Friday, August 29, 2008

PeRAsaAn

Sukar untuk aku perjelaskan rasa hati. Tiada kata-kata yang sesuai untuk merungkai kekusutan dijiwaku. Aku tak bisa melihat bayang ku sendiri. Aku tak dapat mencari dimana hilangnya jejak seribu satu rasa yang bermukim di lubuk hati. Pada bibir mereka mudah memujuk, tapi bisakah mereka merenung jauh kedasar hati yang menanggung pedih.
Namun aku masih punya DIA yang sentiasa menemani aku didalam apa jua keadaan. PadaNYA jua tempat sebaik-baik mencurah rasa. DIA yang Maha Mendengar setiap keluhan yang meniti dibibir. PadaNYA jua aku bersujud memohon redha dan restu dalam setiap langkahku. Aku tak mahu jadi insan yang terpesong dari amalanNYA.

Biarlah sebanyak mana bibir berkata, memujuk, memberi semangat, namun aku yakin mereka tidak pernah cuba bahkan takkan belajar untuk memahami perasaan insan seperti aku. Sakitnya hanya DIA yang tahu. Biarlah ku adu segalanya pada DIA. Biarlah airmata ku melimpah didepanNYA.
Perasaan... sesuatu yang halus untuk dimengerti. Setiap insan memiliki. Tiada yang berbeza. Semuanya sama. Tiada yang kurang, tiada yang lebih. Cuma kita yang akan mencorak hati dan perasaan kita sendiri. Tiada insan yang benar-benar kenal akan perasaan insan yang lain. Pedih dihati biarlah badan yang menanggung.
Namun tetap ku ucapkan setulus hati dengan rasa ikhlas yang menggunung terima kasih buat si pencinta ku, suami tersayang kerana punya waktu dan ruang untuk aku melabuh perasaan pada mu. Menadah bahu mu untuk mendengar keluh kesah ku. Menghulur jemarimu menyalur aura kekuatanmu. Meminjamkan aku dadamu untuk menumpahkan airmataku. Dunia dan akhirat cintaku hanya untukmu sayang. Memilikimu adalah suatu anugerah yang tak terhingga dari Illahi. Kerana dirimu telah ku pilih, lantas dirimu selamanya setia ku kasih. Cintaku hanya satu, dan yang satu itu hanya dicurah untukmu....

Wednesday, August 27, 2008

i GoT My MOBiLe BAck..


Hampir seminggu 'handphone' hadiah dari suami tercinta masuk 'wad'. Tatau apa sakitnya. Tiba-tiba je. Segar lagi dlm ingatan...Hari tu me gi kuar makan ngan kawan2. Malas nak bawak HPhone, tinggal je la dlm drawer kat opis. Then lepas balik makan, pi solat bagai teringat lak kat En B. So cadang2 nak mesej dia la tu. Me amik Hphone me.
"Aik..nape lak tak leh on. Bis bateri ke. Tak mungkin, tadi ada lagi bateri ni"
So nak nyedapkan hati me cakap lah dalam hati bateri abis kot. Balik umah terus cas tp still tak leh on. "hah...nape ni..terputus la kasih sayang macam ni". Tunggu B balik cdg nak ajak g sony centre tapi kedai tup kol 8pm. Tak sempat nak antar. Esoknya gi ngan B...org kedai tu kata kena masuk wad 2,3 hari..Uwaaaa....sedihnya. Telefon lama dah bagi lak kat adik ipar lak.
2 hari gak la tade Hphone...serba tak kena hidup..Akhirnya B pun dapat pinjam phone dari kawan baik dia. Thanks Waran, coz bagi sewa Hp tu tanpa sebarang bayaran...
Semalam orng sony tu col suh collect Hp me..Lepas balik kije terus gi amik. Seperti biasa En B sentiasa menemani..(yg iye nye Puan Cyg ni takut nak drive dlm town). Derang kata board rosak teruk tatau apa punca. So dah tukar board baru n guna casing lama lek...
Hmmm belum cukup setahun pakai tau..31 sept baru umo dia setahun...cam nak tukar baru je ni...hehehe....Tapi sayang ni adiah dari En B...sayang sgt2....

Thursday, August 21, 2008

koleksi ku SaYaNG


Kalau dah minat berhabis duit pun tak apa. Ini sebahagian koleksi kesayanganku. Bermula dengan sepi tanpa cinta(STC) karya DamyaHanna aku mula menjadikan minat membaca sebagai satu hobiku yang baru. Tapi masa tu STC tu aku pinjam dari seorang hamba Allah yang baik hati. Selepas itu, aku tercari-cari buku tu tuk dijadikan koleksi tapi malangnya dah tak ada coz dah habis stok kot. Hari dalam tahun berapa ntah ada buat Pesta Buku kat PWTC, masa tu lah aku jumpa buku ni. Tanpa ragu-ragu terus cekup buku tu. dapat lah aku berjumpa dgn Ramlee Awang Murshid, Norzailina Nordin, Anis Ayuni. Minta autograph lagi tu.
Sekarang bila dah kerja tiap2 bulan mesti beli 2 buah, kadang2 tu tak baca gak. Dah lama simpan baru baca. last week baru je beli lagi dua, Fitrah Kasih dari Ilani Mysara dan Seribu Kali Sayang karya Anis Ayuni. Dulu-dulu aku pernah lah berjinak-jinak dgn penulisan. Lepas tu dapat lak kawan baik yg punya minat yg sama. Ingat lagi nama pena dia SUERAINA KASIH.. selalu lawan ngan dia. Bila dah keje, masa byk dihabiskan kat keje. Maklumlah kilang kan 12jam...mana ada masa nak nulis-nulis ni.
Then masa pindah umah baru hari tu, masa kemas-kemas barang aku terjumpa la balik cerpen/novel aku yang terbengkalai sekerat jalan. So macam bersemangat je aku nak habiskan/sambung cerita tu. Puas sesangat bila dapat menulis. Macam zaman sekolah2 dulu, bila marah ke sedih ke mesti ada satu buku tuk luah perasaan. Sekrang pun aku buat lagi camtu...
Angan2 nak jadi penulis tu takada la...just for my hobby je...Just for fun.
Hehehehe........

Monday, August 11, 2008

NoVeL


Novel terbaru Ayu Emelda betul-betul menyentuh hatiku. Susunan kata-kata yang diguna buatkan aku tak sabar-sabar mahu menghabiskan pembacaanku. Bergenang airmata membaca saat-saat perpisahan antara Diana dan Budreez. Dalam diam cinta Diana mekar buat Budreez, tapi sayang hati Budreez telah di miliki Maria.

Pernah teman bertanya, kenapa aku bisa mengeluarkan airmata bila membaca sesebuah novel. Entah, mungkin kerana terlalu menghayati jalan cerita atau mungkin juga aku aku dapat menjiwai watak-watak yang direka. Nyata sentuhan novelis kita memang bisa meninggalkan impak pada hati pembaca.
Itulah keindahan bahasa kita, disebalik puitisnya terselit seribu makna yang kadang kala sukar untuk kita rungkaikan.

ALAF 21 memang best!!!!

Wednesday, August 6, 2008

Best LAgu NI

Rossa - Ayat-Ayat Cinta


desir pasir di padang tandus

segersang pemikiran hati

terkisah ku di antara cinta yang rumit


bila keyakinanku datang

kasih bukan sekadar cinta

pengorbanan cinta yang agung

ku pertaruhkan


reff:

maafkan bila ku tak sempurna

cinta ini tak mungkin ku cegah

ayat-ayat cinta bercerita

cintaku padamu

bila bahagia mulai menyentuh

seakan ku bisa hidup lebih lama

namun harus ku tinggalkan cinta

ketika ku bersujud


bila keyakinanku datang

kasih bukan sekedar cinta

pengorbanan cinta yang agung

ku pertaruhkan


repeat reff


ketika ku bersujud



Lirik lagu Rossa - Ayat-Ayat Cinta ini dipersembahkan oleh LirikLaguIndonesia.Net. Kunjungi DownloadLaguIndonesia.Net untuk download MP3 Rossa - Ayat-Ayat Cinta.


Friday, August 1, 2008

DuGAAn+SaBaR

Dugaan boleh datang bila-bila masa, samaada ianya dicari ataupun ia dtg sendiri. Sabar satu perkataan yang cukup sinonim dengan dugaan.
" Sabarlah..ini semua dugaan".
Itu jugalah kata-kata nasihat atau lebih berupa semangat dari orang yang menjadi pendengar cerita dari seorang yang dilanda dugaan.
Sesuatu yang kita impi dan harapkan tak semesti menjadi kenyataan. Cukup sakit andai ianya tak terjadi seperti yang kita harapkan. Kecewa yang maha hebat akan terjadi. Saat itu, hanya airmata jadi peneman. Airmata juga yang bisa mengubat hati yang dilanda kecewa. Tapi selama mana kita mampu menangis bagi merawat kecewa. Tak cukup..jika yang Islam balik ke pangkal jalan. Panjatkan doa, dekatkan diri denganNya. Mohon agar diri diberi kekuatan bagi melalui semua dugaan yang diberi. Ada hikmah yang kita tak nampak hari ni, tapi akan manis akhirnya. Jangan menyesal dengan apa yang terjadi. Ada manusia berjaya selepas bangkit dari kecewa. Dugaan yang diterima cukup kuat namun semangat mampu menewaskan rasa kecewa yang datang.
Tapi bagaimana bagi mereka yang tak kuat. Hati cukup rapuh, airmata cepat tumpah. Pada siapa harus diluah rasa kecewa. Untung jika ada yang mahu berkongsi. Tapi jangan kita lupa..YANG SATU itulah teman yang terbaik. Mengadulah padaNya..pasti DIA akan mendengarnya.
Sidia pernah berkata padaku.
" Lihat diri kita. Kita memohon padaNya. Tapi ada tak kita fikir orang yang terlebih dahulu memohon dari kita?"
"Kita ibarat berbaris disatu kaunter yang panjang. Kita harus sabar bagi menunggu kehendak kita dipenuhi"
Ya...sebelum kita memohon agar doa kita didengar olehNYA, ada orang lain yang terlebih dahulu memohon dari kita. Makanya kita harus bersabar satu masa nanti giliran kita akan sampai jua...
Ya Allah, kuatkan hatiku melalui dugaan dariMU