Monday, March 23, 2009

appOintMenT


21hb lalu (sabtu) ada appointment dengan me punya doctor. Buat monthly check up je tuk tengok perkembangan baby. Alhamdulillah, semuanya nampak sihat..Me dah boleh nampak bentuk baby yang hampir sempurna. Sungguh excited rasanya bila doc tunjuk setiap anggota baby. Walaupun tak nampak jelas to gambaran yang doc bagi buat me nak menitis airmata. Doc tunjuk bahgaian kepala dia, tulang belakang dia, tulang shoulder dia, tangan dia dan paling menyentuh hati me bila doc tnjuk bahagian kaki dia. Me dah boleh nampak peha dan betis dia. Dalam hati, subhanAllah masyaAllah, sungguh indah kejadian tuhan, memang betul la orang kata indahnya perasaan bakal menjadi ibu. Doc kata sikit lagi dah boleh tgok jantina baby...dan tak lama gak lagi me dah boleh rasakan gerakan baby.
Cuba korang bayangkan tengah leka2 buat keje, tiba2 ada rasa something yang gerak in your stomach...mesti seronok kan..terkejut? Mungkin juga kan. Memang indah. Tak tau nak ucap camne. Tak tau nak explain camne. Sekarang apa2 gak aktiviti mesti ingat yang dalam perut ni. Kalau dulu tak peduli tu semua...
Sekarang me dah lepas 1st trimester n dah in ke 2nd trimester. Doc pun cakap ni dah kira stage yang stabil tuk my pregnancy. Me rasa syukur sgt2, walaupun lama me n dear hubby tunggu, namun Allah permudahkan semuanya untuk me. Syukur Alhamdulillah...Moga semuanya selamat. Aminnnnn

Thursday, March 19, 2009

I Love Both Of U…

“B…I love you”….
“I Love both of you…”
Hah salah dengar ker?. Kadang-kadang bila duduk tengok tv, bila saje2 dah bosan selalu la cakap camtu kat B. Konon nak tarik perhatian dia jap. Biasanya B akan balas “I love you too”. Tapi hari ni jawapan B lain sikit. Try la tanya lagi sekali.
“B…I Love U”…
“I love both of you”..muka cam tak bersalah je.
Seolah mengerti dengan pandangan kita, B pun memuncungkan mulutnya kearah perutku…Oh…both of you…tuk kita n baby la tu. Kita tau B la orang yang paling happy. Kita tau gak dah lama B tunggu saat ini. Dan kita tau dah tentu dia nakkan yang terbaik tuk kita n bakal bb ni. Saat2 camni takde apa yang kita minta selain selalu berdoa pada DIA yang telah memberi rezki agar memelihara kandungan kita ini hingga selamat semuanya. Moga kami juga bakal merasa saat bergelar ibu dan ayah. InsyaAllah.

Eh berbalik pada cerita tadi. Tersenyum simpul la kita dengan jawapan tanpa suara B tu…wah alangkah bahagianya. Fahamlah maksud B tadi. Sejak dah berisi ni, kita ngaku kita dah tak berapa borak ngan B bila malam. Dapur pun jarang2 berasap. Kesian B kadang2 asik makan yang kita tapau je. Kalau sedap takpe. Tapi kadang2 B cam terpaksa telan je. Nak buat camne. Perubahan yang amat sgt kita rasa. Bila petang letih yang semacam. Lepas Maghrib je dah tido. Sedar je dah kol 12malam. Tgok B pun dah terlena kat sebelah kita. B pun macam paham je. Tak pernah lak dia berbunyi…Kesian B. tapi kadang2 kita paksa gak diri kita masak. Mak pun ada kata jgn ikut sgt rasa malas tu nanti ngikut lak. Takut lak kita.

Tapi sekarang mmg dah jarang dgr B kata “love u too”. Even dlm sms pun word tu juga la yang dia balas. “I Love Both of You” kata2 yang tak pernah kita mimpi lahir dari mulut B….

Wednesday, March 11, 2009

today is 11 March 2009

Hari ini genap 2 tahun usia perkahwinan kami. Alhamdulillah kerana bahagia itu sentiasa milik kami. Dalam usia melayari rumahtangga aku semakin mengenali dia. Apa kegemarannya, apa kelemahannya. Aku bersyukur Tuhan mempertemukan aku dengan sebaik manusia sepertinya. Budi bahasanya, keperibadiannya, kasih sayang dan cintanya padaku. Tiada tolok bandingnya. Segala apa yang dikata, pasti cuba dikotakan. Malah apa yg pernah dijanjikan ketika kami dlm percintaan nyata bukan omongan kosong. Aku bukanlah mahu terlalu memuja dan menyanjung dirinya. Namun apa yang telah aku perolehi selama berkongsi hidup dengannya cukup membuktikan betapa dalam cintanya pada diriku.

Dialah teman teman untuk aku meluah rasa, dialah sahabat untuk kami berkongsi rahsia, dialah juga kekasih yang sentiasa menyayangi diri aku dan dia jugalah suami yang sentiasa mendidik dan membimbing diriku.

"B..setiap detik yang cyg tempuh dengan B, adalah satu detik yang tak mampu cyg lupakan. Cyg mengerti apa ertinya cinta, cyg tahu apa ertinya sayang. Kesabaran B dlm menempuh hidup bersama cukup cyg hargai. Setiap titis airmata yang pernah gugur dari mata B, adalah satu yang cukup berharga buat cyg. Cyg mohon ampun dan maaf sekiranya selama ini, cyg masih belum mampu jadi yang terbaik untuk B. Tapi cyg yakin dgn didikan dan bimbingan yang B berikan kita mampu kekal bahagia selamanya. Moga dengan kehadiran sikecil nanti menjadi pelengkap rumahtangga kita. Tiada lagi hadiah yang paling bermakna buat cyg selain dapat memiliki cinta B. Dan moga Allah memelihara rumahtangga kita dan cinta ini hingga hujung hayat kita. Cyg sayang B". Happy 2nd anniversary B.

Sunday, March 1, 2009

Housewarming

Alhamdulillah, 08 Februari 2009 yang lalu, selesai jua majlis doa kesyukuran @ housewarming rumah baru kami. Hampir ambil masa setahun nak selesaikan “hutang” yang satu ni. Maklumlah nak tunggu kedua-dua belah pihak bersedia dan nak pastikan kewangan juga mengizinkan.

Seperti yang dirancang menu asal nak buat ayam masak lemak cili padi (my peberet), sambal udang petai (hb suka), sayur campur dan ikan goreng aje. So hari sabtu seawal 5 pagi kami dah bangun nak menuju ke pasar borong. Beli kat pasar secara pukal dapatlah jimatkan kos sikit. Kalau harga pasar biasa 1kg ayam lebih kurang RM6.90, tapi bila beli kat pasar borong dapat la sekilo RM5.80…huh…jimat betol…

Petang tu rumah pun dah makin penuh ngan adik-beradik dan sedara mara…Biasalah, kalau nak buat kenduri dah tentu rumah yang biasa senyap sunyi dah jadi happening sesangatkan…

Pagi esoknya kami ke pasar lagi sekali nak beli santan tuk buat gulai ayam kan. Bila tgh dok tunggu santan yang dipesan my MIL call kata ayam tu dah tukar kaler jadi lebam…Huh!!nape?? Rupanya masa lepas ayam tu dah dibasuh kami lambat simpan dlm fridge..( tula…masa selalu kenduri tak pernah amik tau). Akhirnya menu terpaksa ditukar. Dari ayam gulai ke ayam goreng berempah. Terkilan gak tak dapat makan gulai ayam mak…Tapi tape…dah tado rezki. So santan yang dah dibeli camner? Terpaksa lah di gulaikan dgn daging pulak. Bertambah satu lagi jenis masakan.

So..tanpa pengetahuan kami gak, my MIL rupanya nak buat sambal bilis tempoyak dan gulai pisang. (tambah lagi 2 menu). Kakak me pulak tambah menu buat ulaman ngan sambal belacan. Memang rezki kami murah hari tu. Kakak me yg sorang lagi sponsor buah pisang pencuci mulut sedangkan me dah beli watermelon…

Tetamu yg dtg semua terkejut…banyaknya lauk!!! Nak buat camne, kami plan lain tp rezki yang lain pulak datang. Alhamdulillah…rezki tu datangNYA dari DIA.

So menu kenduri hari tu dah jadi;

Daging masak lemak cili padi
Ayam Goreng berempah
Sambal udang petai
Ikan Goreng
Sayur campur.
Ulaman + sambal belacan
Tempoyak Ikan Bilis
Pisang Lemak Cili Padi.
Buah tembikai
Buah Pisang

Tuk my family thanks yang amat sgt coz sama2 membantu buat persiapan tuk kenduri tu. Kalau harap kami je dah tentu tak menjadi kenduri ni.