Tuesday, October 14, 2008

PeRGI yaNG TaK kEMBali..

Kesunyian malam isnin yang lalu membawa berita yang mengejutkan me lebih2 lagi dear hubby. We got call from hubby's BIL..innalillahiwainailaihirajioun...Mak Ngah (belah mak) telah kembali ke rahmatullah tepat jam 8.30mlm..Berita itu benar2 merubah mood hubby nak layan guest yg beraya malam tu. Me tau, kalau me terkejut, dear hubby lagi berganda-ganda terkejutnya. Raya baru ni kami sempat bertandang je rumah arwah dan bersembang itu ini. Lagak arwah sihat walafiat. Tak ade menunjukkan sebarang tanda dia sakit. Tapi bila janji Tuhan dah sampai, itu semua dah tak diambil kira. Setiap insan akan merasa mati.
Menitis juga airmata ini melihat suami arwah yang lemah tak berdaya saat jenazah dikebumikan. Sebak hati mendengar luahan hati cucu arwah. "Tok wan dah tak ade, siapa nak main ngan kita. Tengok tu, orang mandikan tok wan". Sayu hati tatkala melihat anak bongsu arwah menguburkan arwah. Sedih tatkala insan2 dikeliling berendam airmata.
Walaupun me agak baru hadir dalam keluarga ini, pada me arwah seorang yang baik budi pekerti. Walau jarang bersua tapi layanan arwah tetap dalam ingatan..Hanya doa yang mampu kami berikan pada arwah. Moga roh nya ditempatkan di golongan orang2 yang beriman. Buat keluarga arwah moga kalian tabah melalui hari-hari mendatang.
Al-Fatihah..

No comments: