Wednesday, April 29, 2009

KaLi PeRtaMa



Pandangan mata ku sayu tertumpah pada sekujur tubuh yg masih merah...wangi..Berbagai perasaan bercampur baur. Gembira kerana menerima kehadirannya setelah lama dinantikan, sedih bilakah tiba saatku, cemburu kerana dia bukan mutlak milikku, terharu mengenangkan diri yang masih berdua. semuanya ada bermain dihati. Kalaulah bayi dalam gendongan itu milik ku, alangkah bahagianya. Pasti saat itu aku sudah dipanggil ibu dan B bergelar abah...Sejak dia dalam dakapan ku, aku berjanji untuk menyayangi dirinya persis anak sendiri..Menumpahkan seluruh kasihku padanya..Biarlah aku menumpang kasih pada dirinya yang masih tak mengerti. Biarlah aku menjadi 'ummi' dan B menjadi 'baba'...

Ala....itu cerita dua bulan sebelum aku disahkan hamil zuriat yang telah sekian lama kami nantikan. Orang kata, kalau kita terlalu menyayangi bayi comel itu sepenuh hati, secara tak langsung naluri ibu akan timbul. dari situ perasaan kita dan usaha kita akan jadi berlipat ganda. Kerana najwa jugalah aku sanggup menghadapi sakitnya menjalankan ujian HSG tu. Pada bayangan aku saat tu, kalau la aku juga dapat bayi secomel dan segebu najwa..Memang best. Tapi mungkin janji TUHAN telah sampai untuk kami. Tapi walaupun bayi dalam perut ummi makin membesar rindu ummi pada najwa masih macam dulu, sayang ummi pada najwa masih menggebu seperti mana gebu kulitnya yang putih merah. Aku masih 'ummi' dan B masih 'baba' pada najwa. Tak lama lagi Najwa akan dapat adik tau...Ala tak sabar nak balik minggu ni..dah lama tak dukung n gomoi najwa....

Monday, April 27, 2009

baJu sIapa Ni???


Baju2 comei siapakah ini? Mungkinkah tuk anak ibu n abah ni nanti..Hurmm baby girl ke or baby boy...tp dah besar2 lak baju ni...byknyer...Last week kita balik KL, so kita nak cari baju tuk diri sendiri memandangkan perut makin beso, baju dah makin tak muat. Peh tu gi SOGO...ada sale smpi 5 May. Saja jalan kat brg2 baby...bukan nak beli dah. Masih awal lagi...saja survey rege...Boleh tahan gak rege2 brg baby ni...Jom kita tgok apa yg kita beli..


PIGEON Brand


Kaler biRU...


Ni kaler hijau...


Kaler macam gold..brand PUREEN


Biru bunga2...Pride N Joy


Warna purple..ni dear hubby yg pilih...pureen gak.


Pink kaler...baby kiko...

Baju2 ni kita beli tuk 'anak' ummi dan baba kat kampung tu. ibu dia yang kirim. Kita ni rambang mata. Ibu dia kata beli 3 helai n bajet dlm 100...kita tnya la nak baju yg macamana...buat jalan2 ke pakai hari2...My sis kata buat pakai hari2...so kalo nak pakai hari2 buat apa yang smpi 30 selai...kita beli la yang dlm range RM20..yela buat pakai hari2 kan...huhuhu...Tuk 6 helai tu just RM90.20....Siapa anak ummi n baba ni???? siapa lagi kalau bukan si dembol ni....

Thursday, April 23, 2009

JoM MaiN sUdoKu



Game ni bukanlah baru. kadang2 kat mana2 surat khabar ada diselitkan game ni. tapi dulu me tak minat. Pening tengok angka2 yang berterabur tu. tapi dear hubby suka main sudoku ni. Dia kata otak leh jadi bijak. Bila dapat ngadap game ni apa dah dear b tak ingat..syiok sangat ker? Tiap kali dia habis set game mesti tulis kat paper tu "B yang Hebat"...

Me pun rasa macam tercabar la bila dear B amik trade mark me tu. Ini tak leh jadi me kena gak lawan ngan dear B ni. tak leh jadi. So mula2 tu mmg tak bernafsu nak ngadap game ni. Kejap je...mesti give up. tapi bila ternampak2 dear B tulis "B yang Hebat"...ahhhh tak leh jadi...akibatnya la ni me pun ketagih dok main benda ni. balik umah malam2 tu dah pegang kertas n pensel nak buat. Kadang2 ada la tipu sikit tengok jawapan. "B...sorry. cayang pun nak hebat gak". Tapi me ngaku me tak hebat lagi. Time buat tu bila dah stack mesti tunjuk kat B...yang me pelik tu B dapat je jawapannya..dlm hati me kata "mmg hebat"...pstttt...jangan kabo kat dear hubby...huhuhuhu

La ni dah ada peningkatan sikit. Me dah boleh la buat sikit2...B tunggu la...kejap lagi kita tengok siapa yang paling hebat...Encik B ke Puan Cayang????

R U Ready to Fight?????!!!!!!!!!!!

Tuesday, April 21, 2009

stOrY abOuT NaJWa

My sis hari tu ambil cuti 1 weeks n berehat kat kampung. Bukan dia yang tak sihat tapi my beloved najwa tu yang tak sihat. Menyusu pun dah kurang. My sis kata badan najwa ada susut sikit...ala abis la pp gebu dia macam ni...huhuhu...

So my sis cuba la tukar susu najwa ngan susu baru ntah cap apa ntah..alhamdulillah, nampaknya nak tukar susu rupanya..Me tak balik hari tu, so gambar2 ni dapat dari my sis. Tengok...pp najwa dah tak berapa nak gebu. alahai rindu umi kat najwa ni. My sis kata sekarang najwa dah tak byk meragam..Letak dia sorang2 atas tilam pun dia dah leh main sendirik. Dulu jgn harap la...Ye la kan, najwa dah makin besar so mesti la perangai makin baik kan...Jom tgok picture dia.




Entah apa najwa borak ngan atuk dia pun tatau...siap angkat tangan segala ha...eh dia buat "peace" la...


Ni atas kepala najwa ni bukan snow cap baby tu tau. My sis bawak dia jalan pasar minggu, lupa lak bawa topi najwa so adik me belikan dia scarf ala-ala makcik tu. Elok lak dia pakai tu...so balik je umah my sis snap one pict najwa...hehehehe...cute.


Entah lawak apa la ayah dia buat smpi tergelak besor ni..Sampai tak nampak mata dah ha. Apa yang lucu tu ye najwa? Tengok dah ada hati nak naik walker, tp kaki still tak smpi la...Jenuhla opah n atuk nak tolak ni nanti.


Haloo everybody...im najwa..im almost 6 month old


Tergolak lagi...makin kuat gelak nampaknya ya...


Ni la adik kita with her cute doter...Siapa lagi putih najwa atau ibu najwa? Ibu sengih kuat tapi nape najwa masam...Jgnlah risau, najwa still yg paling cantik n cute...

Thursday, April 16, 2009

KeJE GiLeR


Memang betoi2 giler...Tak pernah me bayangkan me bangun tgh pagi semata-mata nak tgok game bola. Dulu bila B kata nak tgok bola tgh pagi selalu bising kat dia nanti ngantok nak gi kerja. Lainlah kalau esoknya cuti. Kalau dulu B nak tgok bola cakap siap2 kita nak tidur dlm bilik, tak mau tido depan TV nanti bila B bangun tengok game nanti mengganggu tido kita. Itu dulu la. Dulu me bukan suka tengok bola sepak ni, tp sejak ngandung ni me sanggup bangun pagi semata2 nak tengok team my hubby peberet team main.(bukan me punya peberet tapi my hubby yer) bukan B yang excited nak bangun tengah pagi ni, tapi me lak yg siap set alarm nk bangun pagi..Mungkinkan bb dalam perut ibu ni......

Macam malam tadi me bangun around kol 3am nak tengok manchester united vs fc porto..huh tengok B dok dengkur lagi. Kata nak tgok game. kejutkanlah dia...terpisat2 gosok biji mata. actually pada peminat MU mesti deme tau kan yg last week 2 team ni dah lawan, tapi seri la pulak..tu hari ni lawan lagi dan keputusannya of course la MU menang (1-0) hasil sepakan ronaldo pada minit ke 6. tapi dapat satu gol je...tak syiok la...dapat byk gol kan lagi seronok.

game habis around kol 4.30am...so hari ni dapatlah penyakit ngantok sesangat...tu la elok2 tido berjaga lak nak tgok bola...huh...nak tido la..ngantok ni...

Thursday, April 9, 2009

seRonOknya NajWa ManDI

Sekarang dah tak mandi air panas (kecuali mandi pagi la)..la ni mak mandikan dia kat sinki je. Yang kelakar tu dia diam je mandi. Sejuk gak air kena badan kan. Dia kuat berpeluh. Peh tu mandi kejap2 tanak. Mesti nak lama2 sikit baru dia syiok.



posing dulu sebelum mandi...Tara...saya dah tinggi ni...Jom mandi kat sinki.


lala..lalala...tenangnya muka dia. sebijik muka ayah dia yer..ibu...jgn jeles.


segar dah badan najwa lepas mandi ni..lagipun opah mandikan syiokkk...


hai...sayang sejuk ker? tak sejuk pun tapi sedap. Badan dah segar. Ibu mana susu najwa.


dah mandi lapo la perut ibu. nak mam nestum la...


sambil makan garu kepala...dah tabiat dia dari kecik lagi


sebelum kena bungkus meh meniarap jap...kang opah tidokan najwa


hah...kan dah cakap. tengok opah dah bungkus najwa. najwa pakai kimono ker? tp kimono bukan kat belakang ker? Opah dera yer?


bukan lah...hari tu opah dia nampak najwa dah tidur meniarap dlm buaian. Tu yang opah ikat bantal kasi dia tak leh berpusing dlm buai. So dia kan tido telentang camtu atau ngiring kekiri-kanan je. Tak pernah tgok anak sedara lain mak buat camni. Anak adik ni la 1st time...Lesak tidornya...

Tuesday, April 7, 2009

LiLo is bacK

Lega rasa hati bila dah boleh kembali ke dapur…so lilo is back!! Dekat 3 bulan lebih gak la dapur me jarang berasap. Bukan tak berasap langsung tapi boleh dikira la berapa kali sepanjang temph 3 bulan tu. Kadang2 seminggu sekali, kadang tade langsung. Bukan alah, mual or muntah. Tapi tade rasa nafsu nak dok kat dapur nak memasak ni. Tapi tiap kali gi pasar malam hati geram je nengok sayur dan ikan2 yang segar. Beli gak tu, tapi smpi layu n kering dlm peti ais me tak masak. Sudahnya ke tong sampah. Malas tol nak ngadap barang2 dapur masa tu. Mesti jiran belakang umah pun heran pasal apa tingkap dapur me tak terbuka-bukak. Bukan tak cuba tapi bila balik kerja je rasa nak “melepek” (baring dan terlelap). Tak peduli tu lepeh asar ke nak maghrib ke apa. Sedar-sedar En B dah balik n lepak kat sebelah….Itu yang paling ketara kesan daripada “penyakit buatan En B”…hehehehehe.

Alhamdulillah, me tak kena alah yang teruk. Dan boleh gak kata tade alah langsung. Bila dah lama menanti rezki dari DIA, segalanya dipermudahkan. Syukur Ya Allah…..perit gak rasa kalau cam setengah orang yg dapat “morning sickness” yang teruk kan. Macam kakak me, dia kata takleh makan langsung. Kalau makan pun mesti nak duduk dekat sinki..apa2 hal senang luah je. Mak mertua me lak tak leh bau nasi. Dia kata bau busuk sangat nasi tu. Macam2 kan. Nasib Tuhan tu permudahkan segala untuk me. Cam yang me cakap cuma letih n malas je la yang me dapat. Bayangkan nak buat segala kerja semuanya tertangguh. Mana dan je me letak barang segala. Sib En B kira ok gak dia la yang byk tolong me. Tebiat me la ni, kalau balik keje tudung letak/sangkut mana dan je. En B jugalah balik kang yang dok sangkut elok2 or masuk je mesin basuh. Hehehehe “ala B, cayang tak larat”…

Kandungan me pun dah nak cecah 4 bulan. Perut pun makin muncit. Baju kurung pun dah “senak” sgt nak pakai. Ada baju2 je yg me leh sarung. Yang besar2 or baju lama2 dulu. Orang pun ada gak tegur, perut me dah nampak. Mak me pun kata camtu. Dia kata biasa 4 bulan tu tak berapa ketara lagi. Mak kata daging perut me tebal kot…hehehehe..
Eh apa ngarut ni..

Dulu masa dah masuk je 3 bulan seminggu me tak leh makan nasi..Mungkin itu lah alahan yg paling teruk me rasa. Siap nangis2 ni coz lapar. Tapi nasi je la tak leh makan. Mee ke, laksa ke sib boleh masuk. Risau gak me nanti melarat ke lamanya camni. Now, tak lagi. Cuma dalam tempoh seminggu tu je la me rasa. Uihhh tu pun seksa sgt rasa. Ye la kita bese makan nasi tiba2 je tak leh, mau tak sedih. Yang mak me kat kampung siap buat gulai ayam peberet me kot2 mau makan, tapi tak gak. Lastnya minta mak masak laksa…huh…2 mangkuk pun me tibia…sedap tau laksa mak me..

Dan sekarang me dah rasa sihat dah..ye la, maksudnya tak ngantuk2 lagi bila balik keje. Malas tu ada la lagi tapi dah kurang sikit la kalau nak banding masa 3 bulan pertama dulu. Dan sekarang me rasa happy sangat ye la macam me cakap kat atas tadi…lilo is back. Dapur me dah kembali berasap. Sekarang me dah boleh masak2 cam selalu. 1 hari 3 lauk!!! Macam zaman2 me berbadan satu dulu. Hujung minggu pun tak g mee rebus ramli dah. Me seronok masak kat dapur. Kupas bawang, blender cili, siang ikan n macam2 lagi. Dah boleh dok kat dapur berjam2 dok kopek ikan bilis n potong cili kering. Syukur sangat2. tentu dear hubby rindu nak makan masakan dari air tangan isteri dia ni. Lepeh2 ni rajin2 la jenguk ke dapurLiLo tengok kot2 ada menu yang spesel..harap2 me dah lepas “saat2 perit” tu…

Friday, April 3, 2009

RinDu



Alahai…rindunya kat Najwa…Me yang makcik dia pun leh rasa rindu sesangat camne lah pulak perasaan adik me bila rindu lak kat anak dia. Tu yang agaknya dia sanggup berulang alik Sepang-Teluk Intan nak tengok Najwa. Sejak2 berbadan dua ni mungkin naluri ibu yang ada dalam diri buatkan me selalu dok ingatkan Najwa. Ada yang kata mungkin berkat menyayangi Najwa berjangkit lak kat me. Me ingat lagi ada satu masa tu me balik kampong. Memang nak tengok Najwa selain menjalankan tanggungjawab sbgi anak tuk jenguk mak ayah kat kampong. Adik me (ibu Najwa) mungkin gak rasa runsing coz me selalu kacau Najwa tidur..Geram aje tengok Najwa tu. Tu yang selalu bangunkan dia nak main2 ngan dia. Then bila ahad me nak balik la balik ke rumah me. Masa tu dear hubby tanya nak balik bila. Me kata terpulanglah..”cayang ikut aje”..Tapi tanpa dia tau sebenarnya kalau boleh nak amik cuti esoknya. Nak spend time lagi dgn Najwa…Me tau bila petang aje kat kampong mesti hujan. Then me pun agak2 dlm kol 3pm tu tido ar..nanti dear hubby pun mesti ikut tidur. Dah set alarm nak bgn 4.30pm tuk solat Asar. Tapi bangun2 je tgok ujan lak. Dalam hati dok kata “ada peluang balik peh Maghrib ni”…

Seperti dijangka, dapat lagi la spend time ngan Najwa. Nak tak nak peh solat Maghrib kena la balik. Apa halnya, esok nak kerja ni….Entah camne dah siap2 salam nak balik tu hati rasa sedih sgt nak tgl Najwa. Cam rasa nak tglkan anak sendiri pulak. Me pesan kat adik jg anak elok2..Sayu je rasa hati. Then mak pun cakap la, sabar la ada rezki kau nanti.
Peh tu kita pun cakap kat mak “kalau org paham perasaan awal takpe. Mana yang tak paham tnya macam”…dengan linangan airmata…

Masa tu satu je dalam fikiran me…”Ya Allah, aku juga mahukan zuriat sendiri seperti adik aku”…dalam kete asik nangis je. Tersentuh ngan kata2 luahan sendiri dan lagi sedih nak tinggalkan Najwa…semua dah campur aduk. Bukan niat me nak risaukan mak masa tu. Tapi memang me teringin nak beri dear hubby zuriat kami sendiri. Dear hubby tak mampu nak kata apa, selain dari genggaman tangannya yg makin erat pada tangan kanan me.

Tapi itu semua tinggal kenangan. Hari ni, saat ni me dah boleh tersenyum mengusap perut me sendiri. Ia makin membesar, dan tak lama lagi me akan rasa gerakan pertama dari si kecil. Alhamdulillah atas nikmat pemberianMU Ya Allah.

Bila kenang saat tu dulu, me betul2 rasa me tak kuat. Nasib la dear hubby ada sama2 me masa tu…Semuanya ada hikmah yang kita tak tau…..

“ Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, Bila Allah lambat makbulkan doamu, DIA ingin mengujimu, Bila Allah tidak makbulkan doamu, maka DIA telah merancang sesuatu yang baik untukmu. Sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam pa jua keadaan….kerana kasih sayang ALLAH mendahului kemurkaanNYA”