Thursday, July 31, 2008

30 Julai datang lagi.........

Selamat Hari Lahir sayang...............
Hmmm Bahagianya hati bila mendengar ucapan sayang tepat jam 12.01am...
Malam tu macam biasa sambil2 menonton TV..
"Cyg..B minta maaf takada apa2 nak kasi adiah"
"La, B kan dah bagi 2 handbag kat cayang. Hadiah la tu" aku bukan kisah sangat pasal hadiah ni..Dah tua2 ni tak berapa kisah. Yang penting ada disisi orang2 yang ku sayang...
*********************************************************************************************
"B bangun...ada orang col..kilang kot" aku pun tak tau jam dah pukul berapa. Dlm hati mengutuk orang yang buat call. Tak tau ke orang tgh tidor..Nyata gangguan dari 'vibration' hp B buat aku terjaga..
B bangun terpisat2 mencari HP dia.
" Selamat Hari Lahir Sayang..Moga Panjang Umur dan dimurahkan rezki"
Aku terkezutttt........maknanya tadi bukan orang call B. tapi B set alarm semata-mata nak wish bday kat aku. Walaaaa.......terharunya aku. Ini lebih berharga dari hadiah kebendaan semata-mata...
Satu ciuman kasih dan penuh sayang diberikan pada aku.
"Terima Kasih B"...

B kembali menyambung tidur yang terganggu..Aku masih lagi terkenang ucapan ikhlas dari B tadi.
B memang macam tu...penuh dengan kejutan yang pastinya buat aku sentiasa teringatkan dia.
Cayang sayang B..

Buat kawan2 dan ahli keluarga yang mengucap selamat padaku...terima kasih semuanya. Moga doa yang diberikan jadi kenyataan dalam hidup ku nanti...

Tuesday, July 29, 2008

DaH JUmpA PuN

Alhamdulillah....itulah ucapan yang keluar dari mulut aku, bila dah jumpa dengan buku ASB ku...mana taknya..seharian kat opis hatiku tak tenang. Nak balik rumah je. Nak cari buku ASB ku yang entah kemana-mana diammnya. Aku mesti selesaikan misi aku hari ni jugaK!!!!

Sampai kat rumah, cam biasa berangan seminit dua, peh tu aku menyingsing lengan nak masak la..Menu hari ni, kubis goreng, sambal ikan and tauhu jepon lada hitam...Nak cepat je abis masak...Nak cari buku la katakan. Tapi masak ku abis agak lewat hari ni coz saja ngada2 nak try buat VADAI..tp tak berapa nak jadi la, tp takpe leh cuba len kali. Dlm hidup jgn ada putus asa...tak baik tawwww..

Abis masak pun dah dekat 7.30pm..En B dah duduk depan TV. aku pun join la sekali. Tp baru je duduk seminit..
"B nak cari buku la"..
La..dia buat hal pulak dah. Ingat dah lupa, tp ingat lagi rupanya.
" Kat opis?" tanya B pendek.
"Dah cari. Tapi tak jumpa" aku bangun lalu beredar meninggalkan B tuk meneruskan misi ku. Biarlah B tanak tolong tp aku nak cari gak.
Punggah punya punggah tak jugak jumpa. B pun rupa ikut punggah kat bilik sebelah...
"Dah Yang...jom mandi dulu. Dah maghrib ni" putus asa agaknya.
"B mandi dulu, cyg nak cari sikit lagi ni" tukas ku.
Aku pun bukak la handbag pemberian B sempena ulangtahun ku yang ke-26 tahun...
"Alhamdulillah, jumpa pun". Tapi semalam udah 3,5 kali aku bukak beg yang sama tapi tak jumpa pun. Tp tu lah, badan pun semalam dah penat tapi nak cari gak, yg patut nampak dah jadi tak nampak..
"B...B.." laungku pada B yang ada dlm bilik air.
"Nape?"
"Cayang dah jumpa B...hehheeh dah jumpa"
"Kat mana?'
"Dlm handbag Giamax"
*****************************************
Aku terbaring lega dlm bilik. B keluar dari bilik air terus minta maaf dariku.
" Nape lak B?"
" B rasa B yang simpan dlm tu, masa b kemas beg cyg tu. B lupa lak?"
"La...nape nak minta maaf. Padahal cyg dah byk kali bukak semalam tak nampak pun. takde apa la B. Yang penting Cayang dah jumpa buku ni".

Aku pun bangun mencapai tuala untuk membersih diri mempersiapkan diri menghadap yang SATU bg memanjat syukur atas apa yang baru ku peroleh....

Monday, July 28, 2008

keHiLanGan

Aku kehilangan buku ASB aku..Walaupun tak byk duit dlm tu, tapi aku dah rasa tak best dah..Aku baru je nampak buku tu dlm waktu terdekat ni, tp aku tak tau kat mana. Malam tadi start lepas makan malam smpi la aku tertidor dek penat memunggah tempat yang dah berkali-kali aku punggah mencari buku tu..

"Dah la Yang..ada kat opis kot"
"Takapa la B. B tengoklah tv, cyg nak cari gak"
"B tak senanglah tgok cyg camni"
"Takada B. Cyg mcm baru nampak buku tu. Baru je" smbil tanganku ligat memunggah bilik yang dah berselerak.
Mana perginya buku ASB ku....
"Cyg tgok dlm kete"
"udah"
"Ha...kat opis tu. Nanti cyg cari kat opis ye" suamiku mula memujuk meminta aku menghentikan pencarianku.
"Takpe nak cari gak", muka dah berkedut sejuta.
*********************************************************************************
10 minit kemudian.....

"Eh cyg...tidur pulak dia. Bangun lah"
"Cyg nak cari buku B"
"K k..sok cari kat opis yer" itulah dialog yg diulang-ulang suamiku.
"Ada kat umah B"
"Ye la, tp cyg tidur ni. Bukan cari...Jomlah tidur kat luar..teman B tengok tv".
Aku bangun sambil mengendong bantal golekku.
Suamiku menepuk-nepuk bantal..."meh tidor sini"
"Kat mana cyg nampak yer B?"
"Try cari kat opis dulu yer" pujuk suami sambil mengusap2 ubun-ubunku...Lepas tu aku dah tak tau apa jadi..coz aku dah zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz....
Tapi hari ni buku tu pun aku tak jumpa kat opis...Mana perginya buku ASB ku itu.

Wednesday, July 23, 2008

Rezki KiTa

Erm...sehari aku tak jengok blog ni tak sah. Rasa macam banyak sgt nk tulis.
Tapi bila dah ngadap PC ni "beku" otakku..hehehehe...
Hari ni aku eh bukan actually semalam aku terkezut sebelum masuk kete ada bunyi mesej masuk..
Aku ingat my hubby mesej spya drive carefully (mmg selalu B mesej tiap kali nak balik).
Tapi bukan mesej dari B. Mesej dari bank. Kalo sms dari number tu maknanya gaji dah masuk.
Cepatnya...
Gaji bulan ni memang di tunggu-tunggu oleh staff. Disamping ada kenaikan tahunan ada juga imbuhan untuk siapa yang perform baikkkkk punya tuk last year. tak sangka, syukur alhamdulillah, aku pun tersenarai gak dlm list tu. Alhamdulillah...Rezki.
Ye la, aku baru je keje. Murah rezki aku. Macam kat tempat lama dulu la. Setahun je keje aku dah dinaikkan gred.
Specialist lagi. Tapi tu pun macam tak percaya. Tapi tu lah..prestasi kena kekalkan n kalau boleh lebih lagi. Susahkan nak maintain.
. Rezki dari Yang Maha Esa. Nanti boleh la menyumbang tuk makayah. Mereka nak tukar atap rumah yang dah bnyk bocor..InsyaAllah.
Nanti pulak nak belanja B makan besar kat restoran peberet dia..."KOH SA MOI".
Biar orang tak nampak rajin kita, janji keje kita buat dan siapkan dlm masa ditetapkan. That better dari kita pura-pura buat keje tp nothing!!


Tuesday, July 22, 2008

BeRKasIh SayaNG

Teringat pada perbincangan Dr Fadzilah Kamsah di TV3 suatu masa dulu. Untuk membina kelurga dan ukhwah yang baik, mulakan setiap pagi hari,sepanjang hari dan akhiri hari dengan kasih sayang.
Sayang tak perlu di ucap dengan kata-kata, malah cukup dengan sentuhan (tuk yg muhrim je tau). Orang kata sentuhan 5 saat lebih baik/molek dari 5 minit kata-kata..Indahnya bila diri disayangi. Ditempat kerja atau belajar, semai rasa sayang pd teman2, bos, cikgu dan siapa saja. Tapi jgn over pulak nanti sendiri yg susah. Hehehe...
Macam tu juga sebelum kita tutup mata (tidur la wei). Saling memaafkan antara satu sama lain. Lupakan semua perkara yang tak baik yang telah berlaku jgn simpan dlm hati
Memaafkan kesalahan orang lain bukan sahaja dpt pahala malah hati kita tak lah busuk asyik marah dan berdendam sahaja..
Alhamdulillah me seronok coz setakat sehari dua ni, perkara last tu la yang hubby amalkan setiap kali sebelum kami tidur....
"B maafkan salah silap cayang"...
Leganya bila sepanjang bersama hari tu kesalahan kita dimaafkan. Memang lah tak berperang besar, tp mungkin dlm tak sedar kata dan perlakuan kita mengguris hati si dia atau mungkin juga org lain..

Monday, July 21, 2008

Hari peRTAma kePalA dah FeniNG

Letih!!! Itulah keluhan pertama yang aku dengar dari mulut "partner" ku yang terbaru. Memang betul, masa mula2 aku masuk lab ni pun itulah yang aku rasa. Cam nak nangis pun ada. Bayangkanlah, nak cari tutor yang tak cukup tuk budak2..semua nak buat. Tapi lama2 alah bisa tegal biasa kan?

Hehehe...hari ni, hari pertama registration students. Setelah hampir 2 bulan dok sorang2 kat opis..akhirnya budak2 ni dtg balik. Dengan azam berbeza dgn wajah2 yg berbeza. Harap2 this semester aku tak dapat students yang byk masalah. Paham2 ajelah budak2 ni. lagi2 yang baru btol2 abis SPM..ada yg masih nak main, tak serius. Tapi kalo dapat yg betul2 pandai tu...tak terjawab kita..semua yg dia buat mesti tnya...why this? why this? why this?

Tapi apa2 pun inilah rezki aku. Aku puas dapat tolong budak2 ni. Dan lagi aku puas bila adanya students yg ucapkan terima kasih kat aku.. Rasa best sgt dpt tolong students ni..Harap this semester semuanya berjalan lancar tanpa "gangguan" dari students2 yg hmmmm...
Faham2 ajelah...
dahhhh.......................................

Friday, July 18, 2008

Penantian...

Last weekend 13-14 July me and my lovely hubby once again go to Genting Highlands. Sebenarnya percutian yang tidak dirancang sama sekali. Mungkin lebih untuk menyempurnakan hajat hubby yang teringin nak masuk Snow World. Percutian yang pertama dulu kami tak berkesempatan lebih2 lagi ketika itu tempat tersebut "UNDER MAINTENANCE" dan hanya akan dibuka satu hari selepas kami check out.

Selepas Solat Zuhur, kami bertolak dari rumah mertua. Perjalanan kami di iringi hujan2 renyai...eceh...
Waktu kalau tak salah me..jam dalam jam 4.++pm. dalam hati me berdoa moga perjalanan kami selamat. Hampir sampai di puncak kabus meyeliputi pandangan. Sungguh!!! terlalu tebal hinggakan tidak sedar kami sudah smpi di puncak. Masa tu Tuhan saja yang tahu, umpama tak boleh bernafas..Saat tu dah terbayangkan yang buka2 didalam hati. Namun Alhamdulillah...Lepas satu seksa...

Hotel yang dipilih kali ni "First World Hotel". Beli online just RM38.++. So don't put high expectation for the room facilities if you just paid RM38.++. But not bad..masih lagi tidur kami selesa malam tu. Bilik yang berpadanan dgn harga. Tapi bayangkanlah penantian yang hampir 3jam sebelum dapat check in. Masa ambil number terkezut giler!! No giliran me 1178, current no is 725.."mau pukul 8 masuk bilik ni" bisik hati me.

Seperti dijangka hampir jam 8 masuk bilik..Solat dan kuar cari makan..Makan kat sini paham2 ajer..Mahal kan..
Then jalan sekitar outdoor, tp sejuk tol cuaca malam kat sini.

So percutian kali ni, rasa enjoy sgt2. Dapat masuk Snow World (-5 degree), crazy space yg btol2 giler!!! Enjoy sgt..lagi2 percutian tu hanya untuk kami berdua...Cayang sayang B sangat2....

Monday, July 7, 2008

Percutian Terindah...

Percutian kami kali ini adalah yang paling terindah buatku. Kegembiraan kedua mak dan ayahku adalah sesuatu perkara yang buat aku tersenyum puas dan bangga. pertama kalinya ajakan kami untuk mak&ayah bercuti terlaksana juga. Mak lah orang yg paling gembira apabila kedinginan angin dari puncak cameron mula menyapa kulit mak. Ayah jugalah orang yang leka melihat bunga-bungaan yang hidup subur di tanah Cameron.

Aku sebagai anak puas bila percutian ini jadi kenangan paling berharga buat mak&ayah. Setidak-tidaknya bila orang bercerita tentang itu dan ini di Cameron Highlands, mak&ayah ada kenangan tersendiri utk dibayangkan. Apa lagi yang mampu kami sebagai anak lakukan untuk buat mak&ayah lebih gembira. Jasa mak&ayah takkan terbalas dengan seribu percutian yang kami rancangkan. Sesungguhnya pengorbanan mereka takkan terbalas dengan wang ringgit. Akan kami cuba penuhi apa jua permintaan mak&ayah untuk hari ini, esok dan smpi bila2...

Friday, July 4, 2008

miNAt.....

Semua orang punyai hobi atau kegemaran. Aku pun seperti mereka yang lain. Aku ingin mengimbas kembali saat2 aku bergelar pelajar. Memang aku akui aku tak berapa aktif dlm bidang sukan. Tapi minat ku lebih cenderung utk berkarya..Menulis puisi, pantun, mengarang dan sebagainya.
Aku masih ingat ketika aku berada di awal menengah rendah, konon2nya aku menjadi rebutan antara dua org guru (eceh..tp bukan nak bangga diri ni tau). Yang Cikgu A nak aku ikut serta dlm ketua nasyidnya(jgn tak tau jd solo lagi). Manakala Cikgu B nak aku ikut serta dalam pertandingan pantun. Secara kebetulan tarikh pertandingan jatuh pada hari yang sama. Keadaan masa tu aku rasa cukup tertekan, mana tak nya smpi cikgu tu bermasam muka antara satu sama lain. Aku pun tak tahu kenapa bakat (yer ker) aku yg direbutkan. Padahal ramai lagi pelajar yg lain. (tp bukan pasal itu aku nak cerita ni).
Akhirnya aku diberi pilihan...kawan2 nasyid pujuk aku tuk join mereka. tapi ntah lah hati ku berat tuk masuk berbalas pantun..memang minat aku dgn bait2 puisi ni. dan secara tak rasminya Cikgu B la yang byk memberi sokongan pd aku. Pada aku diturunkan ilmu yg ada padanya. Alhamdulillah, walaupun dapt no 2 masa tu(pantun berkumpulan) tapi aku lega kerna dapat menjawab semua pantun yg di jual pd aku.
Cikgu B juga lah yg menggalakkan aku untuk mula menghantar puisi2 ku ke media. Alhamdulillah, bangga juga lah bila karya2 kita terpampang di dada akhbar. Terima Kasih Cikgu B.
Minat aku tak berhenti kat situ, masa masuk menengah atas aku masih aktif di dalam kelab bahasa melayu..Bila aku membuat subjek karangan, karya ku selalu mendapat pujian. Cikgu suka dgn bait2 ayat yg aku gunakan dlm karangan ku.
Bila dah menginjak dewasa, aku mula berjinak2 menulis cerpen. Tapi just for my collection...minat aku takkan berhenti kat sini...eceh...Mana tau satu hari aku pun turut buat novel sendiri...heheheh berangan jer lebih..who know rite?

Thursday, July 3, 2008

Salah Sangka

Siapa yang tak pernah salah sangka. Itu semua ada puncanya..Bila sesuatu jawapan yang diraih tak seperti sepatutnya. Atau paling tidak pun disebalik maksud kata-kata yang di ucapkan oleh seseorang. Siapa yang harus dipersalahkan. Yang tukang cerita atau yang tukang bertanya.

Berburuk sangka buruk juga la akibatnya. Hari ni aku juga turut melakukan kesilapan yang sama. Semuanya kerana salah sangka.

Tapi salah kah aku yang sememangnya punya hak untuk bertanya tapi tidak mendapat jawapan yang aku inginkan. Habis apa lagi yang harus aku andaikan selain membuat kesimpulan sendiri yang akhirnya mungkin menjurus kepada salah sangka.

Pada SIDIA yang telah aku ber salah sangka, maafkan aku seadanya. Aku cumalah insan kerdil yang tak lepas dari melakukan kesalahan.


Wednesday, July 2, 2008

Training....

Hari ini aku turut "training" dengan rakan-rakan yang lain. Walaupun ia nya tak berkaitan langsung dengan bidang tugas ku sekarang, tapi tak salah andainya ingin menambah pengetahuan yang sedia ada..Walaupun aku sudah ketinggalan satu hari training tu, tp alhamdulillah aku masih boleh "follow" the silibus. Training hari ni bertambah rancak kerana hampir semua peserta adalah di kalangan teman2 rapatku.

Sambil2 training tu boleh la bergurau2 ye tak. So tak la nanti mata ni layu je dek kerana mengantok. Dalam pada bergurau2 tu telinga ku tiba2 "tertangkap" perbualan antara kak hajjar dan eja.

"Eh En Azhar kan per gi training ERT?"
" A'ah la. Eja lupa la kak"

Training ERT. Macam aku pernah dengar. Tanpa malas mahu berteka-teki baik ku tanyakan saja hal ini pada Kak Hajjar.

"ERT Training kak? Tapi bukan minggu depan ke?"
"Eh bukanlah...semalam ngan hari ni kalo tak salah akak"

Tiba sahutan kak hajjar di sahut oleh lelaki yang satu2nya didlm kelas training kami hari ni.

" Ye la...semalam ngan hari ini la. Betol la hajjar cakap tu".

Dalam hatiku "astagfirullah..."

"Kenapa Syawal?"
"Ya Allah kak, patutnya org ikut training tu. Tapi mati2 org ingatkan next week. Tu yang selamber je join akak hari ni. Matilah org kena ngan bos ni"
"Tak baca emel ker?" tanya kak hajjar lagi.
"Tak ada dapat emel pun kak. Hari tu jumpa bos kat blok 20 je. Dia tnya nak join training tak. Org tanya bila. Dia kata dalam bulan july nanti. Detail bos? Ala nanti mereka akan hantar emel. Awak cek la".

Hmmm....apa nak buat semuanya dah lepas. Nanti kalo bos tnya aku cakap je la yg betol. Takkan aku nak ponteng kelas pulak kan. Mati2 aku ingatkan next week. Tapi kalo betol nama aku dah add in dlm list kenapa aku tak dapat emel tu? Mungkin gak ada berlaku kesilapan. Wallahu'alam.

Tapi yang pasti aku udah punya jawapan kalo bos panggil dan tnya pd aku

"why u didn't attend the training?"

Korang rasa apa jawapan aku......................