Thursday, October 30, 2008

Sungai Klah Part 2

Mak Ayah first time smpi Sg Klah. Dulu bukan main susah nak bawak makayah jenjalan ni. Tp sekarang ajak je la kemana. Seronok sgt derang. Enjoy. Kita sebagai anak rasa puas hati bila tgok makayah seronok n enjoy. En B pula kata dia bangga sebagai menantu dapat bawa mertua dia bercuti. Thanks B. Ni pun idea tak sengaja kita kan. Tiba2 je plan n tak sangka makayah setuju. Paling best bila tgok makayah nek gelongsor air...mula tu malu2...tp bila deme nampak sorang uncle cina umur 82 tahun yang dah 3x naik gelongsor tu makin kobar2 lak makayah. N kita pun tak sangka makayah nek betol2...tak caya? Jom tengok picture ni...

Mula2 sampai celup badan sikit2 je. Romantik tol makayah mandi be
rdua..huhuhu..."Eh bang...ada gelongsor la...dari mulut sotong lak tu""Ye la Nah..agak2 boleh ke kita naik. Macam best je" Kita yang dari jauh mandang..betol ke makayah ni nak naik.
"Eh bang..tu cina tu macam dah tua. Dia pun naik la bang" Kita dah mula cuak. Makayah ni biar betol. takut kot lemas je karang. Mana la tau kan
Sessi berkenal-kenalan ngan toke cina ni. Menurut cina tu dia umur sudah 82 tahun. Manyak siokkkk ooo..Saya sudah 3kali naik ow...Makin berkobar2 la makayah.
Tengok lelaki t-shirt putih tu. Sengih je. Dia la orang bertanggungjawab memujuk makayah tuk naik. Siap teman makayah naik atas lagi..Mizi...mizi...Mak pun dah gerak nak antar spek mata kat kita.Makayah dah amek tempat nak main gelongsor...ayah kena turun dulu la..then baru mak.
yahoo....tu ayah kita tgh turun gelongsor.....
then mak...
hmmm...puas agaknya...lepas gak hajat dihati.Itulah antara kenangan manis percutian kali ni. Lagi syok bila makayah kata nak pergi lagi. Maknaya deme enjoy la tu...

Wednesday, October 29, 2008

Selamat datang kedunia baru


Nur Najwa Syuhadah bt Mohd Syarmizi


Alhamdulillah, petang semalam otw balik keje dapat sms dari my younger sister. She's otw to hospital seremban. sakit nak bersalain. Yang syiok tu, hari Isnin tu dia buleh berendam dalam kolam air panas lagi. Padahal dia mmg dah sarat. oarng nak berjalan dia pun nak ikut. Nasib la tak beranak dlm kolam tu kan. hehehehe....
Rasanya dia sakit tak lama. Kalau ikut doktor yang hold kes dia tu, anak sulung akan sakit 12 jam. entahla, kita tak ada pengalaman...So cakap orang2 je la yang kita dengar. Dia gi hospital dalam 6 lebih (ptg). Kita pun foward la msej Ida (my adik) kat beradik yang lain. seronok ni mak pun dah lama tak dapat cucu...sepanjang malam kami semua debar menanti. Dari sejam ke sejam la nunggu, tp still tak dapat apa2 info dari Mizi (my brother in Law). Kakak2 lain sibuk pulak mesej kita, macam lah kita ada tunggu Ida kat spital tu. tau le masing2 suspen...
Ish mana Mizi ni tak col/msj ni. Kita col dia tp tak pick up. Mesej pun tak reply...hati ni risau bukan main. then dlm kol 10 lebih dpt mesej dari Mizi kat Ida still sakit lagi. sepanjang malam kita doa moga ibu dan baby selamat...Bila pikir2 takut gak nak bersalin ni kan..tapi camne pun kita nak gak baby...sabor tunggu je la. Ada rezki nanti tu...(nak pujuk hati sendiri)
Pukul 11 lebih dpt lagi mesej Mizi. Dia kata Ida tak leh "push" kuat. Doc terpaksa buat cara lain. tapi Mizi tak leh tgok. Kita mula la cuak semacam. Apa je la yang doc nak buat gak nyer. dlm hati ni tak putus2 berdoa. Mata ni jadi tak ngantok la. Risau kita. camne la si ayah kat spital tu kan. Lagi tak senang duduk...
Kol 1 lebih dapat mesej dari Mizi. He said Ida dah selamat bersalin kol 11.37 malam. dapat bb girl berat 2.9Kg. bersalin normal. Alhamdulillah...semua selamat. Kita pun syiok rasanya dengar semua ok. Terus foward mesej tu kat beradik lain. Rupa2 nya deme pun tak tido lagi tgu berita dari Ida...apa2 pun semuanya dah selamat. syukur pada Tuhan memudahkan semuanya. Kita pun wish la kat adik kita kata tahniah dah jadi ibu..terharu kita dalam sakit yang masih bersisa tu dia balas mesej kita. "InsyaAllah wal...tahun depan rezki kau pulak" . Aminnnn moga kata2 dia satu doa. Kita pun harap camtu...

Tuesday, October 28, 2008

KawAn LaMa

Seronok tol kita balik kampung minggu ni. Tak henti melayan karenah anak buah yang dua orang tu..huhuhu...tak hengat. Gegak gempita umah ayah/mak kat kampung tu. Since last Ramadhan ayah byk kali cakap nak gi TESCO baru buka kat KAMPAR tu..tp masa bulan pose ajak letih lak katanya. Then kelmarin kita n adik kita IDA pun berkeras ajak ayah. Smpi sakit la kaki ayah berjalan. Mak rileks je. Seronok pusing2 tgok barang yang disusun bertingkat2...Tu la nak dijadikan cerita dah rezki masa kat TESCO tu kita pun 'terjumpa' kawan yang rasanya dah hampir 7 tahun tak jumpa. She's my besfren. Langkah kita makin laju masa nampak dia borak ngn my family. Me lajukan langkah kaki n dah tak duli kay dear hubby. Yang me nampak cuma my bestfren Sue Anne..(dia bukan cina tau, melayu tulen)
Saat mata ni bertentang kita dah tak duli keliling terus kita peluk dia. tak sangka la bergenang airmata ni. Sekian lama kita 'jejak' dia. Terlerai la rasa rindu kat hati. Terjawab gak la persoalan yang bermain2 kat kepala ni mana menghilangnya dia. Alhamdullillah kami ditemukan dlm keadaan yang tak disangka2...Berulang kali mulut kita tnya kat dia "Anne, ko merajuk ngan aku ke"..7 tahun lepas kami still contact, every sem break dia akan dtg lepak umah kita. Tapi ntah kat mana silap tiba2 dia hilang cam tu aje. Dia pun tak caya kita dah kawin. Kita try contact dia masa nak kawin tp tak dapat..tak dapat..tak dapat. Seronok tol dapat jumpa dia dan tgok dia berjawatan besar sekarang..Ya Allah terima kasih atas pertemuan ini. Anne...ko jgn hilang lagi tau.

Tuesday, October 21, 2008

CupCake..

argh....kegilaanku nak belajr buat cupcake menjadi2...last week smpi 2 kali cuba..yg first tu bancuhan jadi pahit...terlebih bikarbonat kot. then kali kedua tu bancuhan mmg sedap la tapi dia jadi leper bila kuar dari oven...naper erk...then nak cari sifu yg buleh tolong ajarkan buat icing tuk kek...dah intai2 la 2,3 blog/fotopages yg ada buat kelas ni...tp jauh nun kat belah2 KL. Yang ada kat ipoh ni tak nak lak buat kelas...tak berani lagi..Ye la macam wawa kita pun...kalau rasa tak yakin nak ngajar org buat apa buat kelas kan...jgn pk $$$$ je...huhuhu...
Uiii...bangga kan kalo dapt buat kek yg cantik2 dan comel ni tambahan rasa yang sedap kan...ntah la, wawa ni mmg suka keje yang renyah2(rumit) ni. Bila dah nampak hasilnya mmg puas hati. Lagi2 kalau kita dpt pujian ikhlas dari org yuang menilainya..
Tapi wawa takut semangat ni hanya hangat2 ^%$& ayam je nanti. Tapi harap tak la. Hubby pun dah kasi fully support ni. Beria-ia minta kita join mana2 kelas tuk CC ni. Mana lah tahu kot2 one day leh jadi "side income" kan...huhuhu...berangan je kita ni.

Tuesday, October 14, 2008

PeRGI yaNG TaK kEMBali..

Kesunyian malam isnin yang lalu membawa berita yang mengejutkan me lebih2 lagi dear hubby. We got call from hubby's BIL..innalillahiwainailaihirajioun...Mak Ngah (belah mak) telah kembali ke rahmatullah tepat jam 8.30mlm..Berita itu benar2 merubah mood hubby nak layan guest yg beraya malam tu. Me tau, kalau me terkejut, dear hubby lagi berganda-ganda terkejutnya. Raya baru ni kami sempat bertandang je rumah arwah dan bersembang itu ini. Lagak arwah sihat walafiat. Tak ade menunjukkan sebarang tanda dia sakit. Tapi bila janji Tuhan dah sampai, itu semua dah tak diambil kira. Setiap insan akan merasa mati.
Menitis juga airmata ini melihat suami arwah yang lemah tak berdaya saat jenazah dikebumikan. Sebak hati mendengar luahan hati cucu arwah. "Tok wan dah tak ade, siapa nak main ngan kita. Tengok tu, orang mandikan tok wan". Sayu hati tatkala melihat anak bongsu arwah menguburkan arwah. Sedih tatkala insan2 dikeliling berendam airmata.
Walaupun me agak baru hadir dalam keluarga ini, pada me arwah seorang yang baik budi pekerti. Walau jarang bersua tapi layanan arwah tetap dalam ingatan..Hanya doa yang mampu kami berikan pada arwah. Moga roh nya ditempatkan di golongan orang2 yang beriman. Buat keluarga arwah moga kalian tabah melalui hari-hari mendatang.
Al-Fatihah..

Friday, October 10, 2008

Picture Raya


SeLamAt Hari Raya...apa ni??.ahli jawatankuasa ketua kampung ker?..hehehe...ni lah salasilah keluarga tok nenek kita..kita ni dari susur galur yang kesepuluh...Kita bangga pada pakcik kita yang merangkap sepupu ayah, atas effort dia mengumpulkan semua ahli keluarga kami ni. Dari sejarah yang aku baca kami ni datangnya dari pagar ruyung sumatera. Ada dua beradik iaitu Da'imon dan Malim Muda..Deme ni berselisih faham dan bawak diri masing2..n kita adalah keturunan Malim Muda..Kita adik beradik ni rupanya dah generasi ke-enam..huiiii banyaknya.



Masa masuk dalam dewan tu, macam tak caya itu perjumpaan keluarga..punyalah ramai. bahkan kami tak kenal pun semuanya. Terima sekali lagi kat pakcik atas usahanya ini.



Ramaikan...majlis ni diadakan pada malam kedua raya, didewan TAPAH, Perak. Disamping makan2 ada juga acara cabutan bertuah, sessi bersembang asal-usul keluarga kami, pertandingan loghat bahasa kami dan macam2 lagi. Ini tahun kedua majlis ni dibuat.

Ni lah orang kuat di sebalik majlis ini. Tulang belakang yang punya idea utk acara ni. Terima kasih gak buat anak2 beliau yg bekerja keras memastikan acara ini berjalan lancar seperti yang diharapkan. Moga majlis ini akan diadakan pada tahun2 yg mendatang. Biar lebih ramai lagi meriah.



Wednesday, October 8, 2008

DuIt RaYA.........

Siapa yang tak nak duit raya..budak2 khasnya..Tak kisah la dia kenal ke tak tuan rumah tu, janji dia tak balik tanagn kosong. Tapi macamana kalau budak2 ni datang rumah orang tu tapi smpi sudah orang tu tak kasi duit raya. Apa budak2 ni nak buat kan?...
Tu lah..masa malam kami smpi dari KL lebih kurang jam 9 lebih kot..elok je kami kunci gate rumah, terdengar sore budak2 bagi salam.."assalamualaikum, kami nak raya". Ya Allah aku bukan tak bagi budak2 ni masuk rumah, tapi ye la kita baru je smpi rumah tengah sibuk2 angkat beg deme nak beraya pulak. Kuih tak letak dlm balang lagi. Lampu dlm rumah pun tak sempat buka lagi dah bizi nak beraya. Kot ye pun bagi la kami bernafas dulu. Aku terus tutup lampu car poarch. Aku betul2 letih nak layan time ni. Memang aku tade niat nak layan pun. Datang la esok2...Budak2 ni pulak nampak je aku tutup lampu cakap sesama sendiri. "Jom la wei..tak payahlah. kat belakang2 tu byk rumah lain lagi"..
So aku ingat bebudak ni takkan dtg la esok kan..Tapi sangkaan aku meleset..Semalam elok je En B balik n tutup pagar rumah sekali lagi budak ni cuba nasib. Masa tu hampir kol 7 petang dah. Budak2 yg memang lepak kat tu bila terpandang je tuan rumah terus datang tu. "kami nak raya"...aku tgh masak tuk makan malam masa tu. Aku cakap kat B..bagi je la masuk B..aku bukan marah budak2 ni nak beraya..tapi tak boleh tgu waktu yg sesuai ke..hujung minggu ke..ni deme datang masa tu tak kena.
So aku pun hidangkanlah air botol yg memang dah ada tu. Aku hantar la kat budak2 ni. Aku cakap la.."umah acik tade biskut. acik baru smpi dari kampung ni. apa pun tak kemas lagi" tau apa budak2 ni jawab...
"TAKPE LA ACIK. TAK PAYAH SUSAH-SUSAH (sejuk hati aku)...BAGI AJE KAMI DUIT RAYA PUN DAH CUKUP (yg ni panas hati aku)...so betul la sangkaan kita semua..budak2 ni beraya mmg semata-mata nak cari duit raya. Itu takpe lagi yg hati ni makin panas..udahlah dtg umah senja2 then bila masuk umah orang habis semua perhiasan nak diusik. "string curtain" aku pun jadi kusut dibuat main budak2 ni. hangin tol aku...Sabar je la aku..Ye la kot nak beraya pun pakai la lawa2 sikit...jg kelakuan dan sebagainya..Anak siapalah agaknya...????

Tuesday, October 7, 2008

SaLaM AidILFItri

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat muslimin dan muslimat semua. Alhamdulillah, hari ni wawa dah start keje semula setelah hampir satu minggu bercuti pulang kedua belah kampung. Lama sungguh tak 'hapdet' blog ni. Tatau la masuk last week dah hampir 2 minggu wawa tak leh sign in ke blog sendiri. dari pagi tadi cuba still tak berjaya. Ni wawa pinjam komputer students ni. tapi pelik maybe ada setting yang tak betol kat pc wawa kot..
This year wawa balik beraya ke kampung wawa sendiri n pengalaman pertama gak kat hubby wawa coz terpaksa beraya belah mertua. Pada wawa aidilfitri kali ni tade apa yg spesel. Sama je macam tahun2 lepas. (masih menanti kehadiran "org baru") Lain la masa kicik2 dulu tak sabar nak tunggu pengumuman raya. 2,3 hari sebelum raya tak habis2 menggayakan kasut dan baju baru. Berjalan sana sini kumpul duit raya. Semua tu pengalaman zaman kanak2. Bila dah besar panjang ni, tak dapat duit raya dah, malah kita lak kena kuar duit raya. Anak sedara wawa ramai..ada 24 orang. Nak bagi banyak tu idaklah..lagipun raya tu tujuan utama bukan nak kumpul duit raya kan??hehehe..
Namun kemeriahan berkumpul dan bermaaf-maafan bersama adik-beradik tetap terasa nikmatnya. tapi ada satu cerita best yang wawa still rasa hairan..macamana pagi raya tu wawa leh terlupa minta maaf dan kucup tangan suami tercinta..ish ish...
Ceritanya macam ni..pagi tu En B bertindak sebagai jurugambar keluarga. Sementara wawa masih ber"make-up" sakan kat bilik atas. Cuma sesekali terdengar gelak tawa kat bawah..Dipendekkan cerita lepas satu-satu gambar di 'snap' n masa smpi turn makayah dah dgr panggilan pertama dari surau berdekatan memanggil warga kampung berkumpul tuk sembahyang raya..Tapi kami masih terus "snap-snap"..Then tergesa-gesa wawa turun amik gambar dulu. Karang tak sempat lak..peh tu giliran kami berdua lak nak bergambar..peh tu ntah camne kelam kabut En B pun terkocoh-kocoh nak ke surau..So smpi kesudahnya la pagi tu tak pat kucup tgn suami tercinta. Tapi apa pun kami telah saling maaf-memaafi...bukan pagi raya saja tapi setiap hari..................cuma pagi raya ni spesel sikit la kan..hmmm...camne lah leh tak "tersalam".......................