Roti Jala Segi3 Bermuda
Bahan-bahan: (tuk 2,3 org)
2 cawan tepung gandum
1 bj telor
1 s.k garam halus
1 cawan air
1/2 cawan susu cair
sedikit pewarna kuning telur
Caranya:..
Korang masukkan semua bahan tu dalam besen n gaul rata...tp agak berketul kan.
so korang amik blender, on switch, blender la bahan2 tu smpi bergaul mesra..(hikhik)
rehatkan dlm 5-10min...
sila tebarkan atas non stick kuali yer..siap!!
****lembut je roti ni..korang leh ganti susu cair dgn santan...***..tp pakai susu ni lagi wangi bau dia..
Kari Sardin Recipe
Bahan-Bahan:
2 tin sardin (ku guna king cup size kecik)
1/2 kotak santan
2 bj bawang merah (hiris)
2 bj bawang putih (hiris)
1/2 inchi halia ( hiris)
1 s.k herba campur
* 1 peket kecil kari ikan Baba's
* 1 sudu besar cili kering blend
1 keping asam keping or air asam jawa
sayuran cam kentang, carrot & kacang buncis (optional)
bahan bertanda ** digaul bersama hgga sebati yer
Cara-cara masak:
1. Panaskan minyak n goreng bahan hiris smpi kuning.
2. Masukkan bahan bertanda ** dan tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan santan separuh bersama sayuran dan masak hingga empuk.
4. Bila dah gelegak masukkan sardin dalam tin (bersama kuah) dan separuh lg santan yg tinggal
5. Masak la hingga empuk, masukkan garam & asam keping.
6. Tunggu hingga 5 min n siap...
(dear B tgh menjala ni...)
No comments:
Post a Comment