Sukar untuk aku perjelaskan rasa hati. Tiada kata-kata yang sesuai untuk merungkai kekusutan dijiwaku. Aku tak bisa melihat bayang ku sendiri. Aku tak dapat mencari dimana hilangnya jejak seribu satu rasa yang bermukim di lubuk hati. Pada bibir mereka mudah memujuk, tapi bisakah mereka merenung jauh kedasar hati yang menanggung pedih.
Namun aku masih punya DIA yang sentiasa menemani aku didalam apa jua keadaan. PadaNYA jua tempat sebaik-baik mencurah rasa. DIA yang Maha Mendengar setiap keluhan yang meniti dibibir. PadaNYA jua aku bersujud memohon redha dan restu dalam setiap langkahku. Aku tak mahu jadi insan yang terpesong dari amalanNYA.
Biarlah sebanyak mana bibir berkata, memujuk, memberi semangat, namun aku yakin mereka tidak pernah cuba bahkan takkan belajar untuk memahami perasaan insan seperti aku. Sakitnya hanya DIA yang tahu. Biarlah ku adu segalanya pada DIA. Biarlah airmata ku melimpah didepanNYA.
Perasaan... sesuatu yang halus untuk dimengerti. Setiap insan memiliki. Tiada yang berbeza. Semuanya sama. Tiada yang kurang, tiada yang lebih. Cuma kita yang akan mencorak hati dan perasaan kita sendiri. Tiada insan yang benar-benar kenal akan perasaan insan yang lain. Pedih dihati biarlah badan yang menanggung.
Namun tetap ku ucapkan setulus hati dengan rasa ikhlas yang menggunung terima kasih buat si pencinta ku, suami tersayang kerana punya waktu dan ruang untuk aku melabuh perasaan pada mu. Menadah bahu mu untuk mendengar keluh kesah ku. Menghulur jemarimu menyalur aura kekuatanmu. Meminjamkan aku dadamu untuk menumpahkan airmataku. Dunia dan akhirat cintaku hanya untukmu sayang. Memilikimu adalah suatu anugerah yang tak terhingga dari Illahi. Kerana dirimu telah ku pilih, lantas dirimu selamanya setia ku kasih. Cintaku hanya satu, dan yang satu itu hanya dicurah untukmu....

No comments:
Post a Comment