Wednesday, July 15, 2009

KendUri LengGang PerUT



InsyaAllah 26/July nanti me n dear hubby akan buat sedikit kenduri doa selamat dan bacaan yassin untuk meyambut kelahiran bayi pertama kami. Dan semoga Allah mempermudahkan segalanya. Maka, saya menjemput semua yang berkesempatan datang beramai-ramai ke majlis kami dialamat tertera..InsyaAllah akan diadakan selepas solat maghrib...Jemput ya...


***Tapi ada yang bertanya kenapa jauh sangat?***

Ceritanya macam ni. Adress tu alamat rumah my big brother..

Ni lah abang kesayangan kita tu..handsome tak..wuiii sekarang lg hensem..

Actually dia baru je berpindah rumah. Rumah baru dia la ni. So at the same time dia cakap ngan mak nak buat kenduri tuk rumah baru dia tu. Mak&Ayah pulak mmg plan nak buat tahlil n kenduri sambut pose. So memandangkan dah plan camgitu, mak&ayah kata buat sekali aje la. Tu yang buat kenduri tu kat umah abg. Tak kisah la buat kat mana, yang penting niat kita dah terbayar dan doa tu sampai.

So jemputlah yer...

No comments: