Novel terbaru Ayu Emelda betul-betul menyentuh hatiku. Susunan kata-kata yang diguna buatkan aku tak sabar-sabar mahu menghabiskan pembacaanku. Bergenang airmata membaca saat-saat perpisahan antara Diana dan Budreez. Dalam diam cinta Diana mekar buat Budreez, tapi sayang hati Budreez telah di miliki Maria.
Pernah teman bertanya, kenapa aku bisa mengeluarkan airmata bila membaca sesebuah novel. Entah, mungkin kerana terlalu menghayati jalan cerita atau mungkin juga aku aku dapat menjiwai watak-watak yang direka. Nyata sentuhan novelis kita memang bisa meninggalkan impak pada hati pembaca.
Itulah keindahan bahasa kita, disebalik puitisnya terselit seribu makna yang kadang kala sukar untuk kita rungkaikan.
ALAF 21 memang best!!!!
No comments:
Post a Comment