Thursday, August 11, 2011



Kerang ni memang la peberet kita..kalo sementara nak kopek kerang tu, mesti banyak yg masuk mulut..menitik2 air liur ni kalau tgok...rasa macam sedap sgt la..dpt yg size sedang2 sikit tu, n rebus je pun dah cukup. Tapi dear B tak berapa minat kerang ni. Makan tu makan, tp tak gemar sgt la...Kita?...huiiii peberet. Jom share resepi. Ni versi DapurLiLo yer...

Bahan-Bahan
1. 1 kg kerang
2. 2 sudu cili kering kisar
3. 2 biji bawang merah - dihiris
4. 2 biji bawang putih - dihiris
5. sebatang serai - dihiris kasar
6. sehelai daun kunyit - ikat atau hiris..(kita ikat coz taknak makan daun kunyit tu..ambil bau je)
7. santan RM1
8. 1 sudu besar kerisik
9. 10 batang kacang buncis dipotong serong
10. garam

Cara memasak - (senang jer)
1. Masukkan cili kering, bawang dihiris, daun kunyit & serai dlm kuali.
2. Masukkan kerisik dan santan + sedikit air..
3. Kecikkan api dan reneh seketika yer.
4. Agak2 santan dah sebati ngan rencah tu, masukkan kacang buncis
5. Bila dah nampak layu, masukkan kerang + sedikit garam
6. Masak sehingga santan tadi kering.
7. Siap

** Tahap kering tak kering rendang tu ikut suka korang yer. ada yg suka kering..like me..suka basah2 sikit..**

No comments: