Friday, October 10, 2008

Picture Raya


SeLamAt Hari Raya...apa ni??.ahli jawatankuasa ketua kampung ker?..hehehe...ni lah salasilah keluarga tok nenek kita..kita ni dari susur galur yang kesepuluh...Kita bangga pada pakcik kita yang merangkap sepupu ayah, atas effort dia mengumpulkan semua ahli keluarga kami ni. Dari sejarah yang aku baca kami ni datangnya dari pagar ruyung sumatera. Ada dua beradik iaitu Da'imon dan Malim Muda..Deme ni berselisih faham dan bawak diri masing2..n kita adalah keturunan Malim Muda..Kita adik beradik ni rupanya dah generasi ke-enam..huiiii banyaknya.



Masa masuk dalam dewan tu, macam tak caya itu perjumpaan keluarga..punyalah ramai. bahkan kami tak kenal pun semuanya. Terima sekali lagi kat pakcik atas usahanya ini.



Ramaikan...majlis ni diadakan pada malam kedua raya, didewan TAPAH, Perak. Disamping makan2 ada juga acara cabutan bertuah, sessi bersembang asal-usul keluarga kami, pertandingan loghat bahasa kami dan macam2 lagi. Ini tahun kedua majlis ni dibuat.

Ni lah orang kuat di sebalik majlis ini. Tulang belakang yang punya idea utk acara ni. Terima kasih gak buat anak2 beliau yg bekerja keras memastikan acara ini berjalan lancar seperti yang diharapkan. Moga majlis ini akan diadakan pada tahun2 yg mendatang. Biar lebih ramai lagi meriah.



No comments: