Wednesday, October 29, 2008
Selamat datang kedunia baru
Alhamdulillah, petang semalam otw balik keje dapat sms dari my younger sister. She's otw to hospital seremban. sakit nak bersalain. Yang syiok tu, hari Isnin tu dia buleh berendam dalam kolam air panas lagi. Padahal dia mmg dah sarat. oarng nak berjalan dia pun nak ikut. Nasib la tak beranak dlm kolam tu kan. hehehehe....
Rasanya dia sakit tak lama. Kalau ikut doktor yang hold kes dia tu, anak sulung akan sakit 12 jam. entahla, kita tak ada pengalaman...So cakap orang2 je la yang kita dengar. Dia gi hospital dalam 6 lebih (ptg). Kita pun foward la msej Ida (my adik) kat beradik yang lain. seronok ni mak pun dah lama tak dapat cucu...sepanjang malam kami semua debar menanti. Dari sejam ke sejam la nunggu, tp still tak dapat apa2 info dari Mizi (my brother in Law). Kakak2 lain sibuk pulak mesej kita, macam lah kita ada tunggu Ida kat spital tu. tau le masing2 suspen...
Ish mana Mizi ni tak col/msj ni. Kita col dia tp tak pick up. Mesej pun tak reply...hati ni risau bukan main. then dlm kol 10 lebih dpt mesej dari Mizi kat Ida still sakit lagi. sepanjang malam kita doa moga ibu dan baby selamat...Bila pikir2 takut gak nak bersalin ni kan..tapi camne pun kita nak gak baby...sabor tunggu je la. Ada rezki nanti tu...(nak pujuk hati sendiri)
Pukul 11 lebih dpt lagi mesej Mizi. Dia kata Ida tak leh "push" kuat. Doc terpaksa buat cara lain. tapi Mizi tak leh tgok. Kita mula la cuak semacam. Apa je la yang doc nak buat gak nyer. dlm hati ni tak putus2 berdoa. Mata ni jadi tak ngantok la. Risau kita. camne la si ayah kat spital tu kan. Lagi tak senang duduk...
Kol 1 lebih dapat mesej dari Mizi. He said Ida dah selamat bersalin kol 11.37 malam. dapat bb girl berat 2.9Kg. bersalin normal. Alhamdulillah...semua selamat. Kita pun syiok rasanya dengar semua ok. Terus foward mesej tu kat beradik lain. Rupa2 nya deme pun tak tido lagi tgu berita dari Ida...apa2 pun semuanya dah selamat. syukur pada Tuhan memudahkan semuanya. Kita pun wish la kat adik kita kata tahniah dah jadi ibu..terharu kita dalam sakit yang masih bersisa tu dia balas mesej kita. "InsyaAllah wal...tahun depan rezki kau pulak" . Aminnnn moga kata2 dia satu doa. Kita pun harap camtu...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment