Hari ini genap 2 tahun usia perkahwinan kami. Alhamdulillah kerana bahagia itu sentiasa milik kami. Dalam usia melayari rumahtangga aku semakin mengenali dia. Apa kegemarannya, apa kelemahannya. Aku bersyukur Tuhan mempertemukan aku dengan sebaik manusia sepertinya. Budi bahasanya, keperibadiannya, kasih sayang dan cintanya padaku. Tiada tolok bandingnya. Segala apa yang dikata, pasti cuba dikotakan. Malah apa yg pernah dijanjikan ketika kami dlm percintaan nyata bukan omongan kosong. Aku bukanlah mahu terlalu memuja dan menyanjung dirinya. Namun apa yang telah aku perolehi selama berkongsi hidup dengannya cukup membuktikan betapa dalam cintanya pada diriku.
Dialah teman teman untuk aku meluah rasa, dialah sahabat untuk kami berkongsi rahsia, dialah juga kekasih yang sentiasa menyayangi diri aku dan dia jugalah suami yang sentiasa mendidik dan membimbing diriku.
"B..setiap detik yang cyg tempuh dengan B, adalah satu detik yang tak mampu cyg lupakan. Cyg mengerti apa ertinya cinta, cyg tahu apa ertinya sayang. Kesabaran B dlm menempuh hidup bersama cukup cyg hargai. Setiap titis airmata yang pernah gugur dari mata B, adalah satu yang cukup berharga buat cyg. Cyg mohon ampun dan maaf sekiranya selama ini, cyg masih belum mampu jadi yang terbaik untuk B. Tapi cyg yakin dgn didikan dan bimbingan yang B berikan kita mampu kekal bahagia selamanya. Moga dengan kehadiran sikecil nanti menjadi pelengkap rumahtangga kita. Tiada lagi hadiah yang paling bermakna buat cyg selain dapat memiliki cinta B. Dan moga Allah memelihara rumahtangga kita dan cinta ini hingga hujung hayat kita. Cyg sayang B". Happy 2nd anniversary B.
No comments:
Post a Comment