga tuhan kurniakan kita n dear B kesabaran yg tinggi tuk membesarkan permata kami ini...Dia AMANAH dari ALLAH yang pernah kami minta suatu masa dulu. Kami akan pastikan hidup Danish takkan sia2...Ibuabah sayang Danish.

gambar terbaru danish..still botak lagi..

Friday, December 4, 2009

Launching

This blog kita dedidated tuk my hero...so mana la tau siapa2 nak tau pasal bb Ziqri kan.hehehe..nanti kat blog ni asik tulis ttg bb je kang ada la pulak yg jemu...so secara rasminya segala about my muhammad danish ziqri klik je disini.

http://mdanishziqri.blogspot.com


Jom ShoPpiNg

alooo....sesiapa yang nak beli hadiah tuk si comel anda sila jengok blog ni...ni adik kita, ibu nya najwa...dah pandai berbisnes online pulak..

http://mybabyshoponline.blogspot.com

peh tu any update tuk berita terkini my najwa syuhada leh cek personal blog dia...

http://permatabonda08.blogspot.com

Wednesday, December 2, 2009

Kasihnya Anak


like this pict very much much...aksi spontan najwa kat ibu dia...

Wednesday, November 25, 2009

betol-betol terjadi


Jgn "betulkan" mata anda. Cuba tgok gambar pasangan romantis tu. it's me and dear b.
Ini mmg betol punya..bukan hasil edit ke apa. Cuba la ke seremban n cari butik Khai Hashim ni..baru korang percaya..Bangga sioootttt!!!!!!!

Majlis Aqiqah & Cukur Jambul


InsyaAllah, jika di izin Tuhan, kami merancang untuk mengadakan majlis cukur jambul baby kami seperti yang tertera di gambar. Jika berkelapangan dan punya masa, jemputla singgah. Sekejap je anak ibu dah dekat 2 bulan.
Alahai camner rupa Danish kalo botak yer..habis la rambut lebat dia tu..huhuhu..
Oh ya kesempatan ni juga, kite nak ucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha..maaf zahir batin..pada yg balik kampung hati2 dijalan raya. Selamat menjalani ibadah Qurban yer.

Wednesday, November 18, 2009

i'm back!!


salam smua...time kasih pada siapa2 yg sudi singgah ke blog kita. actually tu dear hubby yg update. me dah selamat melalui tempoh berpantang. ni pun dah hari yg ke-52.me pun dah kuat nak buat kerja2 rumah. maklumlah ceaser ni sakitnya lama sikit. tapi alhamdulillah semuanya selamat. nanti kelapangan me citekan sikit detik2 kelahiran baby danish.

thanks pada kawan2 yg sudi melawat me kat hospital atau pun ke rumah.

so secara ringkasnya me leh kata:

Nama baby: Muhammad Danish Ziqri b Bahtiyar
Maksud: Insan Terpuji, Berpengetahuan & Cerdik, Sentiasa memuji Allah (insyaAllah)
Berat: 3.65kg (emergency ceaser)
Tarikh: 28 September 2009 jam 12.58am isnin
Hospital Perubatan Pantai Puteri, Ipoh
Oh ya..hari ke 49 Danish dah bg respon kat kita bila agah dia...anak abahibu dah pandai senyum..now berat dia dah 6.1kg..cepatnya naik kan!!
Tunggu gambar terbaru dia k..




Thursday, November 5, 2009

Days 37....5.3kg

Layan lagi gambor Danish yg dh bulat nie... Tapi still dlm spec. lagi huhuhu..



Bulat nyer....



Pakai bedak sejuk..senyap jer dia...



Dia suka tido tk pakai baju...baru lena..


Wednesday, October 21, 2009

Makan bersama Najwa

Why??? anything wrong..


Mee kicap mak saya masak..sodappp..


Surat kabar pun sodap..




24 hari dah 4.5kg hahaha..

Mari kita layan gambar Danish..











Monday, October 5, 2009

Sunday, September 27, 2009

pict raya_2nd part


Nyah famili

Kak lang famili

abg moran famili

Kak sal famili

Ida Family

the ladies

oh anak ibu...bila nak keluar ni..

Saturday, September 26, 2009

gamBo raYa

tanak citer banyak. moh tgok gambo raya tahun ni.
theme sama cam last year. B tanak tukar kaler coz dia tau mummy tak beraya sakan tahun ni coz mhitung hari..tgok muka me, pucat kan..nanggung sakit sbnar tu. tp sporting ar..org dah ajak bergambar.

sbhagian keluraga besar kita..

kami semua beraya umah kak lang..

n tak lupa anak ummi..pakai baju kurung dah yer..najwa..anak ummi lom nak kuar jumpa najwa lagi la..tgu sikit lagi yer..
gmbo lain nanti2 la, dear b dah minta nak pakai komp ni..
k selamat hari raya

my pregnancy journal

26 Dis 2008 - my last menstrual period.
03 Jan 2009 - HSG test (sakitnyaaaaa)
22 Jan 2009 - expecting new cycle (period ler)
23 Jan 2009 - Pregnancy test (faint line but +ve)
24 Jan 2009 - Jumpa anjalai, nak confirm, but she ask to wait till 1 week more. takut false alarm katanya. then dia bagi tester lain n cek after 1 week, kalo +ve come back to her for 1st scan on week 7.
14 Feb 2009 - Confirmed! i'm on 7 wk 1 day. 1st scan, i see my bb kantung. berat mummy 57.5kg. Masya-Allah, syukur doa kami dimakbulkan. Baru berani nak bgtau satu dunia yg i'm pregnant!!!
17 Feb 2009 - Gi kinik kerajaan buka buku merah. masa ni berat naik sikit 57.8kg n HB 13.3. Cun!
06 Mac 2009 - 1st time jumpa doc kinik kerajaan, nyembang ala kadar je..udah selesai..nunngu dekat sejam.
17 Mac 2009 - berat nek sikit. 57.9kg, hb dah start turun 12.9.
21 Mac 2009 - week 12,berat turun lek 57.5kg,
14 Apr 2009 - berat 58.1kg, hb 12.4 9terus turun laa...
24 Apr 2009 - wk 17, 58kg. doc suggest amik obimin plus coz hb terus turun.
12 May 2009 - berat 60.1kg, hb 11.
05 Jun 2009 - 23 wk, scan bb breech pulak, berat nek lagi 61.5kg
15 Jun 2009 - berat 63.2kg, hb nek lek coz makan ubat sangobion dr dr anjalai, n kena cucuk 1st ATT. tak berapa sakit cucuknya. 1st time gak dgr bunyi jantung baby..indahnya ciptaan Tuhan
13 Jul 2009 - berat makin naik la 65.5kg. cepat tol naiknya. Hb pun ada turun sikit 11.5kg.
18 Jul 2009 - 29 wk+2, berat 65.5kg, alhamdulillah bb dah pusing keadaan normal. bagus anak mummy.
28 Jul 2009 - berat 67kg. 2nd ATT given. cuk kali ni sakit giler. nurse tu tak pandai cucuk. sengal. n kali ni nurse kata next visit kena minum air gula, coz berat badan kita dah terlebih. padahal adik kita yg naik 17kg pun tak payah minum air gula..mmg tak pergi dah la..jumpa panel je la lepas ni.
08 Aug 2009 - 32 wk+1, berat 67kg, kaki dah mula bengkak. keep going mkan caltrate n sangobion.
29 Aug 2009 - 36 wk, bp 120/70, berat 68.5kg. berat bb 2.469kg.
12 Sep 2009 - 37 wk, berat 68kg. turun erk, bp 120/80, berat bb 2.899kg.
19 Sep 2009 - 38 wk. tiba2 sakit yg amat sgt. igt kot nak bersalin..2 hari lagi nak raya. jalan dah buka 1cm. suspen je. opss berat bb dah 3.281kg ler
26 Sep 2009 - 39 wk. berat 68kg lagi. bp 110/70. berat bb naik lagi 3.397kg..
02 Oct 2009 - my EDD. Doc kata next week kalo air still cukup n bb movement ok, dia bg lagi extra 1 mgu. lepas 1 mgu decide what next.
so kita harap mgu depan bb kuar la tgok dunia..bantulah hamba Mu Ya Allah..tak nak kena induce kalo bolehnya. tp kalo dah terpaksa kita redha, janji semuanya selamat. chance tuk deliver normal doc kata tinggi coz tgok fisikal kita. lagipun pale bb mmg dah engaged. cuma bb ni suka dok kat dalam perut mummy.

SeLaMat HAri RAya AidILfitRi.

hai...berupdate lagi la blog ni nampaknya..ingatkan dah bersalin ker?hehehe..kita pun igt dah baby dah kuar dari perut ni, tp nmpknya bb still selesa kat dalam..so menghitung hari la kita nampaknya lagi..tapi nak share satu insiden menjelang sehari sebelum raya...jeng jeng jeng...teruskan membaca yer...
Hari Khamis b4 raya kita dah amik cuti..nak rehatla konon2nya. So hari jumaat pagi cam biasa bgn tido n plan la nak kemas umah sikit2 coz esok (sabtunya) nak balik KL. Tapi entah camne, bgn pagi tu pinggang belah kiri ni sakit sesgt..dlm hati kata salah tido la ni. Sib dear B dah cuti, mtk dia urut ala kadar. Tapi paksa gak diri berkemas apa yg patut. Cdg belah petang nak shopping baju raya tuk sendiri. Tak beli lagi kan. So pendekkan citer, pesan kat B peh solat jumaat kang pi ar cari koyok/salon plas nak tampal kat lakang ni bg lega sikit n baru la syok nak shoping. So petang tu shoping la cam biasa smpi ke malam n sempatlah buka kat laksamana cheng ho. (sedap gak lauk dia. RM19.90 nett). Aku pun membantai puas2 la coz nanti dah pantang tak pat makan sedap2 dah..
Jeng jeng jeng...malam lebih kurang kol 11 sakit pinggang makin mjadi-jadi. Aku cuak dah..nak beranak ker? kita ni tatau sakit contraction camne? diam je la tak bg tau kat B. Ngiring tak leh, telentang lagi tak leh. bb pun ngeras je..smpi ke sahur mmg kita tak tdo. Pg tu citer kat B. Dia lak cuak. Msj tnya adik, then mak col. Mak kata nak bersalin ke kau. Mak kalo sakit pinggang mmg tanda nak bersalin..kata mak..so memandangkan pagi ni (sabtu) nak travelling ke KL, we all decide la jumpa anjalai tuk cek. Citer kat dia seme n terbuktilah itu tanda sakit contraction. then dia seluk ar..n tgok nak bukak 1 cm. Kita dgr dah buka tu, dlm hati camne nak balik. tnya pendapat Doc, dia pun cam serba salah gak. Tapi dia pesan, ada org kdg2 2,3 hari lepas tu akan bersalin, n ada gak org terus bersalin. dia nak tahan aku kat ward pun no point, nnti tak bersalin dia kata, aku lak marah kat dia tak bg raya. then dia suh tgu smpi lunch hour, kalo sakit berterusan better la raya kat sini. n kalo sakit ilang pi la balik.
Kita pun balik umah n bincang ngn B taknak amik any risk. So cakap kat B kita raya batu gajah je la...detk terus berlalu. sakit pun on off jer. hati rasa sayu, takkan nak raya berdua kat sini..area umah seme dah lengang ni..dgn sakit yg bersisa kita cakap ngan B(hati lebih sian kat dia, coz takkan kami berdua pagi raya tak makan apa2 n dok je kat sini)
"B kita balik kg chikus yer?"
"Cayang larat ke?"
"insyaAllah boleh kot, tp janji ptg raya kita balik sini balik. cayang nak bersalin kat ipoh gak"
"Erm..ok"

Perjalanan sepanjang balik kg, cukup terseksa rasanya..sepjng jalan tu pinggang n baby mengeras je kerja. tgn b kita genggam kuat2. Tp alhamdulillah, smpi je kampung, mak terus urut, nangis kita. ingatkan bila urut tu lega la sikit, tp sama je..sakit on off tu berterusan la smpi ke hari ni. dari jumaat hingga la malam tadi, ada satu malam je kita dapat tido lena. malam2 yg lain tido bertemankan sakit pinggang. dalam 1 jam mesti terbangun menahan rasa sakit. tp bila pagi je sakit hilang...alahai..bila bb mummy nak kuar ni. mummy dah tak tahan la. serius kita cukup takut tak cukup tenaga nak push bb nanti. ye la dah takleh tido dekat sminggu ni. pale pun pening2 je ha..tatau la. nape la lama sgt sakitnya ni. tanda2 pun tade lagi. False alarm la tu.
So pagi tadi jumpa gynae lagi. ada lagi smgu nak smpi due. doc kata next week check tgok kalo bb ok n mak pun ok dia buleh bg tambah smgu lagi. then baru decide nak buat camner..ala takutnya kita.
BB..harap bb kuar la dalam mgu ni yer. Biarlah sakit tu dtg natural bukan dipaksa...Ya Allah mudahkan lah semuanya...

Thursday, September 17, 2009

BenGang BeToi KiTer

Hari rabu tu dear hubby ajak berbuka kat restoran simpang tiga. maklum lah cik wife dah tak lalu nak tegak masak beria...Kami pun gambel je la pergi macam tu. Dear hubby smpi umah dah jam 6++ ptg. then siap ala kadar gerak balik ke ipoh. smpi kat kedai makan tu tepat jam 7.10pm..dgn harapan yg tinggi kami pun melangkah masuk la ke kedai..ramainya!!! Tanya punya tanya tade meja 0..huhu frust, malu pun ada. Dgn selamba blah camtu je. dear b la sian dia yg beria nak makan kat situ. So kemarin berbuka dgn sekotak air soya je..so dlm kebuntuan tu dan pk punya pk kami decide makan kat nasi kandar pelita (tesco) je la..pi solat lu then baru makan..peh dah kenyang ronda2 jap p cari baju raya..tahun ni pesen kita "berjubah" la pulak..jenuh gak pusing2 cari yg kenan, tp tade..udahnya dah malas nak pk kita grab je la..tp serius mmg tak cantik pun, tp coz nak sama wane ngan B, kita have no choice.

K la, berbalik pada tajuk citer ni tadi, semalam dear B pun buatla reservation kat simpang 3 tu. kol 1pm dah book dah (kes takut full la ni). Amek buffet RM22/nett. P la lambat sikit coz dah booked kan. 7 lebih gak smpi sana. P la kat kaunter tu tnya kami table mana. Then pompuan tu kata, "sila jumpa EN MIDI yg berkaca mata" smbil menunjukkan kearah lelaki tu. Kami pun pergi la..masa tu nampak dia macam kelam kabut je. macam meja tak cukup! kita dah mula tak best. ni dah dekat nak berbuka ni. Dear B pun tnya la kat MIDI tu mana meja kami? Dia tnya nama. Dear B bgtau la nama. Eh boleh dia kata tade dlm list!!!Kami cakap la kat kaunter ada nama kami. Org ke-6 yg buat booking..peh tu MIDI tu kata kejap ye, saya tgh pening ni..pening dia je tau, habis ni dah nak berbuka la. Then dia tglkan kami terkapai2.

Then kami pergi balik kat meja kaunter tnya kat budak pompuan tu, mana meja kami sebenarnya. Dia kata, nama En mmg ada. saya yg jawab col tu. jap ye En. Dia pun pi cakap ngan MIDI tu. kami tgu la kat situ. Bila2 masa je boleh azan. Haku dah start angin satu badan..udahla jauh2 datang ni. Rasa macam nak jerit kat situ je. Then pompuan tu dtg lek dan bising2 ngn member dia kata bukan salah dia. Dia mmg dah amik nama B. MIDI tu lalu blakang kitorg, budak girl ni panggil la. Boleh dia buat tatau n blah camtu je..Aku malas nak tgu lama, aku cuit B n ajak b blah..hati dah geram sgt ni..B pun dah cam frust ar ngan service deme. B kata budak pompuan tu sempat la minta maaf.

So dari pandangan kita management kedai tu tak proper..semalam dia buka extra khemah kat luar (kes tamak) n meja dia style meja bulat besar macam org buat open house yg boleh duduk dalm 8-10 org tu. Masalahnya sekarang kalo yg booking tu couple deme campurkan satu meja. Ada ke patut. tak privacy lgsung. Semlm ramai gak la yg tak puas hati pasal dah kena share meja kan. ntah ngan family mana2 pulak kita terpaksa duduk.
2. Tamak!!! amik phone call org ramai2 tapi tak state org tu dok meja mana. Bila dah smpi org tu, masa tu la dia pandai2 suh kita join meja2 yg da 0. kalo dah tau kapasiti byk tu, ckp je la penuh. Nape amik lagi customer smpi kita dtg meja tade 0.
3. Lauk ntah apa2..Kata ayam bamboo special, kita nampak cam ayam goreng biasa je.
4. Servis mmg tak bagus. tau la restoran baru tp jgn buat customer mcm tu. cthnya kita la..dari bt gajah-ipoh ni, sudahnya berbuka makan burger McD je..
Bengang Tol kita....rosak mood kita malam tadi..

Wednesday, September 16, 2009

SelaMat HaRi RaYa AidiLfiTri



Sekejap je rasanya masa berlalu. Sedar tak sedar kita bakal meninggalkan Ramadhan yg mulia. Jika panjang umur setahun lagi kita akan bertemu bulan yg penuh nikmat ni. Sedar tak sedar gak, hari ni kita dah last keje..cepatnya cuti?!! Nak gi mana?!!!
hehehehe..serius! badan dah tak lalu nak kerja. kaki nak tegak2 lama pun tak leh. nak berjalan2 dalam lab bagai..lagipun kelas jumaat dah kita gantikan ke petang ni. n cuma khamis nanti ada lagi satu kelas. Time kasih pada kak lyza n kak hajjar yg sudi tolong kita. Wei...kita nak cuti panjang ni. InsyaAllah akan balik Dec nanti.

Cuti2 awal ni bukan nak biskut ke apa (walaupun ada rasa nak buat). nak rehat je kat umah. Nak bersedia mental n fizikal tuk sambut orang baru. InsyaAllah..so mungkin tak ber'update' la blog kita ni nanti..makin bersawang la. K sama2 kita tunggu 'Syawal Junior' k yang dijangka akan lahir pada Syawal nanti.

Jadi dikesempatan yg ada, kita dan suami ingin memohon maaf dari semua yg mengenali kami sekiranya kami ada melakukan salah dan silap sama ada secara sengaja atau pun tidak. Biasalah kadang2 bergurau tu, mungkin ada yg terasa kan. Mulut manusia. Kadang2 kita rasa kita cuma bergurau, tp mgkin ada gak insan yg tak leh time gurauan kita tu. Jadi maafkan kesalahan kecil atau besar kami tu. Moga lebaran kali ni lebih meriah dan "happening" dari tahun2 sebelumnya.

Juga pada kawan2 sekerja. kita mohon maaf kalo2 kita ada menyinggung hati semua. Org kata bila nak bersalin kena minta maaf dari semua. Mana tau ada yg terkecik hati ngan kita. Kita mungkin tak sengaja. Kdg2 mulut ni "terlepas" gak. So kita harap seme kawan2 doakan yang terbaik tuk kita, suami dan bakal bb yg akan lahir nanti. Juga doakan kita selamat lahirkan bb kita ni. InsyaAllah...

K semua..Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. 0-0..hehehehe...

Monday, September 14, 2009

baBy dah EngaGed

Hi semua...now kita tgh menghitung hari. Last saturday gi appointment dgn doc, dia cakap my baby head dah engaged. Kita tanya apa tu?(maklum la, 1st baby)...oh meaning that from now you can deliver your baby at anytime. Doc pun pesan suh pack brg2 baby n bawak kad antenatal tu kemana saja kita pergi..ala takutnya..so bila2 masa? sempat ke nak raya ni..lagi cuak kita. baby pun dah bertambah beratnya lagi..2.89kg..around 28days more(kalo ikut EDD)..takut ke? tak sabar ke? seme dah ada. Doc kata perut dah turun sikit n can put 4 finger on my tummy...Ala B....suspennya cayang B..harap2 baby mummy kuar lepas raya yer..macam mummy dulu gak la, sempat bagi opah beraya dulu n makan puas2.

Berat kita pun ada turun 500g..doc kata normal la tu coz pose..Sebut pasal pose dah hujung2 pose ni tak larat sungguh dah rasanya. Nak berbuka, tp sayang. Bukan apa, pk nak ganti tu nanti..Asik melepek je. Tapi tu la sian kat bb. Dia rasa lapar ke ha?..Sian kat baby mummy ni. Perut selalu rasa keras. Jap2 rasa tajam je perut ni bila bb mengeras. Tu la lapo ke dia?. Baby kicking pun maintain je..biasanya before 2pm dah dapat la 10 gerakan tu. That menunjukkan bb sihat n active..doc la yg kata..

Sekarang ni nak pk pasal raya2 sakan pun tade..pk pasal nk deliver baby je..Ya Allah, moga KAU mudahkan semuanya.

Wednesday, September 9, 2009

aPa YanG DaH kiTa BeLi


untuk my mum...maroon la pulak kasut mak tahun ni.

tuk ayah pulak. ayah kata dia taknak baju. coz dh byk sgt. so ayah request kita belikan sandal tuk dia.

tuk my younger brother..dia minta t-shirt je..tp kita bg dia suar sekali.hope dia suka la pilihan kita.

Moh kita tgok baju2 najwa pulak..

cute skirt tu..camne agaknya kalo najwa pakai yer...sayang ummi kat najwa.

baju santai tuk najwa..baby kiko gak.

hah yang ni paling kita suka. size cam nampak beso. tp tatau la camne najwa pakai..comel kan. najwa tu putih, tu la kita suka beli kaler merah..
Ni pulak baju tuk baby kita..eh tapi bukan kita yang beli..dapat hadiah dari auntie sabariah. (My GA)..kemain suka abahnya dapat baju ensem ni..

siap berkolar lagi baju ni..umur berapa la bb leh pakai ni.

thanks yer auntie berry...