Tuesday, July 29, 2008

DaH JUmpA PuN

Alhamdulillah....itulah ucapan yang keluar dari mulut aku, bila dah jumpa dengan buku ASB ku...mana taknya..seharian kat opis hatiku tak tenang. Nak balik rumah je. Nak cari buku ASB ku yang entah kemana-mana diammnya. Aku mesti selesaikan misi aku hari ni jugaK!!!!

Sampai kat rumah, cam biasa berangan seminit dua, peh tu aku menyingsing lengan nak masak la..Menu hari ni, kubis goreng, sambal ikan and tauhu jepon lada hitam...Nak cepat je abis masak...Nak cari buku la katakan. Tapi masak ku abis agak lewat hari ni coz saja ngada2 nak try buat VADAI..tp tak berapa nak jadi la, tp takpe leh cuba len kali. Dlm hidup jgn ada putus asa...tak baik tawwww..

Abis masak pun dah dekat 7.30pm..En B dah duduk depan TV. aku pun join la sekali. Tp baru je duduk seminit..
"B nak cari buku la"..
La..dia buat hal pulak dah. Ingat dah lupa, tp ingat lagi rupanya.
" Kat opis?" tanya B pendek.
"Dah cari. Tapi tak jumpa" aku bangun lalu beredar meninggalkan B tuk meneruskan misi ku. Biarlah B tanak tolong tp aku nak cari gak.
Punggah punya punggah tak jugak jumpa. B pun rupa ikut punggah kat bilik sebelah...
"Dah Yang...jom mandi dulu. Dah maghrib ni" putus asa agaknya.
"B mandi dulu, cyg nak cari sikit lagi ni" tukas ku.
Aku pun bukak la handbag pemberian B sempena ulangtahun ku yang ke-26 tahun...
"Alhamdulillah, jumpa pun". Tapi semalam udah 3,5 kali aku bukak beg yang sama tapi tak jumpa pun. Tp tu lah, badan pun semalam dah penat tapi nak cari gak, yg patut nampak dah jadi tak nampak..
"B...B.." laungku pada B yang ada dlm bilik air.
"Nape?"
"Cayang dah jumpa B...hehheeh dah jumpa"
"Kat mana?'
"Dlm handbag Giamax"
*****************************************
Aku terbaring lega dlm bilik. B keluar dari bilik air terus minta maaf dariku.
" Nape lak B?"
" B rasa B yang simpan dlm tu, masa b kemas beg cyg tu. B lupa lak?"
"La...nape nak minta maaf. Padahal cyg dah byk kali bukak semalam tak nampak pun. takde apa la B. Yang penting Cayang dah jumpa buku ni".

Aku pun bangun mencapai tuala untuk membersih diri mempersiapkan diri menghadap yang SATU bg memanjat syukur atas apa yang baru ku peroleh....

No comments: