Thursday, August 21, 2008

koleksi ku SaYaNG


Kalau dah minat berhabis duit pun tak apa. Ini sebahagian koleksi kesayanganku. Bermula dengan sepi tanpa cinta(STC) karya DamyaHanna aku mula menjadikan minat membaca sebagai satu hobiku yang baru. Tapi masa tu STC tu aku pinjam dari seorang hamba Allah yang baik hati. Selepas itu, aku tercari-cari buku tu tuk dijadikan koleksi tapi malangnya dah tak ada coz dah habis stok kot. Hari dalam tahun berapa ntah ada buat Pesta Buku kat PWTC, masa tu lah aku jumpa buku ni. Tanpa ragu-ragu terus cekup buku tu. dapat lah aku berjumpa dgn Ramlee Awang Murshid, Norzailina Nordin, Anis Ayuni. Minta autograph lagi tu.
Sekarang bila dah kerja tiap2 bulan mesti beli 2 buah, kadang2 tu tak baca gak. Dah lama simpan baru baca. last week baru je beli lagi dua, Fitrah Kasih dari Ilani Mysara dan Seribu Kali Sayang karya Anis Ayuni. Dulu-dulu aku pernah lah berjinak-jinak dgn penulisan. Lepas tu dapat lak kawan baik yg punya minat yg sama. Ingat lagi nama pena dia SUERAINA KASIH.. selalu lawan ngan dia. Bila dah keje, masa byk dihabiskan kat keje. Maklumlah kilang kan 12jam...mana ada masa nak nulis-nulis ni.
Then masa pindah umah baru hari tu, masa kemas-kemas barang aku terjumpa la balik cerpen/novel aku yang terbengkalai sekerat jalan. So macam bersemangat je aku nak habiskan/sambung cerita tu. Puas sesangat bila dapat menulis. Macam zaman sekolah2 dulu, bila marah ke sedih ke mesti ada satu buku tuk luah perasaan. Sekrang pun aku buat lagi camtu...
Angan2 nak jadi penulis tu takada la...just for my hobby je...Just for fun.
Hehehehe........

No comments: