Friday, April 3, 2009

RinDu



Alahai…rindunya kat Najwa…Me yang makcik dia pun leh rasa rindu sesangat camne lah pulak perasaan adik me bila rindu lak kat anak dia. Tu yang agaknya dia sanggup berulang alik Sepang-Teluk Intan nak tengok Najwa. Sejak2 berbadan dua ni mungkin naluri ibu yang ada dalam diri buatkan me selalu dok ingatkan Najwa. Ada yang kata mungkin berkat menyayangi Najwa berjangkit lak kat me. Me ingat lagi ada satu masa tu me balik kampong. Memang nak tengok Najwa selain menjalankan tanggungjawab sbgi anak tuk jenguk mak ayah kat kampong. Adik me (ibu Najwa) mungkin gak rasa runsing coz me selalu kacau Najwa tidur..Geram aje tengok Najwa tu. Tu yang selalu bangunkan dia nak main2 ngan dia. Then bila ahad me nak balik la balik ke rumah me. Masa tu dear hubby tanya nak balik bila. Me kata terpulanglah..”cayang ikut aje”..Tapi tanpa dia tau sebenarnya kalau boleh nak amik cuti esoknya. Nak spend time lagi dgn Najwa…Me tau bila petang aje kat kampong mesti hujan. Then me pun agak2 dlm kol 3pm tu tido ar..nanti dear hubby pun mesti ikut tidur. Dah set alarm nak bgn 4.30pm tuk solat Asar. Tapi bangun2 je tgok ujan lak. Dalam hati dok kata “ada peluang balik peh Maghrib ni”…

Seperti dijangka, dapat lagi la spend time ngan Najwa. Nak tak nak peh solat Maghrib kena la balik. Apa halnya, esok nak kerja ni….Entah camne dah siap2 salam nak balik tu hati rasa sedih sgt nak tgl Najwa. Cam rasa nak tglkan anak sendiri pulak. Me pesan kat adik jg anak elok2..Sayu je rasa hati. Then mak pun cakap la, sabar la ada rezki kau nanti.
Peh tu kita pun cakap kat mak “kalau org paham perasaan awal takpe. Mana yang tak paham tnya macam”…dengan linangan airmata…

Masa tu satu je dalam fikiran me…”Ya Allah, aku juga mahukan zuriat sendiri seperti adik aku”…dalam kete asik nangis je. Tersentuh ngan kata2 luahan sendiri dan lagi sedih nak tinggalkan Najwa…semua dah campur aduk. Bukan niat me nak risaukan mak masa tu. Tapi memang me teringin nak beri dear hubby zuriat kami sendiri. Dear hubby tak mampu nak kata apa, selain dari genggaman tangannya yg makin erat pada tangan kanan me.

Tapi itu semua tinggal kenangan. Hari ni, saat ni me dah boleh tersenyum mengusap perut me sendiri. Ia makin membesar, dan tak lama lagi me akan rasa gerakan pertama dari si kecil. Alhamdulillah atas nikmat pemberianMU Ya Allah.

Bila kenang saat tu dulu, me betul2 rasa me tak kuat. Nasib la dear hubby ada sama2 me masa tu…Semuanya ada hikmah yang kita tak tau…..

“ Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, Bila Allah lambat makbulkan doamu, DIA ingin mengujimu, Bila Allah tidak makbulkan doamu, maka DIA telah merancang sesuatu yang baik untukmu. Sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam pa jua keadaan….kerana kasih sayang ALLAH mendahului kemurkaanNYA”

No comments: