Wednesday, December 17, 2008

BanJiR

Bukan kat negeri pantai timur je banjir dalam rumah kita pun banjir gak...mencikkk tol..Kali ni dah kali ketiga rumah tu bocor. Kat mana silap pun tak tau..Bila org dtg check elok je..Rumah tak smpi setahun dok bocor. Tapi kita suspect mesti belon kat tangki air tu yg rosak. Sekarang ni bila nak g keje, nak balik kg mesti tutup air tangki tu. Kadang2 tgh mandi "aik...napa air tade"..hmmm baru la teringat hari tu dah tup tangki...Bukak la iar tangki tu. Then mentara nak tunggu tangki tu berair balik dan la menung dlm bilik air smbil 'ngetest' sore ku yang merdu...eceh...
Apa nak buat ni...dah suh dear hubby cal MEI LAN...anak toke umah tu. Nak suh dtg tgok sabtu ni. Melampau sungguh...Tapi kali ni banjir dia sikit lagi nak melimpah ke porch depan. Mana nak dengar kan tidonya dalam bilik. Bila bangun pagi dengar cam air nitik. bukak je pintu bilik tu dia punya bunyi kuatnya ...dalam gelap tu nak meraba naik atas "b air dah smpi sini"...floor kat bawah tu dah penuh air...Seawal 6pagi kami pun sama2 dok cedok air, mop dan lap segala..secara tak langsung cuci umah sekali. Dalam mamai2 tu dear hubby sempat gurau lagi tu.."tu la..lama tol cayang tak mop lantai agaknya"...
Arghhhh...mei lan you kena dtg tgok juga ini rumah...talak tahan wooo ini macam....
Tapi apa pun jadi kat umah tu jgn mencik2...kerana rumahku syurgaku.
lalalalalalalalla...mencikkkkk

Friday, December 5, 2008

selamat hari raya aidiladha



Pada yang balik kampung moga selamat di jalanan....

Thursday, December 4, 2008

hari yg meletihkan.........

Lama gak kita tak jengok umah kita ni...Masa tu selalu aje tade. Kat umah tak ada tenet...Alhamdulillah, berakhirlah semester tuk tahun ni. So kita baru je lepas habis camp tuk students from MARA whole in Malaysia. Penatnya kita....bayangkanlah dua malam kita stay back kat opis. Letih sangat2. Tapi rasa tarharu gak bila my boss satisfied with my job. Cerita pasal letih ni, apa2 pun yang kita buat mesti ada preparation yang panjang kan. Then bila sampai majlis or acara tu zup zap zup zap, kejap je dah abis. Hampir seminggu before camp CUTI MARA tu start kita dan geng2 dah sibuk2 kat lab. Bayangkan habis je buat coursework students then continue ngan preparation MARA tu. Betul2 tired. Rasa nak cepat je abis semuanya. Then hari ni kita leh tarik nafas lega coz secara rasminya, "cuti" tuk diri kita baru je bermula walaupun kelas dah tamat since last 3 weeks. Ishhh tapi penat MARA ni tol2 tak abis lagi ni. Badan pun sakit2 ha...Dapat urut ngan mak kita ni syoknya.
Biasanya bila cuti semester ni ramai students yang sangka kami semua tade keje. Memang lah secara tak rasminya kerja tade. Tapi kami tetap kena dtg cam biasa dari 8-5pm setiap hari. Tapi biasanya gak bila sem break ni lah, kami semua akan join macam2 training yang diadakan among technologist. Best gak daripada dok tak buat apa. ..walaupun tade relate ngan kita punya subject course tapi apa salah menimba ilmu tak...hehehe...So join je la kan..Tapi bila dah lama2 tu bosan gak bila tade apa nak buat. Masa tu lah terfikir 'bila lah nak budak2 nak masuk balik ni". kalau still in semester study selalu terfikir "bila lah budak2 nak cuti"...tulah manusia tak pernah puas apa yang ada.....

Thursday, November 20, 2008

Tembamnya dia...Nurul Najwa Syuhadah

Masa kita amek gambar baby ni umur dia baru je 20 hari...Tembam kan. Ni anak adik kita...Syoknya ada baby..sabar..rezki kita akan datang gak satu hari nanti. Kita yakin akan rahmat Tuhan..Masa balik kampung tengok Najwa hari tu geram sangat2. Tengok ajelah pipi dia...Tapi pipi je tembam..badan tak jugak. Dah boleh pakai gown tau..tapi gown baby la..
Dia tak bnyak ragam...Tak kuat nangis. Tapi suka makan. celik aje mata..terus nangis nak susu. Sekarang pun opahnya dah start bagi makan.


Mula2 kasi dia makan roti telunjuk keras tu, tp rendam dlm air la dulu kasi lembut. Memang makanan kami dari adik beradik smpi la ke cucu mak...Tapi la ni susah lak nak cari. Kata kedai2 runcit roti tu dah kena tarik balik. (kes barang dari China)...So sian Najwa. Nak makan apa lak nanti. So mak kata try kacau tepung beras lak..Jadi cam kanji. Mula2 Najwa tolak gak. Tp coz dah lapar dia telan gak. Mana tak bulat. Pagi kol 8 je celik mata mak mandikan dulu. Ha kalau lepas mandi tak leh lambat. Mult dah nganga nak makan...Bila dah kenyang menung nak tido lak. Sebijik cam ibu dia yang kuat makan tu.


Peh tu siap kan dia comel2..Biasanya lepas makan tu dia nangis lagi...Bukan nangis apa, nak susu pulak. Time nyusu tu la dia akan zzzzz...so cute la Njawa ni.


So bila nak tido kena lah pakai bedak dulu...nak jaga kecantikan kenalah dari rebungnya....Acik Awal sayang Najwa.

Tuesday, November 11, 2008

kasut baru

lama tol tak 'hapdet' umah ni. asik ke dapurlilo je..umah sini tak berjengok lak..k la entry kali ni tuk my new shoes...hehehe...cantik tak? ala2 corak zaman 60-an. Ala kasut murah je..tp jadi mahal bila dear hubby yg belikan..last week saja la gi dating ke jaya jusco..saja jalan2...secara kebetulan kasut kita pun dah lama tercabut tapaknya. Masa lalu depan kedai kasut nose kita terpandang la kasut ni. Tapi tak cakap pe2 kat dear hubby coz tak kuar duit lagi...then gi la jalan2..masa nak balik tu sekali lagi lalu kat kedai ni. So terpandang gak kasut ni lagi. Terus tarik tgn dear hubby. "B jom masuk sini jap. Nak tgok kasut". cam biasa dear hubby terus duduk dan kita terus capai kasut ni tadi..ada 2 color..biru, hitam n oren2 sikit. Kita ni mmg susah nak jumpa satu2 barang yg kena ngan taste kita. tp bila pandang kasut ni sekali tgok je terus jth hati..then tunjuk kat dear hubby dia pun kata 'eh yg ni cantik. nmpak lain'..apa lagi tak tgok yg lain la..terus minta size yang kita pakai. tapi tu la satu masalahnya...kita tak berapa suka high heel...buat sakit kaki je. tp dah disebabkan design dia dah cantik tanpa ragu2 terus beli. n sementara kita just jamu2 mata nk tgok kasut lain dear hubby dah bayarkan..."ala B ni...cyg ada duitlah"..kita bukan nak minta B belanja kita.."ala B pun jarang belikan cyg apa2" owhhh...dear hubby you're so nice...i love u...so kasut yg lama tu dah tk pandang la..sekarang ni guna kasut ni smpi hancur then dah "nazak" baru li kasut lain...kita tak pandai nak beli kasut byk2 peh tu tukar2 bila pakai...sian kasut2 yg lain tu nanti. cukuplah sepasang n guna smpi hancur...huhuuhu

Thursday, October 30, 2008

Sungai Klah Part 2

Mak Ayah first time smpi Sg Klah. Dulu bukan main susah nak bawak makayah jenjalan ni. Tp sekarang ajak je la kemana. Seronok sgt derang. Enjoy. Kita sebagai anak rasa puas hati bila tgok makayah seronok n enjoy. En B pula kata dia bangga sebagai menantu dapat bawa mertua dia bercuti. Thanks B. Ni pun idea tak sengaja kita kan. Tiba2 je plan n tak sangka makayah setuju. Paling best bila tgok makayah nek gelongsor air...mula tu malu2...tp bila deme nampak sorang uncle cina umur 82 tahun yang dah 3x naik gelongsor tu makin kobar2 lak makayah. N kita pun tak sangka makayah nek betol2...tak caya? Jom tengok picture ni...

Mula2 sampai celup badan sikit2 je. Romantik tol makayah mandi be
rdua..huhuhu..."Eh bang...ada gelongsor la...dari mulut sotong lak tu""Ye la Nah..agak2 boleh ke kita naik. Macam best je" Kita yang dari jauh mandang..betol ke makayah ni nak naik.
"Eh bang..tu cina tu macam dah tua. Dia pun naik la bang" Kita dah mula cuak. Makayah ni biar betol. takut kot lemas je karang. Mana la tau kan
Sessi berkenal-kenalan ngan toke cina ni. Menurut cina tu dia umur sudah 82 tahun. Manyak siokkkk ooo..Saya sudah 3kali naik ow...Makin berkobar2 la makayah.
Tengok lelaki t-shirt putih tu. Sengih je. Dia la orang bertanggungjawab memujuk makayah tuk naik. Siap teman makayah naik atas lagi..Mizi...mizi...Mak pun dah gerak nak antar spek mata kat kita.Makayah dah amek tempat nak main gelongsor...ayah kena turun dulu la..then baru mak.
yahoo....tu ayah kita tgh turun gelongsor.....
then mak...
hmmm...puas agaknya...lepas gak hajat dihati.Itulah antara kenangan manis percutian kali ni. Lagi syok bila makayah kata nak pergi lagi. Maknaya deme enjoy la tu...

Wednesday, October 29, 2008

Selamat datang kedunia baru


Nur Najwa Syuhadah bt Mohd Syarmizi


Alhamdulillah, petang semalam otw balik keje dapat sms dari my younger sister. She's otw to hospital seremban. sakit nak bersalain. Yang syiok tu, hari Isnin tu dia buleh berendam dalam kolam air panas lagi. Padahal dia mmg dah sarat. oarng nak berjalan dia pun nak ikut. Nasib la tak beranak dlm kolam tu kan. hehehehe....
Rasanya dia sakit tak lama. Kalau ikut doktor yang hold kes dia tu, anak sulung akan sakit 12 jam. entahla, kita tak ada pengalaman...So cakap orang2 je la yang kita dengar. Dia gi hospital dalam 6 lebih (ptg). Kita pun foward la msej Ida (my adik) kat beradik yang lain. seronok ni mak pun dah lama tak dapat cucu...sepanjang malam kami semua debar menanti. Dari sejam ke sejam la nunggu, tp still tak dapat apa2 info dari Mizi (my brother in Law). Kakak2 lain sibuk pulak mesej kita, macam lah kita ada tunggu Ida kat spital tu. tau le masing2 suspen...
Ish mana Mizi ni tak col/msj ni. Kita col dia tp tak pick up. Mesej pun tak reply...hati ni risau bukan main. then dlm kol 10 lebih dpt mesej dari Mizi kat Ida still sakit lagi. sepanjang malam kita doa moga ibu dan baby selamat...Bila pikir2 takut gak nak bersalin ni kan..tapi camne pun kita nak gak baby...sabor tunggu je la. Ada rezki nanti tu...(nak pujuk hati sendiri)
Pukul 11 lebih dpt lagi mesej Mizi. Dia kata Ida tak leh "push" kuat. Doc terpaksa buat cara lain. tapi Mizi tak leh tgok. Kita mula la cuak semacam. Apa je la yang doc nak buat gak nyer. dlm hati ni tak putus2 berdoa. Mata ni jadi tak ngantok la. Risau kita. camne la si ayah kat spital tu kan. Lagi tak senang duduk...
Kol 1 lebih dapat mesej dari Mizi. He said Ida dah selamat bersalin kol 11.37 malam. dapat bb girl berat 2.9Kg. bersalin normal. Alhamdulillah...semua selamat. Kita pun syiok rasanya dengar semua ok. Terus foward mesej tu kat beradik lain. Rupa2 nya deme pun tak tido lagi tgu berita dari Ida...apa2 pun semuanya dah selamat. syukur pada Tuhan memudahkan semuanya. Kita pun wish la kat adik kita kata tahniah dah jadi ibu..terharu kita dalam sakit yang masih bersisa tu dia balas mesej kita. "InsyaAllah wal...tahun depan rezki kau pulak" . Aminnnn moga kata2 dia satu doa. Kita pun harap camtu...

Tuesday, October 28, 2008

KawAn LaMa

Seronok tol kita balik kampung minggu ni. Tak henti melayan karenah anak buah yang dua orang tu..huhuhu...tak hengat. Gegak gempita umah ayah/mak kat kampung tu. Since last Ramadhan ayah byk kali cakap nak gi TESCO baru buka kat KAMPAR tu..tp masa bulan pose ajak letih lak katanya. Then kelmarin kita n adik kita IDA pun berkeras ajak ayah. Smpi sakit la kaki ayah berjalan. Mak rileks je. Seronok pusing2 tgok barang yang disusun bertingkat2...Tu la nak dijadikan cerita dah rezki masa kat TESCO tu kita pun 'terjumpa' kawan yang rasanya dah hampir 7 tahun tak jumpa. She's my besfren. Langkah kita makin laju masa nampak dia borak ngn my family. Me lajukan langkah kaki n dah tak duli kay dear hubby. Yang me nampak cuma my bestfren Sue Anne..(dia bukan cina tau, melayu tulen)
Saat mata ni bertentang kita dah tak duli keliling terus kita peluk dia. tak sangka la bergenang airmata ni. Sekian lama kita 'jejak' dia. Terlerai la rasa rindu kat hati. Terjawab gak la persoalan yang bermain2 kat kepala ni mana menghilangnya dia. Alhamdullillah kami ditemukan dlm keadaan yang tak disangka2...Berulang kali mulut kita tnya kat dia "Anne, ko merajuk ngan aku ke"..7 tahun lepas kami still contact, every sem break dia akan dtg lepak umah kita. Tapi ntah kat mana silap tiba2 dia hilang cam tu aje. Dia pun tak caya kita dah kawin. Kita try contact dia masa nak kawin tp tak dapat..tak dapat..tak dapat. Seronok tol dapat jumpa dia dan tgok dia berjawatan besar sekarang..Ya Allah terima kasih atas pertemuan ini. Anne...ko jgn hilang lagi tau.

Tuesday, October 21, 2008

CupCake..

argh....kegilaanku nak belajr buat cupcake menjadi2...last week smpi 2 kali cuba..yg first tu bancuhan jadi pahit...terlebih bikarbonat kot. then kali kedua tu bancuhan mmg sedap la tapi dia jadi leper bila kuar dari oven...naper erk...then nak cari sifu yg buleh tolong ajarkan buat icing tuk kek...dah intai2 la 2,3 blog/fotopages yg ada buat kelas ni...tp jauh nun kat belah2 KL. Yang ada kat ipoh ni tak nak lak buat kelas...tak berani lagi..Ye la macam wawa kita pun...kalau rasa tak yakin nak ngajar org buat apa buat kelas kan...jgn pk $$$$ je...huhuhu...
Uiii...bangga kan kalo dapt buat kek yg cantik2 dan comel ni tambahan rasa yang sedap kan...ntah la, wawa ni mmg suka keje yang renyah2(rumit) ni. Bila dah nampak hasilnya mmg puas hati. Lagi2 kalau kita dpt pujian ikhlas dari org yuang menilainya..
Tapi wawa takut semangat ni hanya hangat2 ^%$& ayam je nanti. Tapi harap tak la. Hubby pun dah kasi fully support ni. Beria-ia minta kita join mana2 kelas tuk CC ni. Mana lah tahu kot2 one day leh jadi "side income" kan...huhuhu...berangan je kita ni.

Tuesday, October 14, 2008

PeRGI yaNG TaK kEMBali..

Kesunyian malam isnin yang lalu membawa berita yang mengejutkan me lebih2 lagi dear hubby. We got call from hubby's BIL..innalillahiwainailaihirajioun...Mak Ngah (belah mak) telah kembali ke rahmatullah tepat jam 8.30mlm..Berita itu benar2 merubah mood hubby nak layan guest yg beraya malam tu. Me tau, kalau me terkejut, dear hubby lagi berganda-ganda terkejutnya. Raya baru ni kami sempat bertandang je rumah arwah dan bersembang itu ini. Lagak arwah sihat walafiat. Tak ade menunjukkan sebarang tanda dia sakit. Tapi bila janji Tuhan dah sampai, itu semua dah tak diambil kira. Setiap insan akan merasa mati.
Menitis juga airmata ini melihat suami arwah yang lemah tak berdaya saat jenazah dikebumikan. Sebak hati mendengar luahan hati cucu arwah. "Tok wan dah tak ade, siapa nak main ngan kita. Tengok tu, orang mandikan tok wan". Sayu hati tatkala melihat anak bongsu arwah menguburkan arwah. Sedih tatkala insan2 dikeliling berendam airmata.
Walaupun me agak baru hadir dalam keluarga ini, pada me arwah seorang yang baik budi pekerti. Walau jarang bersua tapi layanan arwah tetap dalam ingatan..Hanya doa yang mampu kami berikan pada arwah. Moga roh nya ditempatkan di golongan orang2 yang beriman. Buat keluarga arwah moga kalian tabah melalui hari-hari mendatang.
Al-Fatihah..

Friday, October 10, 2008

Picture Raya


SeLamAt Hari Raya...apa ni??.ahli jawatankuasa ketua kampung ker?..hehehe...ni lah salasilah keluarga tok nenek kita..kita ni dari susur galur yang kesepuluh...Kita bangga pada pakcik kita yang merangkap sepupu ayah, atas effort dia mengumpulkan semua ahli keluarga kami ni. Dari sejarah yang aku baca kami ni datangnya dari pagar ruyung sumatera. Ada dua beradik iaitu Da'imon dan Malim Muda..Deme ni berselisih faham dan bawak diri masing2..n kita adalah keturunan Malim Muda..Kita adik beradik ni rupanya dah generasi ke-enam..huiiii banyaknya.



Masa masuk dalam dewan tu, macam tak caya itu perjumpaan keluarga..punyalah ramai. bahkan kami tak kenal pun semuanya. Terima sekali lagi kat pakcik atas usahanya ini.



Ramaikan...majlis ni diadakan pada malam kedua raya, didewan TAPAH, Perak. Disamping makan2 ada juga acara cabutan bertuah, sessi bersembang asal-usul keluarga kami, pertandingan loghat bahasa kami dan macam2 lagi. Ini tahun kedua majlis ni dibuat.

Ni lah orang kuat di sebalik majlis ini. Tulang belakang yang punya idea utk acara ni. Terima kasih gak buat anak2 beliau yg bekerja keras memastikan acara ini berjalan lancar seperti yang diharapkan. Moga majlis ini akan diadakan pada tahun2 yg mendatang. Biar lebih ramai lagi meriah.



Wednesday, October 8, 2008

DuIt RaYA.........

Siapa yang tak nak duit raya..budak2 khasnya..Tak kisah la dia kenal ke tak tuan rumah tu, janji dia tak balik tanagn kosong. Tapi macamana kalau budak2 ni datang rumah orang tu tapi smpi sudah orang tu tak kasi duit raya. Apa budak2 ni nak buat kan?...
Tu lah..masa malam kami smpi dari KL lebih kurang jam 9 lebih kot..elok je kami kunci gate rumah, terdengar sore budak2 bagi salam.."assalamualaikum, kami nak raya". Ya Allah aku bukan tak bagi budak2 ni masuk rumah, tapi ye la kita baru je smpi rumah tengah sibuk2 angkat beg deme nak beraya pulak. Kuih tak letak dlm balang lagi. Lampu dlm rumah pun tak sempat buka lagi dah bizi nak beraya. Kot ye pun bagi la kami bernafas dulu. Aku terus tutup lampu car poarch. Aku betul2 letih nak layan time ni. Memang aku tade niat nak layan pun. Datang la esok2...Budak2 ni pulak nampak je aku tutup lampu cakap sesama sendiri. "Jom la wei..tak payahlah. kat belakang2 tu byk rumah lain lagi"..
So aku ingat bebudak ni takkan dtg la esok kan..Tapi sangkaan aku meleset..Semalam elok je En B balik n tutup pagar rumah sekali lagi budak ni cuba nasib. Masa tu hampir kol 7 petang dah. Budak2 yg memang lepak kat tu bila terpandang je tuan rumah terus datang tu. "kami nak raya"...aku tgh masak tuk makan malam masa tu. Aku cakap kat B..bagi je la masuk B..aku bukan marah budak2 ni nak beraya..tapi tak boleh tgu waktu yg sesuai ke..hujung minggu ke..ni deme datang masa tu tak kena.
So aku pun hidangkanlah air botol yg memang dah ada tu. Aku hantar la kat budak2 ni. Aku cakap la.."umah acik tade biskut. acik baru smpi dari kampung ni. apa pun tak kemas lagi" tau apa budak2 ni jawab...
"TAKPE LA ACIK. TAK PAYAH SUSAH-SUSAH (sejuk hati aku)...BAGI AJE KAMI DUIT RAYA PUN DAH CUKUP (yg ni panas hati aku)...so betul la sangkaan kita semua..budak2 ni beraya mmg semata-mata nak cari duit raya. Itu takpe lagi yg hati ni makin panas..udahlah dtg umah senja2 then bila masuk umah orang habis semua perhiasan nak diusik. "string curtain" aku pun jadi kusut dibuat main budak2 ni. hangin tol aku...Sabar je la aku..Ye la kot nak beraya pun pakai la lawa2 sikit...jg kelakuan dan sebagainya..Anak siapalah agaknya...????

Tuesday, October 7, 2008

SaLaM AidILFItri

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat muslimin dan muslimat semua. Alhamdulillah, hari ni wawa dah start keje semula setelah hampir satu minggu bercuti pulang kedua belah kampung. Lama sungguh tak 'hapdet' blog ni. Tatau la masuk last week dah hampir 2 minggu wawa tak leh sign in ke blog sendiri. dari pagi tadi cuba still tak berjaya. Ni wawa pinjam komputer students ni. tapi pelik maybe ada setting yang tak betol kat pc wawa kot..
This year wawa balik beraya ke kampung wawa sendiri n pengalaman pertama gak kat hubby wawa coz terpaksa beraya belah mertua. Pada wawa aidilfitri kali ni tade apa yg spesel. Sama je macam tahun2 lepas. (masih menanti kehadiran "org baru") Lain la masa kicik2 dulu tak sabar nak tunggu pengumuman raya. 2,3 hari sebelum raya tak habis2 menggayakan kasut dan baju baru. Berjalan sana sini kumpul duit raya. Semua tu pengalaman zaman kanak2. Bila dah besar panjang ni, tak dapat duit raya dah, malah kita lak kena kuar duit raya. Anak sedara wawa ramai..ada 24 orang. Nak bagi banyak tu idaklah..lagipun raya tu tujuan utama bukan nak kumpul duit raya kan??hehehe..
Namun kemeriahan berkumpul dan bermaaf-maafan bersama adik-beradik tetap terasa nikmatnya. tapi ada satu cerita best yang wawa still rasa hairan..macamana pagi raya tu wawa leh terlupa minta maaf dan kucup tangan suami tercinta..ish ish...
Ceritanya macam ni..pagi tu En B bertindak sebagai jurugambar keluarga. Sementara wawa masih ber"make-up" sakan kat bilik atas. Cuma sesekali terdengar gelak tawa kat bawah..Dipendekkan cerita lepas satu-satu gambar di 'snap' n masa smpi turn makayah dah dgr panggilan pertama dari surau berdekatan memanggil warga kampung berkumpul tuk sembahyang raya..Tapi kami masih terus "snap-snap"..Then tergesa-gesa wawa turun amik gambar dulu. Karang tak sempat lak..peh tu giliran kami berdua lak nak bergambar..peh tu ntah camne kelam kabut En B pun terkocoh-kocoh nak ke surau..So smpi kesudahnya la pagi tu tak pat kucup tgn suami tercinta. Tapi apa pun kami telah saling maaf-memaafi...bukan pagi raya saja tapi setiap hari..................cuma pagi raya ni spesel sikit la kan..hmmm...camne lah leh tak "tersalam".......................

Thursday, September 11, 2008

Cepat Betoll

Cepat betol masa berlalu. Tak sedar sekarang dah 10 hari seluruh umat Islam didunia berpuasa. Seperti me, nothing yang spesel..Sama aje cam last year. bangun pagi, gi kerja, balik kerja, prepare for berbuka, berbuka, tarawih (buat la perkara2 yg mendatangkan pahala), sambung jahit baju raya, tidur n bangun sahur. Itu je la...tp this entry nak cerita pasal menjahit baju raya ni. Me cukup liat nak mulakan menjahit tu. Tapi kalo dah mula mmg payah nak berhenti. This year, kami bermotifkan tema maroon. Hari tu lepas hantar anak buah di KLIA (gi amek Medik kat Indonesia) kami yang konvoi 8 buah kereta berjalan sakan ke Nilai 3. Pada yang penah sampai sana faham2 je la, rambang mata nak pilih kain. tapi me kesana lebihnya nak cari aksesori tuk umah, tp tade yg kenan dihati. beli kain tuk mak, tuk mak mertua dan me sendiri. Guess what kaler apa yang me sambar...pandai...of course la HIJAU. En B dah jeling dah. 'Hijau lagi' kata dia dlm hati agaknya.hehehe. Nak buat camne tengok kain byk2 yang tergantung tu mata ni tetap kat kaler ygsatu tu. "jgn salahkan cayang ye B. mata ni ha..."

Last weekend me sudahkan menggunting 3 helai baju. Dengan harapan ahad tu boleh menjahit. Tp sabtu lupa lak nak antar jahit. Penyakit lupa!! Tapi kenapa 3 helai..suka hatilah...wiwiwiwi...Bercinta(bahasa org perak) rasanya nak menjahit. last 2 nite dapat siapkan sepasang. malam tadi dah siap lagi sepasang. Puas hati me bila tengok baju tu tergantung cantik. Tapi ada lagi sepasang cantik bergulung tu. Malam ni kot me sudahkan. InsyaAllah kalau penyakit ngantok ni dapat ditahan.

So nak citer malam tadi punya hal la. Me memang tak larat sebenarnya. Malam tadi pun tak gi terawih. Entah En B kata badan dia tak sedap. Dedor kata org Perak. Mmg panas. Makan buka pun dia tak berapa lalu. Boleh dia kurangkan lagi nasi dlm pinggan. Malam tadi me ada masak sup ayam. So En B makan panas2 keluar la peluh "jahat" dia tu.hehehehe..So berbalik pada cerita menjahit tadi. Dah siap solat ngaji bagai, me pun mulakan la projek. Masa nak gunting lebihan jahit tepi ni mata ni ngantok sgt. tersengguk juga la me. smpi tergunting2 gak kain 2 sikit. Me tak pasan yg En B dok perati me. B cakap
"Cyg...udah lah. Ngantok tu. Kang rosak lak baju tu"
"Kalau cayang tak kahit nanti tak ada la cyg baju B" menjawab lak tu. "kejap je lagi B. Sikit je lagi"
Me lawan gak mata ni. Yela kalau tak jahit hari ni. Dok tangguh2 bila nak siapnye tak? Paksa gak diri.
Dah siap pun baju. Then nak settle kan kain lak. Me stop jap
"B..ngantoknye" B diam malas nak layan kot. Kang dia cakap me pangkah lak. Rehatkan kepala kat mesin. Entah macam mana leh tertidur...Bila bangun lenguh rasa.Ye la tidur ntah gaya apa2 ntah...huhuhu..Tapi lepas betol2 kan urat me sambung lek jahit kain. Alhamdulillah sudah pun. Siap akhirnya. Tapi elok me kuar bilik En B pulak yang dah berdengkur...zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.
Tapi itulah sekali fikir untung pandai menjahit ni. kalau nak hantar upah last minute camni sure kedai tanak dah. Upah lagi lah. Mau Rm30++ sepasang..baju melayu sekarang pun dah RM80/sepasang. mahal giler. Ni semua gara2 kos hidup yang dah meningkat. So....daripada cerita me yang dah merapu ni. Moral of the story...wahai orang2 diluar sana janganlah ragu2 nak pergi menuntut ilmu menjahit ni...tak rugi. Kalau rajin n punya kemampuan boleh la korang amek upah. Boleh gak dapat pendapatan sampingan..k la...chow.

Wednesday, September 3, 2008

Ramadhan Al Mubarak

Selamat Menyambut tibanya Ramadhan. Masih tak lambat tuk me ucapkan selamat menjalani ibadah dibulan ramadhan. Sekejap benar masa berlalu. Baru je rasanya menyambut ramadhan dengan En B tahun lepas, kali ni alhamdulillah di izin Tuhan tuk kami sekali lagi mengerjakan ibadah bersama-sama. Walaupun kami masih menanti orang ketiga dalam keluarga kami, me tetap rasa bahagia dan masih rasa macam baru semalam je kami di ijab qabulkan. Alhamdulillah, moga Tuhan pelihara kasih sayang diantara kami hingga hujung nyawa kami.
Last weekend kami balik kampung Chikus, menyambut puasa dengan mak ayah. Adik pun ada balik. So ramai la sikit. Sekarang ni sian mak ayah tak ramai pun berbuka sama2 mereka cam kami kecik2 dulu. Sekarang mak ngan ayah je n nasib this year adik bongsu lelaki tu buat praktikal kat kampung n stay ngan makayah. So ada la juga kawan makayaha. Kalo dlm bulan pose ni tak leh lupa resepi wajib mak. Sup sayur sawi dia tu. Memang mak akan masak sayur tu. Kata mak masa sahur dia tanak makan pedas2 nanti cepat haus. So sayur tu je la lauk buat mak bersahur. Kalo dulu ingat lagi, tak de nye tolong mak ke dapur wat prepare tuk sahur. Tau-tau je mak dah panggil "wal..bangun sahur" rindu tol kat word tu. La ni yang menggerak kan me dari tidur alarm hp yang di set awal. Agaknya kalo lupa set mmg tak bangun sahur gaknye.
Sekarang bila dah kawin kena la prepare lauk tuk En B. Puan Cyg akan bangun seawal 4.45am pagi. Panaskan nasi yang masak sebelum tidur, panaskan lauk2 balance berbuka, kalo En B nak goreng telur dadar me pi la gorengkan jap. Buatkan air panas tuk En B..then dah siap semua baru la bangunkan En B.
"B..bangun B" tp B tak bergerak gak. dalam hati 'lena lak B ni'
"Assalamualaikum B. bangun ye sayang. dah kol 5 lebih ni. cayang dah lapar" hahaha...bukan dia tak sedar masa 1st time gerakkan tadi, tp ye la nak bangun pagi siapa2 pun jadi liat...tak macam mak me...
B mmg camtu kalo ajak makan je dia lengah2 me akan sebut je "cyg dah lapar ni". Demi terdengar kan word tu mesti dia otomatik akan bangun punya...hehehe...ni kira kata2 keramat la ni...
panjang lak citernyer..sehubungan itu, marilah kita pertingkatkan amalan kita di bulan ramadhan yang datangnya cuma setahun sekali. Gunakanlah masa yang ada untuk beramal padaNya. Disamping kita menahan lapar dan dahaga, nafsu dan sebagainya, lebih manis jika masa terluang kita lagukan ayat2 suci al-quran, isikan malam dengan bersolat terawih dan solat sunat. Moga Ramdhan kali ini kita mampu melipat gandakan amalan kita dan moga ianya diterima Allah. Insya Allah
"Ya Allah, moga Kau perkenankan doa kami"...Aminnn.........

Friday, August 29, 2008

PeRAsaAn

Sukar untuk aku perjelaskan rasa hati. Tiada kata-kata yang sesuai untuk merungkai kekusutan dijiwaku. Aku tak bisa melihat bayang ku sendiri. Aku tak dapat mencari dimana hilangnya jejak seribu satu rasa yang bermukim di lubuk hati. Pada bibir mereka mudah memujuk, tapi bisakah mereka merenung jauh kedasar hati yang menanggung pedih.
Namun aku masih punya DIA yang sentiasa menemani aku didalam apa jua keadaan. PadaNYA jua tempat sebaik-baik mencurah rasa. DIA yang Maha Mendengar setiap keluhan yang meniti dibibir. PadaNYA jua aku bersujud memohon redha dan restu dalam setiap langkahku. Aku tak mahu jadi insan yang terpesong dari amalanNYA.

Biarlah sebanyak mana bibir berkata, memujuk, memberi semangat, namun aku yakin mereka tidak pernah cuba bahkan takkan belajar untuk memahami perasaan insan seperti aku. Sakitnya hanya DIA yang tahu. Biarlah ku adu segalanya pada DIA. Biarlah airmata ku melimpah didepanNYA.
Perasaan... sesuatu yang halus untuk dimengerti. Setiap insan memiliki. Tiada yang berbeza. Semuanya sama. Tiada yang kurang, tiada yang lebih. Cuma kita yang akan mencorak hati dan perasaan kita sendiri. Tiada insan yang benar-benar kenal akan perasaan insan yang lain. Pedih dihati biarlah badan yang menanggung.
Namun tetap ku ucapkan setulus hati dengan rasa ikhlas yang menggunung terima kasih buat si pencinta ku, suami tersayang kerana punya waktu dan ruang untuk aku melabuh perasaan pada mu. Menadah bahu mu untuk mendengar keluh kesah ku. Menghulur jemarimu menyalur aura kekuatanmu. Meminjamkan aku dadamu untuk menumpahkan airmataku. Dunia dan akhirat cintaku hanya untukmu sayang. Memilikimu adalah suatu anugerah yang tak terhingga dari Illahi. Kerana dirimu telah ku pilih, lantas dirimu selamanya setia ku kasih. Cintaku hanya satu, dan yang satu itu hanya dicurah untukmu....

Wednesday, August 27, 2008

i GoT My MOBiLe BAck..


Hampir seminggu 'handphone' hadiah dari suami tercinta masuk 'wad'. Tatau apa sakitnya. Tiba-tiba je. Segar lagi dlm ingatan...Hari tu me gi kuar makan ngan kawan2. Malas nak bawak HPhone, tinggal je la dlm drawer kat opis. Then lepas balik makan, pi solat bagai teringat lak kat En B. So cadang2 nak mesej dia la tu. Me amik Hphone me.
"Aik..nape lak tak leh on. Bis bateri ke. Tak mungkin, tadi ada lagi bateri ni"
So nak nyedapkan hati me cakap lah dalam hati bateri abis kot. Balik umah terus cas tp still tak leh on. "hah...nape ni..terputus la kasih sayang macam ni". Tunggu B balik cdg nak ajak g sony centre tapi kedai tup kol 8pm. Tak sempat nak antar. Esoknya gi ngan B...org kedai tu kata kena masuk wad 2,3 hari..Uwaaaa....sedihnya. Telefon lama dah bagi lak kat adik ipar lak.
2 hari gak la tade Hphone...serba tak kena hidup..Akhirnya B pun dapat pinjam phone dari kawan baik dia. Thanks Waran, coz bagi sewa Hp tu tanpa sebarang bayaran...
Semalam orng sony tu col suh collect Hp me..Lepas balik kije terus gi amik. Seperti biasa En B sentiasa menemani..(yg iye nye Puan Cyg ni takut nak drive dlm town). Derang kata board rosak teruk tatau apa punca. So dah tukar board baru n guna casing lama lek...
Hmmm belum cukup setahun pakai tau..31 sept baru umo dia setahun...cam nak tukar baru je ni...hehehe....Tapi sayang ni adiah dari En B...sayang sgt2....

Thursday, August 21, 2008

koleksi ku SaYaNG


Kalau dah minat berhabis duit pun tak apa. Ini sebahagian koleksi kesayanganku. Bermula dengan sepi tanpa cinta(STC) karya DamyaHanna aku mula menjadikan minat membaca sebagai satu hobiku yang baru. Tapi masa tu STC tu aku pinjam dari seorang hamba Allah yang baik hati. Selepas itu, aku tercari-cari buku tu tuk dijadikan koleksi tapi malangnya dah tak ada coz dah habis stok kot. Hari dalam tahun berapa ntah ada buat Pesta Buku kat PWTC, masa tu lah aku jumpa buku ni. Tanpa ragu-ragu terus cekup buku tu. dapat lah aku berjumpa dgn Ramlee Awang Murshid, Norzailina Nordin, Anis Ayuni. Minta autograph lagi tu.
Sekarang bila dah kerja tiap2 bulan mesti beli 2 buah, kadang2 tu tak baca gak. Dah lama simpan baru baca. last week baru je beli lagi dua, Fitrah Kasih dari Ilani Mysara dan Seribu Kali Sayang karya Anis Ayuni. Dulu-dulu aku pernah lah berjinak-jinak dgn penulisan. Lepas tu dapat lak kawan baik yg punya minat yg sama. Ingat lagi nama pena dia SUERAINA KASIH.. selalu lawan ngan dia. Bila dah keje, masa byk dihabiskan kat keje. Maklumlah kilang kan 12jam...mana ada masa nak nulis-nulis ni.
Then masa pindah umah baru hari tu, masa kemas-kemas barang aku terjumpa la balik cerpen/novel aku yang terbengkalai sekerat jalan. So macam bersemangat je aku nak habiskan/sambung cerita tu. Puas sesangat bila dapat menulis. Macam zaman sekolah2 dulu, bila marah ke sedih ke mesti ada satu buku tuk luah perasaan. Sekrang pun aku buat lagi camtu...
Angan2 nak jadi penulis tu takada la...just for my hobby je...Just for fun.
Hehehehe........

Monday, August 11, 2008

NoVeL


Novel terbaru Ayu Emelda betul-betul menyentuh hatiku. Susunan kata-kata yang diguna buatkan aku tak sabar-sabar mahu menghabiskan pembacaanku. Bergenang airmata membaca saat-saat perpisahan antara Diana dan Budreez. Dalam diam cinta Diana mekar buat Budreez, tapi sayang hati Budreez telah di miliki Maria.

Pernah teman bertanya, kenapa aku bisa mengeluarkan airmata bila membaca sesebuah novel. Entah, mungkin kerana terlalu menghayati jalan cerita atau mungkin juga aku aku dapat menjiwai watak-watak yang direka. Nyata sentuhan novelis kita memang bisa meninggalkan impak pada hati pembaca.
Itulah keindahan bahasa kita, disebalik puitisnya terselit seribu makna yang kadang kala sukar untuk kita rungkaikan.

ALAF 21 memang best!!!!

Wednesday, August 6, 2008

Best LAgu NI

Rossa - Ayat-Ayat Cinta


desir pasir di padang tandus

segersang pemikiran hati

terkisah ku di antara cinta yang rumit


bila keyakinanku datang

kasih bukan sekadar cinta

pengorbanan cinta yang agung

ku pertaruhkan


reff:

maafkan bila ku tak sempurna

cinta ini tak mungkin ku cegah

ayat-ayat cinta bercerita

cintaku padamu

bila bahagia mulai menyentuh

seakan ku bisa hidup lebih lama

namun harus ku tinggalkan cinta

ketika ku bersujud


bila keyakinanku datang

kasih bukan sekedar cinta

pengorbanan cinta yang agung

ku pertaruhkan


repeat reff


ketika ku bersujud



Lirik lagu Rossa - Ayat-Ayat Cinta ini dipersembahkan oleh LirikLaguIndonesia.Net. Kunjungi DownloadLaguIndonesia.Net untuk download MP3 Rossa - Ayat-Ayat Cinta.


Friday, August 1, 2008

DuGAAn+SaBaR

Dugaan boleh datang bila-bila masa, samaada ianya dicari ataupun ia dtg sendiri. Sabar satu perkataan yang cukup sinonim dengan dugaan.
" Sabarlah..ini semua dugaan".
Itu jugalah kata-kata nasihat atau lebih berupa semangat dari orang yang menjadi pendengar cerita dari seorang yang dilanda dugaan.
Sesuatu yang kita impi dan harapkan tak semesti menjadi kenyataan. Cukup sakit andai ianya tak terjadi seperti yang kita harapkan. Kecewa yang maha hebat akan terjadi. Saat itu, hanya airmata jadi peneman. Airmata juga yang bisa mengubat hati yang dilanda kecewa. Tapi selama mana kita mampu menangis bagi merawat kecewa. Tak cukup..jika yang Islam balik ke pangkal jalan. Panjatkan doa, dekatkan diri denganNya. Mohon agar diri diberi kekuatan bagi melalui semua dugaan yang diberi. Ada hikmah yang kita tak nampak hari ni, tapi akan manis akhirnya. Jangan menyesal dengan apa yang terjadi. Ada manusia berjaya selepas bangkit dari kecewa. Dugaan yang diterima cukup kuat namun semangat mampu menewaskan rasa kecewa yang datang.
Tapi bagaimana bagi mereka yang tak kuat. Hati cukup rapuh, airmata cepat tumpah. Pada siapa harus diluah rasa kecewa. Untung jika ada yang mahu berkongsi. Tapi jangan kita lupa..YANG SATU itulah teman yang terbaik. Mengadulah padaNya..pasti DIA akan mendengarnya.
Sidia pernah berkata padaku.
" Lihat diri kita. Kita memohon padaNya. Tapi ada tak kita fikir orang yang terlebih dahulu memohon dari kita?"
"Kita ibarat berbaris disatu kaunter yang panjang. Kita harus sabar bagi menunggu kehendak kita dipenuhi"
Ya...sebelum kita memohon agar doa kita didengar olehNYA, ada orang lain yang terlebih dahulu memohon dari kita. Makanya kita harus bersabar satu masa nanti giliran kita akan sampai jua...
Ya Allah, kuatkan hatiku melalui dugaan dariMU

Thursday, July 31, 2008

30 Julai datang lagi.........

Selamat Hari Lahir sayang...............
Hmmm Bahagianya hati bila mendengar ucapan sayang tepat jam 12.01am...
Malam tu macam biasa sambil2 menonton TV..
"Cyg..B minta maaf takada apa2 nak kasi adiah"
"La, B kan dah bagi 2 handbag kat cayang. Hadiah la tu" aku bukan kisah sangat pasal hadiah ni..Dah tua2 ni tak berapa kisah. Yang penting ada disisi orang2 yang ku sayang...
*********************************************************************************************
"B bangun...ada orang col..kilang kot" aku pun tak tau jam dah pukul berapa. Dlm hati mengutuk orang yang buat call. Tak tau ke orang tgh tidor..Nyata gangguan dari 'vibration' hp B buat aku terjaga..
B bangun terpisat2 mencari HP dia.
" Selamat Hari Lahir Sayang..Moga Panjang Umur dan dimurahkan rezki"
Aku terkezutttt........maknanya tadi bukan orang call B. tapi B set alarm semata-mata nak wish bday kat aku. Walaaaa.......terharunya aku. Ini lebih berharga dari hadiah kebendaan semata-mata...
Satu ciuman kasih dan penuh sayang diberikan pada aku.
"Terima Kasih B"...

B kembali menyambung tidur yang terganggu..Aku masih lagi terkenang ucapan ikhlas dari B tadi.
B memang macam tu...penuh dengan kejutan yang pastinya buat aku sentiasa teringatkan dia.
Cayang sayang B..

Buat kawan2 dan ahli keluarga yang mengucap selamat padaku...terima kasih semuanya. Moga doa yang diberikan jadi kenyataan dalam hidup ku nanti...

Tuesday, July 29, 2008

DaH JUmpA PuN

Alhamdulillah....itulah ucapan yang keluar dari mulut aku, bila dah jumpa dengan buku ASB ku...mana taknya..seharian kat opis hatiku tak tenang. Nak balik rumah je. Nak cari buku ASB ku yang entah kemana-mana diammnya. Aku mesti selesaikan misi aku hari ni jugaK!!!!

Sampai kat rumah, cam biasa berangan seminit dua, peh tu aku menyingsing lengan nak masak la..Menu hari ni, kubis goreng, sambal ikan and tauhu jepon lada hitam...Nak cepat je abis masak...Nak cari buku la katakan. Tapi masak ku abis agak lewat hari ni coz saja ngada2 nak try buat VADAI..tp tak berapa nak jadi la, tp takpe leh cuba len kali. Dlm hidup jgn ada putus asa...tak baik tawwww..

Abis masak pun dah dekat 7.30pm..En B dah duduk depan TV. aku pun join la sekali. Tp baru je duduk seminit..
"B nak cari buku la"..
La..dia buat hal pulak dah. Ingat dah lupa, tp ingat lagi rupanya.
" Kat opis?" tanya B pendek.
"Dah cari. Tapi tak jumpa" aku bangun lalu beredar meninggalkan B tuk meneruskan misi ku. Biarlah B tanak tolong tp aku nak cari gak.
Punggah punya punggah tak jugak jumpa. B pun rupa ikut punggah kat bilik sebelah...
"Dah Yang...jom mandi dulu. Dah maghrib ni" putus asa agaknya.
"B mandi dulu, cyg nak cari sikit lagi ni" tukas ku.
Aku pun bukak la handbag pemberian B sempena ulangtahun ku yang ke-26 tahun...
"Alhamdulillah, jumpa pun". Tapi semalam udah 3,5 kali aku bukak beg yang sama tapi tak jumpa pun. Tp tu lah, badan pun semalam dah penat tapi nak cari gak, yg patut nampak dah jadi tak nampak..
"B...B.." laungku pada B yang ada dlm bilik air.
"Nape?"
"Cayang dah jumpa B...hehheeh dah jumpa"
"Kat mana?'
"Dlm handbag Giamax"
*****************************************
Aku terbaring lega dlm bilik. B keluar dari bilik air terus minta maaf dariku.
" Nape lak B?"
" B rasa B yang simpan dlm tu, masa b kemas beg cyg tu. B lupa lak?"
"La...nape nak minta maaf. Padahal cyg dah byk kali bukak semalam tak nampak pun. takde apa la B. Yang penting Cayang dah jumpa buku ni".

Aku pun bangun mencapai tuala untuk membersih diri mempersiapkan diri menghadap yang SATU bg memanjat syukur atas apa yang baru ku peroleh....

Monday, July 28, 2008

keHiLanGan

Aku kehilangan buku ASB aku..Walaupun tak byk duit dlm tu, tapi aku dah rasa tak best dah..Aku baru je nampak buku tu dlm waktu terdekat ni, tp aku tak tau kat mana. Malam tadi start lepas makan malam smpi la aku tertidor dek penat memunggah tempat yang dah berkali-kali aku punggah mencari buku tu..

"Dah la Yang..ada kat opis kot"
"Takapa la B. B tengoklah tv, cyg nak cari gak"
"B tak senanglah tgok cyg camni"
"Takada B. Cyg mcm baru nampak buku tu. Baru je" smbil tanganku ligat memunggah bilik yang dah berselerak.
Mana perginya buku ASB ku....
"Cyg tgok dlm kete"
"udah"
"Ha...kat opis tu. Nanti cyg cari kat opis ye" suamiku mula memujuk meminta aku menghentikan pencarianku.
"Takpe nak cari gak", muka dah berkedut sejuta.
*********************************************************************************
10 minit kemudian.....

"Eh cyg...tidur pulak dia. Bangun lah"
"Cyg nak cari buku B"
"K k..sok cari kat opis yer" itulah dialog yg diulang-ulang suamiku.
"Ada kat umah B"
"Ye la, tp cyg tidur ni. Bukan cari...Jomlah tidur kat luar..teman B tengok tv".
Aku bangun sambil mengendong bantal golekku.
Suamiku menepuk-nepuk bantal..."meh tidor sini"
"Kat mana cyg nampak yer B?"
"Try cari kat opis dulu yer" pujuk suami sambil mengusap2 ubun-ubunku...Lepas tu aku dah tak tau apa jadi..coz aku dah zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz....
Tapi hari ni buku tu pun aku tak jumpa kat opis...Mana perginya buku ASB ku itu.

Wednesday, July 23, 2008

Rezki KiTa

Erm...sehari aku tak jengok blog ni tak sah. Rasa macam banyak sgt nk tulis.
Tapi bila dah ngadap PC ni "beku" otakku..hehehehe...
Hari ni aku eh bukan actually semalam aku terkezut sebelum masuk kete ada bunyi mesej masuk..
Aku ingat my hubby mesej spya drive carefully (mmg selalu B mesej tiap kali nak balik).
Tapi bukan mesej dari B. Mesej dari bank. Kalo sms dari number tu maknanya gaji dah masuk.
Cepatnya...
Gaji bulan ni memang di tunggu-tunggu oleh staff. Disamping ada kenaikan tahunan ada juga imbuhan untuk siapa yang perform baikkkkk punya tuk last year. tak sangka, syukur alhamdulillah, aku pun tersenarai gak dlm list tu. Alhamdulillah...Rezki.
Ye la, aku baru je keje. Murah rezki aku. Macam kat tempat lama dulu la. Setahun je keje aku dah dinaikkan gred.
Specialist lagi. Tapi tu pun macam tak percaya. Tapi tu lah..prestasi kena kekalkan n kalau boleh lebih lagi. Susahkan nak maintain.
. Rezki dari Yang Maha Esa. Nanti boleh la menyumbang tuk makayah. Mereka nak tukar atap rumah yang dah bnyk bocor..InsyaAllah.
Nanti pulak nak belanja B makan besar kat restoran peberet dia..."KOH SA MOI".
Biar orang tak nampak rajin kita, janji keje kita buat dan siapkan dlm masa ditetapkan. That better dari kita pura-pura buat keje tp nothing!!


Tuesday, July 22, 2008

BeRKasIh SayaNG

Teringat pada perbincangan Dr Fadzilah Kamsah di TV3 suatu masa dulu. Untuk membina kelurga dan ukhwah yang baik, mulakan setiap pagi hari,sepanjang hari dan akhiri hari dengan kasih sayang.
Sayang tak perlu di ucap dengan kata-kata, malah cukup dengan sentuhan (tuk yg muhrim je tau). Orang kata sentuhan 5 saat lebih baik/molek dari 5 minit kata-kata..Indahnya bila diri disayangi. Ditempat kerja atau belajar, semai rasa sayang pd teman2, bos, cikgu dan siapa saja. Tapi jgn over pulak nanti sendiri yg susah. Hehehe...
Macam tu juga sebelum kita tutup mata (tidur la wei). Saling memaafkan antara satu sama lain. Lupakan semua perkara yang tak baik yang telah berlaku jgn simpan dlm hati
Memaafkan kesalahan orang lain bukan sahaja dpt pahala malah hati kita tak lah busuk asyik marah dan berdendam sahaja..
Alhamdulillah me seronok coz setakat sehari dua ni, perkara last tu la yang hubby amalkan setiap kali sebelum kami tidur....
"B maafkan salah silap cayang"...
Leganya bila sepanjang bersama hari tu kesalahan kita dimaafkan. Memang lah tak berperang besar, tp mungkin dlm tak sedar kata dan perlakuan kita mengguris hati si dia atau mungkin juga org lain..

Monday, July 21, 2008

Hari peRTAma kePalA dah FeniNG

Letih!!! Itulah keluhan pertama yang aku dengar dari mulut "partner" ku yang terbaru. Memang betul, masa mula2 aku masuk lab ni pun itulah yang aku rasa. Cam nak nangis pun ada. Bayangkanlah, nak cari tutor yang tak cukup tuk budak2..semua nak buat. Tapi lama2 alah bisa tegal biasa kan?

Hehehe...hari ni, hari pertama registration students. Setelah hampir 2 bulan dok sorang2 kat opis..akhirnya budak2 ni dtg balik. Dengan azam berbeza dgn wajah2 yg berbeza. Harap2 this semester aku tak dapat students yang byk masalah. Paham2 ajelah budak2 ni. lagi2 yang baru btol2 abis SPM..ada yg masih nak main, tak serius. Tapi kalo dapat yg betul2 pandai tu...tak terjawab kita..semua yg dia buat mesti tnya...why this? why this? why this?

Tapi apa2 pun inilah rezki aku. Aku puas dapat tolong budak2 ni. Dan lagi aku puas bila adanya students yg ucapkan terima kasih kat aku.. Rasa best sgt dpt tolong students ni..Harap this semester semuanya berjalan lancar tanpa "gangguan" dari students2 yg hmmmm...
Faham2 ajelah...
dahhhh.......................................

Friday, July 18, 2008

Penantian...

Last weekend 13-14 July me and my lovely hubby once again go to Genting Highlands. Sebenarnya percutian yang tidak dirancang sama sekali. Mungkin lebih untuk menyempurnakan hajat hubby yang teringin nak masuk Snow World. Percutian yang pertama dulu kami tak berkesempatan lebih2 lagi ketika itu tempat tersebut "UNDER MAINTENANCE" dan hanya akan dibuka satu hari selepas kami check out.

Selepas Solat Zuhur, kami bertolak dari rumah mertua. Perjalanan kami di iringi hujan2 renyai...eceh...
Waktu kalau tak salah me..jam dalam jam 4.++pm. dalam hati me berdoa moga perjalanan kami selamat. Hampir sampai di puncak kabus meyeliputi pandangan. Sungguh!!! terlalu tebal hinggakan tidak sedar kami sudah smpi di puncak. Masa tu Tuhan saja yang tahu, umpama tak boleh bernafas..Saat tu dah terbayangkan yang buka2 didalam hati. Namun Alhamdulillah...Lepas satu seksa...

Hotel yang dipilih kali ni "First World Hotel". Beli online just RM38.++. So don't put high expectation for the room facilities if you just paid RM38.++. But not bad..masih lagi tidur kami selesa malam tu. Bilik yang berpadanan dgn harga. Tapi bayangkanlah penantian yang hampir 3jam sebelum dapat check in. Masa ambil number terkezut giler!! No giliran me 1178, current no is 725.."mau pukul 8 masuk bilik ni" bisik hati me.

Seperti dijangka hampir jam 8 masuk bilik..Solat dan kuar cari makan..Makan kat sini paham2 ajer..Mahal kan..
Then jalan sekitar outdoor, tp sejuk tol cuaca malam kat sini.

So percutian kali ni, rasa enjoy sgt2. Dapat masuk Snow World (-5 degree), crazy space yg btol2 giler!!! Enjoy sgt..lagi2 percutian tu hanya untuk kami berdua...Cayang sayang B sangat2....

Monday, July 7, 2008

Percutian Terindah...

Percutian kami kali ini adalah yang paling terindah buatku. Kegembiraan kedua mak dan ayahku adalah sesuatu perkara yang buat aku tersenyum puas dan bangga. pertama kalinya ajakan kami untuk mak&ayah bercuti terlaksana juga. Mak lah orang yg paling gembira apabila kedinginan angin dari puncak cameron mula menyapa kulit mak. Ayah jugalah orang yang leka melihat bunga-bungaan yang hidup subur di tanah Cameron.

Aku sebagai anak puas bila percutian ini jadi kenangan paling berharga buat mak&ayah. Setidak-tidaknya bila orang bercerita tentang itu dan ini di Cameron Highlands, mak&ayah ada kenangan tersendiri utk dibayangkan. Apa lagi yang mampu kami sebagai anak lakukan untuk buat mak&ayah lebih gembira. Jasa mak&ayah takkan terbalas dengan seribu percutian yang kami rancangkan. Sesungguhnya pengorbanan mereka takkan terbalas dengan wang ringgit. Akan kami cuba penuhi apa jua permintaan mak&ayah untuk hari ini, esok dan smpi bila2...

Friday, July 4, 2008

miNAt.....

Semua orang punyai hobi atau kegemaran. Aku pun seperti mereka yang lain. Aku ingin mengimbas kembali saat2 aku bergelar pelajar. Memang aku akui aku tak berapa aktif dlm bidang sukan. Tapi minat ku lebih cenderung utk berkarya..Menulis puisi, pantun, mengarang dan sebagainya.
Aku masih ingat ketika aku berada di awal menengah rendah, konon2nya aku menjadi rebutan antara dua org guru (eceh..tp bukan nak bangga diri ni tau). Yang Cikgu A nak aku ikut serta dlm ketua nasyidnya(jgn tak tau jd solo lagi). Manakala Cikgu B nak aku ikut serta dalam pertandingan pantun. Secara kebetulan tarikh pertandingan jatuh pada hari yang sama. Keadaan masa tu aku rasa cukup tertekan, mana tak nya smpi cikgu tu bermasam muka antara satu sama lain. Aku pun tak tahu kenapa bakat (yer ker) aku yg direbutkan. Padahal ramai lagi pelajar yg lain. (tp bukan pasal itu aku nak cerita ni).
Akhirnya aku diberi pilihan...kawan2 nasyid pujuk aku tuk join mereka. tapi ntah lah hati ku berat tuk masuk berbalas pantun..memang minat aku dgn bait2 puisi ni. dan secara tak rasminya Cikgu B la yang byk memberi sokongan pd aku. Pada aku diturunkan ilmu yg ada padanya. Alhamdulillah, walaupun dapt no 2 masa tu(pantun berkumpulan) tapi aku lega kerna dapat menjawab semua pantun yg di jual pd aku.
Cikgu B juga lah yg menggalakkan aku untuk mula menghantar puisi2 ku ke media. Alhamdulillah, bangga juga lah bila karya2 kita terpampang di dada akhbar. Terima Kasih Cikgu B.
Minat aku tak berhenti kat situ, masa masuk menengah atas aku masih aktif di dalam kelab bahasa melayu..Bila aku membuat subjek karangan, karya ku selalu mendapat pujian. Cikgu suka dgn bait2 ayat yg aku gunakan dlm karangan ku.
Bila dah menginjak dewasa, aku mula berjinak2 menulis cerpen. Tapi just for my collection...minat aku takkan berhenti kat sini...eceh...Mana tau satu hari aku pun turut buat novel sendiri...heheheh berangan jer lebih..who know rite?

Thursday, July 3, 2008

Salah Sangka

Siapa yang tak pernah salah sangka. Itu semua ada puncanya..Bila sesuatu jawapan yang diraih tak seperti sepatutnya. Atau paling tidak pun disebalik maksud kata-kata yang di ucapkan oleh seseorang. Siapa yang harus dipersalahkan. Yang tukang cerita atau yang tukang bertanya.

Berburuk sangka buruk juga la akibatnya. Hari ni aku juga turut melakukan kesilapan yang sama. Semuanya kerana salah sangka.

Tapi salah kah aku yang sememangnya punya hak untuk bertanya tapi tidak mendapat jawapan yang aku inginkan. Habis apa lagi yang harus aku andaikan selain membuat kesimpulan sendiri yang akhirnya mungkin menjurus kepada salah sangka.

Pada SIDIA yang telah aku ber salah sangka, maafkan aku seadanya. Aku cumalah insan kerdil yang tak lepas dari melakukan kesalahan.


Wednesday, July 2, 2008

Training....

Hari ini aku turut "training" dengan rakan-rakan yang lain. Walaupun ia nya tak berkaitan langsung dengan bidang tugas ku sekarang, tapi tak salah andainya ingin menambah pengetahuan yang sedia ada..Walaupun aku sudah ketinggalan satu hari training tu, tp alhamdulillah aku masih boleh "follow" the silibus. Training hari ni bertambah rancak kerana hampir semua peserta adalah di kalangan teman2 rapatku.

Sambil2 training tu boleh la bergurau2 ye tak. So tak la nanti mata ni layu je dek kerana mengantok. Dalam pada bergurau2 tu telinga ku tiba2 "tertangkap" perbualan antara kak hajjar dan eja.

"Eh En Azhar kan per gi training ERT?"
" A'ah la. Eja lupa la kak"

Training ERT. Macam aku pernah dengar. Tanpa malas mahu berteka-teki baik ku tanyakan saja hal ini pada Kak Hajjar.

"ERT Training kak? Tapi bukan minggu depan ke?"
"Eh bukanlah...semalam ngan hari ni kalo tak salah akak"

Tiba sahutan kak hajjar di sahut oleh lelaki yang satu2nya didlm kelas training kami hari ni.

" Ye la...semalam ngan hari ini la. Betol la hajjar cakap tu".

Dalam hatiku "astagfirullah..."

"Kenapa Syawal?"
"Ya Allah kak, patutnya org ikut training tu. Tapi mati2 org ingatkan next week. Tu yang selamber je join akak hari ni. Matilah org kena ngan bos ni"
"Tak baca emel ker?" tanya kak hajjar lagi.
"Tak ada dapat emel pun kak. Hari tu jumpa bos kat blok 20 je. Dia tnya nak join training tak. Org tanya bila. Dia kata dalam bulan july nanti. Detail bos? Ala nanti mereka akan hantar emel. Awak cek la".

Hmmm....apa nak buat semuanya dah lepas. Nanti kalo bos tnya aku cakap je la yg betol. Takkan aku nak ponteng kelas pulak kan. Mati2 aku ingatkan next week. Tapi kalo betol nama aku dah add in dlm list kenapa aku tak dapat emel tu? Mungkin gak ada berlaku kesilapan. Wallahu'alam.

Tapi yang pasti aku udah punya jawapan kalo bos panggil dan tnya pd aku

"why u didn't attend the training?"

Korang rasa apa jawapan aku......................

Friday, June 27, 2008

Alhamdulillah...buat sekian kalinya, aku dapat melelapkan mata dengan selena-lenanya. Jaga ku dibangkitkan..tatkala terdengar alarm dari telefon bimbit ku berbunyi ketika jam menunjukkan 6.10am...Sambil jaga ku aku mengucapkan syukur padanya, kerna tidur ku malam tadi tidak terganggu...

Hmm...apa agaknya aktiviti hujung minggu ni ye. Sejak harga minyak naik mendadak, aku dan hubby dah semakin mengurangkan aktiviti Cuti-Cuti Malaysia ni. Kami lebih senang bersantai dirumah..

Oh Ya...minggu ni aku ada janji temu dengan kakakku..Hmm nak tolong dia berpindah (angkat barang). Seperti yang dirancang, sel
epas tu ayah nak buat doa selamat sikit memandangkan rumah sewa yang kakak ku akan duduk itu, sudah hampir setahun tak berpenghuni. Doa kecil-kecilan antara kami adik beradik..
Inilah kakak yang ku maksudkan itu dengan dua putera & puterinya...

Monday, June 23, 2008

Siapa Punya Angkara......................

Siapa lah manusia yang kurang ajar itu...

Ketenteraman hidupku suami isteri sejak berpindah kerumah baru mula terganggu...kehadiran insan yang kurang ajar itu, telah membuatkan aku berasa tak selamat dirumah sendiri..

Cubaan untuk masuk ke rumah ku mungkin gagal kerana terpijak "kepala paip plastik" di hadapan rumah. Namun aku bersyukur "kepala paip" itu "mungkin" jadi penyebab si kurang ajar itu tak jadi meneruskan niatnya. Namun rasa syukur lebih ku panjatkan padaNya kerana telah memberi "tanda" untuk kami lebih berhati-hati di masa depan.

Alhamdullillah...tiada apa2 selain kesan tapak kasut dan dinding rumah yang comot dengan kesan2 pasir yang tumpah dari pasu bunga ku...

Semoga kami suami isteri di lindungi dari malapetaka dan bencana yang tak di ingini...Amin Ya Rabbal Alamin.


Thursday, June 19, 2008

Bosan...........



Terlalu bosan aku rasa saat dan ketika ini..Aku duduk termenung sendiri sambil jemari ku laju menekan papan kekunci di meja kerjaku. Rasanya ada sesuatu yang ingin diluah, tetapi hati menghalang untuk dikongsi di dunia maya ini..

Sesekali aku lontarkan pandangan jauh ke luar sana..Kelihatan makcik2 sedang tekun melakukan tugas seharian mereka seperti biasa. Bagai tiada apa yang membelenggu diri mereka saat ini. Aku masih lagi mencongak-congak melihat angka di tangan. bilakah akan usai waktu kerja ku untuk hari ini...........

Selintas aku terpandang wajah "sidia" yang tercinta diatas meja ku..Argh...sayangnya aku pada dia...
B..Cayang sayang B...i love u....