Friday, August 26, 2011

Koew Tiaw Kungfu

!st time cuba buat keow tiaw kungfu ni..memang sedap..tak makan nasi dah..sedap menyudu kuah kungfu tu..nasib peh makan tak bukak silat kungfu segala..dear B pun teruja ni..mmg sedap. Bg anak yg kecik2 pun sesuai..pasalnya dia tak pedas. Jumpa resepi ni dari jalan2 ke blog org..resepi asal dari  
tp cara masak kita olah sikit..langsung tak nampak keow tiaw nyer..mewah dgn kuah je pulak. ni kita kopis paste je la recipe nyer yer (tuan tanah: mtk halal la yer)

Bahan-bahan ( 1 orang )

  • kueh teow
  • 2 biji telur <<< kita guna 1 biji je
  • lada hitam / lada putih
  • mix seafood
  • lobak- hiris panjang2
  • 1~1setengah sudu besar tepung jagung
  • 1 cawan air
  • sayur-sayur lain (optional) 
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 biji cili padi (ku letak dlm 10 biji)
  • sos tiram 
Method:
  1. pukul telur bersama garam dan sedikit lada hitam/ putih di dalam gelas.<< kita goreng mee+kicap jerk & ketepikan
  2. [untuk kuah] tumis bawang putih hingga sedikit perang. kemudian masukkan seafood mix.
  3. tuangkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air dalam kuali.
  4. masukkan sedikit lada hitam, cili padi, sedikit sos tiram, lobak dan sayur-sayuran. 
  5. pecahkan dlm kuali dan kcau2 perlahan.
  6. biarkan kuah sedikit pekat kemudian tuangkan ke dalam pinggan berisi kueh teow tadi. (kalau nak lebih kuah boleh tambah lagi air) 

Wednesday, August 24, 2011

Ikan Cencaru Bakar


halooooo girls. hari ni dah hari ke-24 Ramadhan. dapur korang berasap lagi ker? hehehe..kita alhamdulillah, masih diberi tenaga dan kekuatan nak nyalakan api dapur tu. Cuma otak ni je dah ketandusan nak masak ape. Semalam kita buat menu simple jerk. Ikan Cencaru Bakar, Gulai Udang+Buncis & Cendawan Goreng Tepung. Ikan ni hasil gabungan beberapa resepi yg kita usha kat on9. Then oter2 la sikit. Bila bakar semalam, harum je baunya. Ikan ni besh bila makan dgn nasi panas..mmg sedap!!

Bahan.
  • 2 ekor ikan cencaru
  • 1 bj bawang besar *
  • 3 bj bawang putih *
  • 1 inch kunyit hidup *
  • 5-6 bj cili padi *
  • 1 sudu kecil lada sulah *
  • sedikit garam
    bahan * ditumbuk lumat dan sumbat dlm badan ikan yg dah dilumur siap dgn garam & serbuk kunyit
  • panaskan oven 200 degree selama 5min
  • bakar ikan selama 20-25min dgn suhu 200 degree.
  • (kalau rasa tak cukup masak tambah la masanya..pada kita 25min it is just nice)

Tuesday, August 23, 2011

Sup AyaM Spesel


Apa yg spesel? Entah, tp rasa dia mmg lain dari yg sup kita masak. isiny empuk n cukup rempah ratusnya..Mmg power la. dear B pun kata besh! sgt2..Makan ngan nasi panas2 kan..Kita kenyang nyudu kuah jerk. kalau nak tahu sedap tak sedap n apa bezanyer..kita cadangkan you cuba k.

Resepi Asal: tulip77@myresepi.com
tp jumpa kat: Dapur Ayu
Mohon Kopipaste Kak ayu

Ingredients:-

  • 1 ekor ayam potong 16 <<--kita guna dlm 8 ketul ayam
  • 1 labu bwg merah
  • 2 ulas bwg putih
  • 1 inci halia
  • sebatang kulit kayu manis
  • 4 kuntum bunga cengkih <--xde.so tak pakai la
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 iji buah pelaga <<--tak letak juga
  • 2 bj kentang
  • 1 btg lobak
  • 1 mangkuk air panas br masak
  • lada sulah, garam, ajinomoto dan stok ayam-(Ayu gunakan 1 cube ayam) <<--kita pun guna kiub ayam
  • daun sup, daun bawang & bawang goreng

Method:-

  1. Rempah2 direndam dalam air panas menggelegak,biarkan hingga air tersebut suam & toskan rempah2 tersebut. Air rendaman turut disimpan.
  2. Bwg merah & bwg putih dikisar halus. Halia ditumbuk sedikit jgn sampai lumat. Lobak dipotong bulat2 anggaran 1.5cm & kentang dipotong 6
  3. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau. Kemudian masukkan halia & rempah2 yang telah direndam. Tumis sebentar.
  4. Masukkan ayam dan gaulkan supaya bercampur dengan rempah yg ditumis. Biarkan selama 10minit
  5. Masukkan air rendaman rempah tadi beserta 1 mangkuk air lagi. Jika mahukan kuah sup lebih boleh tambah lagi semangkuk air.
  6. Biar sup menggelegak,masukkan kentang dan lobak. Bila ayam dah empuk masukkan stok ayam, garam, aji & lada sulah. Adjust mengikut selera anda
  7. Dah siap tutup api. Masukkan daun bawang,daun sup & bawang goreng, tutup rapat periuk selama 20minit supaya baunya meresap ke dalam sup. Sedia untuk dihidang

Monday, August 22, 2011

ShoPPinG RaYa

haiyaaaa...manyak bz hari ni..Dijangka akan bz sepanjang mgu ni..Semua lecturer nak kejarkan masa to finish silibus before cuti hari raya..Secara langsungnya, kita juga terlibat la ni..ermmm taknak citer pasal keje la..citer tu tak besh dibuat kenang-kenangan..hhehe..Ini ada citer yg lagi beshh..Teruskan membaca ya wahai 'silent reader'...
Last week turn balik berbuka rumah mertua n shopping baju raya dear B..tuk kami (danish & ibu) awal2 dah settle. Kat KL tu mana lagi la tempat yg glamer nak shopping. Kat Jalan TAR atau SOGO tu ha..Pagi td dgr hot chat kat HOTFM pun citer pasal shopping raya ni..Mmg betui KL jammed giler..kepala kita pun dah naik pening tgok kan lautan manusia yg berpusu-pusu nak shopping tu.
Konon2 kol 9 dah kuar umah nak g sogo kan. Konon2 nak jadi org pertama yg smpi..tp tgok2 rupanya kita ntah org yg keberapa ribu ntah..ulang suara yer..RIBU!! Sekejap je dah bergeli org dalam SOGO tu..pencarian baju dear B pun bermula, cam biasa little Danish tak mau diam..dok dlm stroller mtk turun, bila mtk turung berlari satu level tu..hangin kita dok ngejar dia..dia igt kita nak main aci kejar kot..siap gelak2 lagi. Bila dpt tangkap dia, dia siap bergolek pulak lagi...Huhhhhh.
Then decide bawak dia kat nursing room, biar dia main kat situ. Taknak kacau dear B shopping. Biar dia aman dok buat pilihan..Bila naik je level 4 tu, boleh pulak dia mtk mainan yg macam2 display kat situ..adoyaiiii. Mtk small car yg mahal2 tu...alalala...rabak gak la beli small car RM39.90 (hehehe sib duit abah). Dalam sogo tak lama, it's about 2hour je..(2jam je yer)
Dear B tak jumpa sandal idaman, then otw balik Sogo singgah pulak Midvalley..hah! kat sini je dari kol 11.30am smpilah kat kol 4pm..Gilo lamo..ye la singgah Metrojaya, masuk JJ, masuk sana, masuk sini...mano tak lama..tp tak jumpa juga kasut idaman..adoyai 5jam dalam midvalley tak beli ape pun..kuikui...eh ader la..jeng jeng..rahsia takleh bgtau..thx dear B..
tp dear B tetap tak puas hati kasut tak jumpa..nak jalan lagi..adoyai den dah tak larat..balik la dulu..nti esok pulak jalan..
so dipendekkan citer..esoknya ahad berjalan lagi..jadi org yg terawal gak smpi ke JJ taman maluri..bukak kol 10am, tp kol 9.15am dh smpi..hehehe..kes dah silap.igt cam tesco wikend bukak awal..kuikui..akhirnya pencarian dear B berakhir gak bila dia jumpa sandal idaman yg dah sebulan lepas dia aimed. tp dulu takde size...habis dah..(kalo tau bek terus gi JJ taman maluri jerk..sib ade setok baru smpi)..masa jalan2 kat sini terjumpa la pulak pelakon Mak Jah tu..tgh beli sandal kat BATA...dia pakai kasut size 4..hehehe..k la benti dulu..ti kalo rajin buat sambungan pulak..huhu..

notakaki:...jeling2 je segala kedai2 kat Jalan TAR tu..uhukhuk...cedihhhh

Thursday, August 18, 2011

Ayam Goreng Rempah


Ni resepi reka2 dan gabungan mak mertua sikit2. Kita perap 12 potong, byk bhagian tulang2 jer.Masa nak goreng cam rasa banyak, sekali bila dah makan sedap pulak..taruh la sikit tuk sahur...cam nak buat lagi..ayam rempah camni makan ngan nasi panas baru enak. Jom layan resepi nyer:

Bahan-bahan:
  • 12 potong ayam (kita pilih yg tulang2)
  • daun kari
  • 1 inchi halia *
  • 3 ulas bawang merah *
  • 5 ulas bawang putih *
  • 2 batang serai *
  • 1 inchi kunyit hidup *
  • garam *
  • serbuk kunyit *
  • 1/2 sudu serbuk kari *
  • 1 sudu cili kering *
  • 5-6 biji cili padi *
Cara-cara
  • bahan yg bertanda * di blender halus yer..
  • lepas tu perap la kat ayam + letak daun kari sekali. (kita perap semalaman..biar mesra)
  • goreng dlm minyak yg byk. Biar ayam tenggelam,
  • Goreng hingga kekuningan & tos minyak gorengan tadi. (kita lapik tisu dapur jer)

Homemade Pizza on day 17

 

halooo...sejak 2,3 menjak ni blog kita dah jadi blog masakan pulak dah..hehehe..semangat bulan pose..semalam cuti kan? kan?..so terlebih rajin n actually dah lama teringin nak buat pizza sendiri..jalan2 kat laman sesawang, jumpa la satu resepi ni..memang senang..tp sayang, kita lupa sumber aka tuan tanah punya resepi ni siapa..kot2 la dia tersinggah kat umah 'kita' ni, halalkan la org share resepi tu kat sini yer..

jom siasat apa2 bahan-bahannya:
  • 2 cawan tepung gandum/ tepung roti (kita guna tepung gamdum jerk)
  • 1/2 peket yis mauripan
  • satu sudu gula pasir
  • **bahan kat atas dibancuh dgn 1/2 cawan air dan biar hingga berbuih.
  • satukan tepung, sedikit garam & sebiji telur ayam & juga bahan ** tadi.
  • tuang air sikit demi sikit dan uli hingga tepung tak melekat di tangan
  • bila dah jadi doh, 'rehatkan' doh 1/2 jam atau hingga doh naik 2x ganda
  • tumbuk2 doh tuk kluarkan angin yer..
  • peh tu canaikan nipis atas tudung periuk or apa2 bekas tuk bake
  • **letak la pe2 feberet topping korang...
  • panaskan oven 190 C selama 5min
  • masukkan pizza dan bake selama 20min pada suhu 190 C
  • siap


** first try, sedaaaaappppp, tp pizza ku lembut sikit..cam kurang tepung..tp lembut jerk bila gigit...nyum nyummmm

Monday, August 15, 2011

Balik Kampung Chikus

Alhamdulillah, last week balik kampung ku n paling syok pat berbuka ngan makayah...secara kebetulan mak buat moreh kat surau..then rezeki la..hehehe..mak buat moreh mee kari jerk..Tp tak syok sikit la kan, feel nak berbuka tu tak rasa..hehehehe..
Kadang2 sian makayah..dah la tgl berdua, makan pun tak berapa nak lalu katanya..nak habiskan ikan sekor pun tak berdaya..bila anak2 balik bertambah2 makannya...lauk pun macam2 yang dimasak..
cam hari sabtu mak buat, gulai lemak ikan bawal, kubis goreng, sawi goreng, ikan tongkol berlada, yg kakak kita pulak buat ikan bakar air asam..wahh meriah...
hari tu adik bongsu kita n kakak no 4 pun da balik buka sama2..tu yg meriah tu..k kakak2 n abang2 ku..mgu ni turn siapa balik teman mak n ayah pulak..mngu last before raya tu kita dah boleh bayangkan lauk pauk yg terhidang..sure macam kenduri punya la...macam2. for sure, ramai yg balik n anak2 buah terjerit main bunga api..huhu..syok beraya di kampung..sib dear B i pun da kampung juge..sonok la jugak..tak le sedih terigt kg halaman...
Semalam pun kita balik lepas buka, hajat dlm hati tu nak buka2 sama2 la kan..semalam mak buat rebus pucuk ubi + sambal hentak, ikan bilis goreng cili padi (tuk adik bongsu), tempoyak ikan rebus & ikan keli bakar..walaaa..tempoyak...sedapppp!!!
So cam biasa bila balik kampung merayap keliling rumah cari sayur2 yg boleh dibawak balik tuk masak..so hasilnya jumpa la pucuk ubi, belimbing buluh. So semalam pun mak bekalkan tempoyak, ikan keli salai, kutip daun limau purut sikit...dok kampung best, macam2 ada..
 *picca from Mr Google jerk*

So plan nya, hari ni nak masak Gulai Lemak Pucuk Ubi+Ikan Salai n sambal ikan jer...tp teringat pucuk paku la pulak.tempoyak lagi...tgok je la apa jadinya menu berbuka malam ni

Gulai Ketam Lemak cili Padi BerNenas


Bahan-bahan:
3 ekor ketam dibersih (diketuk pecah)>>>senang nak makan nanti
Sebiji kelapa (aku blend jer >>>org malas)
Sebelah biji nenas, potong dadu ke apa ikut suka korang
20-25 bj cili padi (ikut tahap pedas korang la)
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
2 batang kunyit diketuk
Sehelai daun kunyit
1 inchi kunyit hidup (wangi jerrrr)
Sedikit garam


Cara memasak:
1. Tumbuk cili padi hingga lumat/hancur.
2. Tumbuk bawang merah+putih+kunyit hidup juga
3. Serai diketuk yer
4.daun kunyit diikat je..

**masukkan seme bahan ni dalam santan perah tadi n kacau dgn api perlahan.
Amaran: Jgn smpi pecah minyak!!!! 

5. Bila kuah dah menggelegak, masukkan ketam n kacau kuah perlahan2..
6. Letakkan sedikit garam (ikut tekak masing2)
7. Bila dah nampak ketam cam masak, masukkan nenas.
8. Biarkan dlm 5-10min.
8 Dah siap


**kita buat gulai suka pakai kunyit hidup (kalau ada)..coz gulai lebih rasa ori n wangi jerk...
**baru perasan kat gambo tertinggal word 'lemak'..lantak la..

Friday, August 12, 2011

BaLik RayA taHun Ni Kat MaNa?

alo alo...gud moning eberibadi....
camne pose hari ke-12 ni..penuh tak lagi?..hikhik..alhamdulillah, dah 12 hari ni, masih mampu sediakan iftar tuk dear B, tak jejak kaki lagi ke bazar Ramadhan ni..hikhik...

K ni nak citer pasal balik beraya ni..sah -sah tahun ni kita balik kampung Dear B..dah 3 tahun turut-ti=urut raya kat kampung kita..wah2...baiknya somi dia...hehehe..ni bukan saja2 tau. ni mmg tak dirancang..nak tau kenapa? teruskan membaca...

tahun 2008 memang turn kita beraya di kampung kita...tgok sini. Masa ni raya berdua lagi..alala romatik gitu. Then tahun 2009, kita tgh sarat nak bersalin. Doc pun advise jgn jalan jauh2..ptg raya pertama dah balik semula ke rumah sendiri..takut2 kot bb nak keluar dah..tak cayer? klik sini..tup tup seminggu lepas tu la pulak baru bb kluar..tak puas i beraya tau...masa ni mmg tgh sakit2 sikit dah.
then tahun 2010 mak mertua menyambut aidilfitri di tanah suci Mekah...so siblings hubby pakat balik rumah mertua masing n berjanji tuk kumpul sama2 ngan mak tahun ni kat kampung. Raya tahun 2010, paling best coz dapat beraya dgn sikecik dan seronok coz byk dapat collect duit raya...gambo kat sini

So this year 2011 kami semua akan kumpul sama2 ngan mak kat kampung...tak sabar rasanya..tahun ni baju raya kami dari yg kecik (danish) smpi ke paling besar (nenek) sama...nenek yg sponsor..TQ nenek...tahun ni pun danish nak collect duit raya lagi...so pakcik2 n makcik2 danish..sedia duit besau yer...hahahaha

Thursday, August 11, 2011



Kerang ni memang la peberet kita..kalo sementara nak kopek kerang tu, mesti banyak yg masuk mulut..menitik2 air liur ni kalau tgok...rasa macam sedap sgt la..dpt yg size sedang2 sikit tu, n rebus je pun dah cukup. Tapi dear B tak berapa minat kerang ni. Makan tu makan, tp tak gemar sgt la...Kita?...huiiii peberet. Jom share resepi. Ni versi DapurLiLo yer...

Bahan-Bahan
1. 1 kg kerang
2. 2 sudu cili kering kisar
3. 2 biji bawang merah - dihiris
4. 2 biji bawang putih - dihiris
5. sebatang serai - dihiris kasar
6. sehelai daun kunyit - ikat atau hiris..(kita ikat coz taknak makan daun kunyit tu..ambil bau je)
7. santan RM1
8. 1 sudu besar kerisik
9. 10 batang kacang buncis dipotong serong
10. garam

Cara memasak - (senang jer)
1. Masukkan cili kering, bawang dihiris, daun kunyit & serai dlm kuali.
2. Masukkan kerisik dan santan + sedikit air..
3. Kecikkan api dan reneh seketika yer.
4. Agak2 santan dah sebati ngan rencah tu, masukkan kacang buncis
5. Bila dah nampak layu, masukkan kerang + sedikit garam
6. Masak sehingga santan tadi kering.
7. Siap

** Tahap kering tak kering rendang tu ikut suka korang yer. ada yg suka kering..like me..suka basah2 sikit..**

Tuesday, August 9, 2011

SamBal Orak Arik


dah lama nak buat sambal ni..hari tu pending coz minyak masak dah nak habis..so semalam saja la buat lebih..sambal ni kan tahan...resepi reka sendiri ikut tangan..hehehe..tapi nama orak arik? entah la, semalam masa borak ngan dear B, cakap kat dia..sambal ape ni B?
Entah..sambal campur katanya..Eh bukan la..ni sambal orak arik..ketawa dia sambil buat muka hairan...hehehehe. Jom tgok resepi (eh Blog dapurLiLo dah tak manage..so kita remove dah lama..kalo korang cari mmg tak jumpa...ni la blog "rojak" kita..)

Bahan-Bahan:
2 genggam ikan bilis
sekeping tempe potong ikut suka
2 biji kentang sederhana
2 genggam kacang tanah
**semua bahan diatas digoreng ngan api perlahan yer**

Cara memasak:
1. Tumis sebelah bawang besar yg dah dimayang
2. Agak kuning masukkan 2,3 sudu cili kering (kita punya dah blend siap ngan bawang merah/putih)
3. Goreng smpi pecah minyak yer.
4. Masukkan kira2 dua sudu air asam jawa. Biar mereneh hingga kering
5. Sedikit garam & bahan perasa
6. Masukkan bahan yang dah digoreng dan gaul2 kan la.
7. Siap!




Monday, August 8, 2011

ayam ala kenny rogers


bila di bakar satu rumah semerbak baunya...fisrt try..mmg menjadik..dear B la paling suka..peh ni tak payah nak beli kat bazar yg mahal tu..seekor dah RM20...ni pun dah sedap ni..kita kopipaste resepi dari satu blog from singapore. Jom terjah blog KAK AYU ni..sure terliur ko Jah tgok resepinya..gambo pun cantik2..

Ayam Ala Kenny Rogers
Resepi Asal:- http://curlybabesatisfaction.blogspot.comLinkNi yg kita ubah2 yer...sekor tu byk sgt..huhuhu


Bahan-Bahan
  • 4 ketul peha ayam
  • Bahan-2 untuk perap ayam
  • 1 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 sudu besar sos lada hitam
  • 1 sudu serbuk lada hitam
  • 1 ketul kiub ayam Knorr
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 2 sudu italian Herbs
  • 2 sudu teh garam halus
  • 1 sudu serbuk perasa
  • Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan perap
  • Sedikit mentega

Cara-cara

  1. Campur kesemua bahan perap dengan sedikit air dan kisar.
  2. Mandikan ayam tu ngan bahan perap yer. Kelar2 peha tu biar bahan perap masuk
  3. Perap semalaman
  4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang.
  5. Kita bakar 170 degree selama 1jam
  6. dlm 1/2jam masak, kita lumur lagi ayam separuh masak tu dgn "kicap+sos lada hitam)
  7. Tada...dah masak..Mmg sedappppp.
Buat la ayor asam pilihan korang.....

Link

Wednesday, August 3, 2011

Sotong Sumbat (versi DapurLiLo)



Bahan2 tuk sumbatnyer:~
1. 2 biji telur ayam
2. 4-5 keping cendawan tiram (dikoyak-koyak)
3. 1 sudu cili kering blend
4. 10biji lada hitam yg ditumbuk.
5. Garam

cara masak.
1. tumis cili kering.
2. masukkan telur n kocak2 jadi scramble egg
3. masukkan cendawan
4. tabur lada hitam
5. perasakan garam.
6. siap! biar sejuk...kang terbakau jemarimu nak sumbat sotong..hehehe


Bahan2 tuk kuah sotong:
1. 500g sotong size sederhana (kalo yg besar lg best kot)
2. 2 sudu besar cili kering blend'
3. 2 sudu serbuk kari
4. 1 sudu sos tiram masam manis
5. 10-15biji lada hitam ditumbuk
6. 1 biji labu bawang besar (dimayang)
7. kulit kayu manis (optional)
8. daun kari (tak buh, coz takde)

Cara memasak:
1. Tumis cili kering hingga pecah minyak.
2. Kalau suka tumis sekali ngan kulit kayu manis & daun kari
3. Masukkan serbuk kari n sedikit air.
4. masukkan sos tiram n lada hitam.
5. Bila kuah pekat, masuk sotong yg dah disumbat dan bawang besar
6. Biar dalam 5-10min.. n angkat yer

* sotong takleh masak lama..ti LIAT..tak lalu nak kunyah.

Note:~ pelik yer tak pki bawang merah+putih. Kita dah siap blend sekali ngan cili kering buat stok 3,4 hari. so korang boleh buh la dalam 3,4 bj bawang merah/putih..

Selamat Mencuba....

Tuesday, August 2, 2011

Tutorial Jahitan Mata Lalat

halooo ladies..jom kita belaar jahit mata lalat tuk baju raya korang. me tgh siapkan baju2 raya yg menanti tuk dikerjakan. maklum la cuti ray akan seminggu..so kena buat baju tuk seminggu jugak la..hehehe..
1. ok..fisrt susupkan jarum dari bahagian dalam baju keluar kain..susup separuh je tau.

2. Buat bulatan kat benang tu cam pict kat atas, then susup ke dalam jarum.ulang bulatan tu 3-4 kali. ikut size mata lalat besar mana korang nak. lg byk lilit lagi besar la

3. ni rupa bila dah dililit 3x. benang tarik tegang2 yer..kang kendur mata lalat mu itu.

4. kemudian tarik jarum dan sambil jari anda tahan lilitan benang tadi ke dasar jahitan..(paham ker)

6. ni la rupa jahitan tu..jahit la smpi keliling leher baju yer.

ni iklan sikit..kain cotton yg sempat dirembat kat Nagoya jalan TAR kelmarin
tahun bila la pulak siapnya..cadang nak buat kurung pahang atau riau..

Monday, August 1, 2011

SELaMat HaRI LahiR & SOGO S caRd

Kelmarin 30/July is my bufday..yg keberapa? 82-2011..ha korang tolak la.huhuhu..alhamdulillah, diberi peluang tuk menyambutnya lagi sekali. dan harapan kita moga dgn bertambahnya usia ni, bertambah la juge akal & rezki kita...moga segala yg baik2 tu menanti kita..and to kawan2 yg wish tu especially dlm FB thanks la yer...terharu walaupun dgn 3 perkataan jer..tq ya..

Ok ni nak citer sikit, hadiah besday?..huhuhu..dah dpt awal kan dari dear B dulu, tp tuk besday ni boleh tak kita pulak belikan hadiah tuk diri sendirik..hehehe..dah lama teridam nak kan lense Nikon AF 50mm f/1.8D ni..kami terus menuju ke Foto Selangor nak usha lens ni..memula tokei tu letak RM450..sib la dah sebey awal2...dear B mtk la lagi kurang..dia kasik 400, kurang lagi kata B, ok kasik murah katanya..lu angkat 380..dear B mtk 350, dia kata tak boleh wooo....dah pakat2 gaduh2 n bertumbuk sikit penyudahnya dia bg 370 jerk..then beli tambah itu ini habis la 400 gak..ok peh tu tak sabar nak terai rasanya..hehehe...syiok n best!!


Peh tu next agenda is nak gi SOGO S Card la..udah la nak masuk pekan jalan jammed teruk, semua pase SOGO sales ni la, tp nak cuba gak la masuk kan...dah bersusah payah Q ape semua, dapat la msuk..tu dia.....ghamaiiiiiinyer...kami terus naik eskeleter gi 4th floor nak shopping baju danish (priority)..lalu ground smpi 3th floor ok lagi..smpi je 4th floor..mak oiiii...dah macam cacing kerawit..lantai pun dah tak nampak penuh ngan kaki manusia..udah la sambil nolak stroller lagi ni..dr jauh pandang dear B n kita buat isyarat mata "jom keluar"...nak patah balik dah tak bulih...jalan je la..nak smpi ke lift pun take about 15-20min..gilor ko apo...kita dah gelek2 kaki org ngan roda stroller danish tu..lantakla...ni yg nak bayar pun dah dekat 1km beratur..sabar tul derang ni..penyudahnya kami keluar tak jadi shopping pape..memula igt nak amik gambar tp ni nak keluarkan kamera pun tak dapat..punya sesak..!! (untung la sogo tu kan)..bayangkan je la KL jammed gara2 SOGO ni..igt kot balik jumaat takde org shopping..ada jugak rupanya...yng baru nak daftar jadi member pun beribu...

lepas dah dpt kuar terus pi jalan TAR tuk cari bj raya, tak jalan mana, kita terus tuju NAGOYA je..org ramai...menyopping sakan tuk mak, mertua & ummi sekali..kita..of kos la cari kain cotton..tahun ni raya semua baju cotton je...sedap pakai...

nak cari tudung pulak, tp danish dah takmau diam..dah panas kot..runsing org ramai gak.penyudahnya tudung tak cari lagi ni..bila la pulak nak g balik.ni nak pose ni...

nanti next entry citer pase kami Gi Zoo Negara pulak..danish so excited!